Episod 14: Senggama Raja 🔞

15.9K 77 2
                                    

Hari siang telah tiba. Dua tubuh bercantum dari malam tadi, berkongsi kulit, berkongsi peluh, berkongsi cinta. Mata sudah terbuka, membelai jiwa hanya dengan pandangan, tubuh masih bebaring, masih tidak berpakaian. Perlahan-lahan Saifuddin mengucup bibir Sapphira, sambil tangan meraba tubuh. Masing-masing menikmati cinta yang dikecapi malam tadi. Cinta yang sungguh indah sekali. Dua tubuh berpeluk. Pelukan sangat erat. Seolah-olah tidak mahu dipisahkan.

Saifuddin masuk pejabat lewat. Tapi dia tidak sedikit pun macam kelam kabut. Masuk pejabat sangatlah bersahaja. Seperti dunia ni dia yang punya. Senyum manis terukir di bibirnya. Dapat di baca dengan mudah oleh Seri Dewi tatkala dilihat olehnya.

ʻʻAmboi.... amboi.... lain macam jer senyum you hari niʼʼ, tegur Seri Dewi. Dia dah agak apa yang berlaku malam tadi. Senyuman yang tak boleh disorok, terutama kepada Seri Dewi.

Seri Dewi terus menarik Saifuddin masuk ke dalam bilik pejabat suaminya. Setibanya mereka di dalam, Seri Dewi mencekak pinggang.

ʻʻYou dah buat apa pada Fira semalam?ʼʼ tanya Seri Dewi, risaukan adik angkatnya.

Saifuddin hanya tersenyum seperti kerang busuk.

Seri Dewi tahu apa yang telah berlaku. Saifuddin dan Sapphira telah melayari bahtera cinta malam tadi.

ʻʻOh my god.... you are in serious trouble, young man!ʼʼ Seri Dewi meninggikan suara, tetapi bukan sebab marah, kerana suaranya bercampur sedikit jenaka.

ʻʻPuan.... saya rasa.... hmmm.... saya...hmmm.....ʼʼ kata Saifuddin tergagap-gagap, bagai budak baru dapat manisan.

ʻʻTak payah nak cerita dekat I!ʼʼ kata Seri Dewi, tapi raut mukanya tersenyum, ʻʻYou naughty boy!ʼʼ Seri Dewi ketawa, Saifuddin pun turut ketawa sama. ʻʻLepas ni you dah tak perlu panggil I Puan lagi. Panggil I Kak Seri. Faham?ʼʼ

ʻʻBaik, kak Seriʼʼ kata Saifuddin tersenyum. He is now a part of the family.

ʻʻSaiful, hujung minggu ni Abang Azman balik. Come to our house. Kita dinner sama-sama. Bawak Fira. Spend a night sekaliʼʼ pelawa Seri Dewi pada Saifuddin.

ʻʻOk, kak Seriʼʼ Saifuddin masih dalam awang-awangan. Penangan malam tadi masih menyelubungi hati nya.

ʻʻDah tu! Now get back to work!ʼʼ Seri Dewi memberi arahan, tapi dalam hatinya ketawa gembira. Gembira untuk Sapphira. Gembira juga untuk mereka berdua.

******************************

Tibalah hujung minggu yang dinantikan. Pada malam ini, Saifuddin dan Sapphira telah dijemput ke rumah Azman dan Seri Dewi, untuk makan malam, sekaligus bermalam di sana juga.

Sapphira memakai evening dress yang sama pertama kali dia dan Saifuddin bertemu. Sapphira nampak seksi, dengan setiap lekuk tubuh badannya jelas kelihatan. Lurah bajunya rendah, menampakkan aluran payudaranya. Bajunya tidak berlengan, jadi nampak celahan ketiaknya yang menggiurkan. Kainnya terbelah, nampak peha dan betis kanannya yang putih melepak.

Saifuddin pula memakai kemeja dan seluar hitam. Tali pinggang kulit. Pakaiannya simple. Tak keterlaluan, tak kekurangan. Bentuk tubuhnya yang sasa, dicampur pula dengan raut wajahnya yang kacak, boleh menyebabkan ramai wanita terpecah ovari tatkala melihat ketampanannya.

Saifuddin dan Sapphira keluar rumah berpegangan tangan, sesuai dengan imej sepasang kekasih yang sedang hangat bercinta. Tangan Sapphira tidak sekalipun dilepaskannya. Sampai di kereta, Saifuddin membuka pintu untuk Sapphira. Sungguh gentleman. Sapphira sangat teruja.

Setelah hampir setengah jam memandu, akhirnya mereka sampai ke rumah Azman dan Seri Dewi.

Saifuddin amat kagum dengan kecantikan rumah mereka, kerana rumah bukan sekadar rumah, tapi ianya direka seperti sebuah villa. Menerusi pintu pagar utama ialah tempat letak kereta. Pintu utamanya sangat besar. Di dalamnya, rumah mereka direka seperti sebuah resort. Bangunan utama berbentuk empat segi, dengan sebuah Balinese Garden yang sangat cantik ditengah-tengahnya. Taman Balinese itu hanya dapat dilihat dari dalam rumah, memberikan privasi kepada penghuninya. Di dalam taman itu terdapat beberapa air terjun buatan, kolam ikan koi, dan anjung besar yang di atasnya terdapat tilam dan bantal. Di situlah tempat beradu Azman dan isterinya Seri Dewi sekiranya mereka ingin tidur di dalam taman tersebut.

Bagaikan BidadariWhere stories live. Discover now