Episod 9: Mama

4.4K 57 1
                                    

Setelah selesai sarapan pagi, Saifuddin membawa Sapphira turun dari apartmentnya untuk berjumpa dengan ibunya Siew Lin. Sapphira memberi tahu Saifuddin lokasi kediaman rumah tumpangan ibunya, serta kedai makan nasi ayam hainanese tempat ibunya bekerja.

Dalam perjalanan menuju ke destinasi tersebut, Sapphira nampak gembira bercampur gementar. Kali terakhir Sapphira menziarahi ibunya ialah dua tahun yang lalu.

Pada awal perhubungan antara Dean dan Sapphira, Sapphira kerap juga menziarahi ibunya, bertanyakan khabar, hantar duit dan sebagainya. Tapi jarak antara setiap ziarah semakin lama semakin jauh, sehinggalah bermula dari dua tahun lepas, Sapphira tidak langsung menziarahi ibunya disebabkan tekanan hidup bersama Dean yang mengamalkan seks bebas. Pada masa yang sama, Sapphira berasa malu untuk berjumpa dengan ibunya, kerana sejak dari kecil, ibunya cukup menjaganya dan mengawasinya agar dia tidak terjerumus ke kehidupan yang keji seperti ibunya, tetapi yang sebaliknya berlaku apabila teman lelaki Sapphira sendiri ʻʻmengkongsikanʼʼ tubuhnya kepada rakan-rakannya.

Apabila sampai di tempat yang dituju, Saifuddin memberhentikan kenderaan di tepi jalan, dan mereka berdua berjaan kaki menuju ke rumah tumpangan Siew Lin. Tempat yang dituju sangat usang kawasannya. Tidak dijaga, tidak terurus, bau busuk dengan sampah merata. Kiri dan kanan terdapat pelacur-pelacur murahan berkeliaran mencari pelanggan. Kebanyakan dari mereka adalah dari pendatang asing. Dan dari rupa paras mereka, ramai juga yang nampak seperti sudah terkena jangkitan penyakit.

Setelah mereka merentasi beberapa rumah, sampah dan pelbagai kekotoran, akhirnya mereka tiba di rumah tumpangan Siew Lin. Ibunya hanya menyewa bilik dari sebuah flat yang hampir runtuh keadaannya. Saifuddin dan Sapphira mengetuk pintu flat tersebut, tetapi tidak ada orang yang membukanya. Saifuddin kemudiannya cuba untuk meninjau dari luar flat tersebut mana tahu kalau-kalau penghuninya sedang tidur. Tapi dia tidak dapat melihat apa-apa di dalamnya.

Setelah ketuk pintu beberapa kali, akhirnya pintu flat tersebut dibuka dan yang membukanya ialah seorang lelaki dalam umur 20an, tetapi keadaannya sangat teruk dan lusuh, badannya cekung seperti tidak makan berminggu, baunya busuk seperti tidak pernah mandi seumur hidup. Keadaannya sangat menjijikkan.

ʻʻBrader, boleh cakap melayu tak?ʼʼ tanya Saifuddin pada pemuda itu.

ʻʻApa kau mau?ʼʼ tanyanya dalam keadaan terhoyong-hayang.

Saifuddin nampak pada lengannya terdapat banyak bekas suntikan. Ternyata pemuda ini penagih dadah tahap kronik.

ʻʻKami nak jumpa puan Siew Lin. Dia ada di dalam?ʼʼ tanya Saifuddin.

ʻʻSapa?ʼʼ tanya pemuda itu marah.

Sapphira kemudian bertutur dalam bahasa cina kepada pemuda tersebut. Tapi pemuda tersebut seperti tidak mengindahkan apa yang Sapphira cakap.

Tanpa membuang masa, Saifuddin dan Sapphira terus masuk ke dalam flat tersebut melepasi pemuda yang masih diawang-awangan.

Keadaan dalam flat tersebut sangat jijik sekali. Ianya gelap, tiada belakan elektrik. Sudah tentu bekalan telah dipotong kerana penghuninya tidak membayar bil. Saifuddin mengeluarkan telefon bimbitnya dan menyalakan lampu suluh darinya. Sapphira pun membuat perkara yang sama.

Dari pancaran lampu telefon mereka, nampaklah beberapa orang lagi di dalam rumah tersebut. Kesemuanya samada terduduk atau terbaring, semuanya telah khayal dengan suntikan dadah. Rumah itu sangatlah kotor. Bekas najis dan air kencing ada di mana-mana, lalat menghinggap bukan sahaja pada najis, tapi juga pada manusia-manusia yang ada di situ.

Sapphira hampir pengsan dengan bau busuk yang sangat kuat. ʻʻIni tak mungkin! Flat ni mana ada penghuni lelaki!ʼʼ katanya sambil menutup mulut dan hidungnya dengan tangannya.

Bagaikan BidadariWhere stories live. Discover now