Episod 28: Majlis Gemilang

3.2K 48 1
                                    

Sebulan telah berlalu.

Azman telah pulih sepenuhnya dari kecederaan yang diterima semasa dalam tahanan polis. Malah dia hanya memerlukan beberapa hari saja untuk cuti, sebelum menyambung tugasnya sebagai Pengarah Kesawa Management.

Di rumah, makan minum, pakaian dan keperluan Azman telah diambil alih oleh Mawar dan Sapphira. Sapphira tinggal di rumah Azman dan tidur di bilik tetamu. Mawar datang setiap hari untuk membantu Sapphira tetapi pulang pada malam hari. Walaupun Mawar cuba untuk tinggal bersama Azman, tapi Azman berkeras agar Mawar pulang setiap malam. Mawar tak mahu mendesak, jadi dia memberikan Azman ruang secukupnya.

Dean sudah dinaikkan pangkat menjadi Naib Pengarah Kesawa Management, dan ada bilik pejabatnya sendiri.

Saifuddin masih lagi bekerja jawatan yang sama. Dia tinggal sendirian di apartmentnya, walaupun dia setiap hari datang ke rumah Azman untuk bertemu dan meluangkan masa bersama Sapphira. Selepas makan malam, baru Saifuddin pulang ke apartmentnya.

Seri Dewi sekarang sudah tinggal sebumbung bersama Datuk Aziz, yang kini telah menjadi pasangan tetapnya.

Walau bagaimanapun, status Azman dan Seri Dewi masih lagi suami-isteri. Ini adalah kerana tarikh penceraian telah pun ditetapkan dalam seminggu lagi. Mereka akan bertemu di mahkamah syariah untuk sama-sama menandatangani borang penceraian. Selepas tamat tempoh iddah, Seri Dewi akan bernikah dengan Datuk Aziz, menjadi isterinya yang sah.

Projek antara Kesawa Group dan Panema Holdings diteruskan seperti biasa. Kes penyelewengan terus tutup dan terkubur. Business runs as usual.

Datuk Aziz selalu membawa pasangan barunya, Seri Dewi, kemana sahaja dia pergi. Pernah dalam satu majlis, Datuk Aziz dan Seri Dewi memakai busana cantik dan indah. Pasangan sedondon, sama cantik, sama padan. Azman pun ada di majlis yang sama. Tapi tak pernah nak menonjolkan diri. Semuanya diserahkan pada Dean. Tapi dari jauh, Azman melihat isterinya Seri Dewi. Walaupun kecil pandangan dari jauh, tapi cukup untuk mengubat rindu di hati Azman. Seri Dewi sangat cantik, jelita, menawan. Azman hanya dapat tersenyum melihat isterinya dari jauh, hanya dari sudut matanya sahaja. Tapi isterinya sudah dimiliki oleh orang lain sekarang. Isterinya bukan miliknya lagi.

Datuk Aziz merancang satu lagi majlis. Kali ini majlis pengumuan pertunangannya bersama Seri Dewi, diikuti dengan tarikh penikahan mereka empat bulan kemudian, sejajar dengan tamat tempoh iddah Seri Dewi setelah dia dan Azman bercerai. Ramai VIP yang telah dijemputnya. Kad undangan sengaja diberikan pada Azman. Saja nak bagi sakit hati. Memang hati Azman sudah terluka. Ini sengaja nak tuang garam ke atas lukanya.

Pada hari yang sama juga, Dean akan diumumkan sebagai salah seorang dari pemegang saham terbaru Panema Holdings. Dia akan jadi salah seorang dari board of directors. Datuk Aziz pegang pada janji. Habuan buat Dean kerana telah membantunya memerangkap Azman, sekaligus merampas Seri Dewi dari pegangan suaminya.

Dan hari ini, janji Datuk Aziz akan dikotai.


******************************


Majlis akan bermula jam 12 tengahari. Semua persiapan telah dilakukan dengan kemas. Sidang media telah ditempah. Wartawan telah dijemput. Majlis akan berlangsung dengan gilang gemilang.

Seawal jam 8.30 pagi, Dean sudah berada di KLSE. Dia telah menempah satu trading room khas hari itu. Pada jam 12 tengahari, saham Panema Holdings sebanyak 10% akan pindahkan kepada Dean, sekaligus membolehkan dia menjadi pemegang saham kecil dan dilantik menjadi salah seorang dari board of directors Panema Holdings.

Setibanya dia bilik trading KLSE, Dean disambut oleh Mr Lawrence, peguam Datuk Aziz, dan juga dua remisier yang khas yang dilantik untuk memastikan peralihan saham berjalan dengan lancar. Mereka adalah Nathan Singh, senior trader, dan Justin Kow, lead remisier.

Bagaikan BidadariWhere stories live. Discover now