*****DUA TAHUN YANG LALU*****
Saifuddin berlari dengan pantas seperti halilintar melepasi kenderaan-kenderaan yang berhenti di sepanjang jalanraya. Setiap langkahnya begitu cepat dan lekas sekali, diikuti dengan nafas yang kencang, sambil bibirnya tidak berhenti menyebut nama Allah. Air matanya berlinangan mengaburi penglihatannya, tapi itu tidak sedikitpun memperlahankan langkahnya. Malah, lariannya menjadi semakin laju tatkala dia nampak cahaya-cahaya biru dan merah yang terbit dari kenderaan polis, ambulans dan bomba yang sudah berada di tempat yang ditujunya.
ʻʻKetepi! Ketepi!ʼʼ jerit Saifuddin pada orang ramai yang berdiri melihat kejadian yang telah berlaku. Saifuddin terus menolak ketepi orang ramai yang menghalangnya untuk terus mara. Saifuddin tak peduli samada orang itu lelaki, wanita, warga tua atau kanak-kanak. Sesiapa sahaja yang berada di hadapannya akan ketepikan oleh tangannya yang sasa.
Setelah Saifuddin melapasi halangan manusia, maka di hadapannya terlihat jasad isterinya Izzati yang terlentang di tengah jalan, tubuh badan, kakinya dan kepalanya berlumuran darah, nafasnya cetek dan laju, nyawanya sudah menghampiri sakaratul maut.
Seorang anggota polis cuba menghalang Saifuddin, tapi Saifuddin berteriak, ʻʻItu isteri saya! Saya suami dia! Lepaskan saya sekarang!ʼʼ
Anggota polis tadi membenarkan Saifuddin melepasi halangan yang telah disusun oleh polis, dan Saifuddin terus bergegas mendapatkan Izzati dan memapah tubuh isterinya di dalam pangkuannya.
ʻʻSayang... sayang... Abang ada dekat sini.. sayangʼʼ kata Saifuddin sambil tidak dapat untuk menahan tangisannya.
Izzati tahu yang malaikat Izrail sudah hampir tiba, ʻʻAbang.....ʼʼ katanya lemah, matanya memandang suaminya, ʻʻ...ampunkan Izzati, Bang... halalkan makan minum Izzatiʼʼ
Saifuddin pun tahu waktu untuk isterinya untuk pergi sudah tiba. Dengan tangisan yang sangat pilu, Saifuddin berkata, ʻʻAbang ampunkan semua dosa-dosa Izzati, sayang... Sayang tak ada dosa sebesar zarah pun pada Abangʼʼ
Saifuddin membisik sesuatu ke telinga Izzati. Pesanan terakhir seorang suami kepada isterinya. Air mata Izzati mengalir membasahi kulit mukanya tatkala mendengar suara suaminya yang tenang.
Kemudian Saifuddin mengajar isterinya mengucap dua kalimah syahadah. Sungguh pilu sekali suasana malam itu tatkala seorang suami menemani isterinya pergi untuk berjumpa penciptanya.
Izzati memeluk suaminya buat kali terakhir. Dalam genggamannya ada sehelai sapu tangan putih. Izzati mengulang kalimah syahadah yang Saifuddin sebutkan sebelum dia menghembukan nafasnya sekian kalinya.
Saifuddin memeluk jasad isterinya dengan erat sekali, tangannya menggeletar dalam pelukannya, sambil tangisan yang kuat menyebut nama isterinya berkali-kali.
Saifuddin bukan sahaja telah kehilangan isterinya, tapi juga kandungan empat bulan yang masih berada di dalam rahim isterinya yang pergi bersama ibunya ke alam yang seterusnya.
Seluruh orang ramai yang berada di kawasan tersebut berkongsi kepiluan sang suami tatkala isteri dan anaknya di ambil Ilahi. Suasana yang sangat muram menyelubungi malam itu.
*****HARI INI*****
Saifuddin duduk termenung di tangga rumah ibunya di kampung, mengenangkan peristiwa hitam dua tahun yang lalu yang mengorbankan isterinya Izzati dan zuriat di dalam kandungannya.
Kenangan bertemu Izzati masih segar dalam ingatan. Saifuddin dan Izzati mula berjumpa buat pertama kali di kolej, Saifuddin seorang pelajar diploma jurusan Komputer Sains dalam pengkhususan image recognition, sementara Izzati pula mengambil bidang interior design. Cinta pandang pertama Saifuddin dan Izzati terus membawa mereka ke jinjang pelamin. Pada tahun pertama perkahwinan mereka, Izzati telah disahkan mengandung, satu berita gembira untuk mana-mana pasangan suami-isteri yang muda. Tapi semua itu sekarang tinggal memori sahaja, yang telah digantikan dengan igauan mimpi yang duka.
![](https://img.wattpad.com/cover/283431867-288-k313139.jpg)
YOU ARE READING
Bagaikan Bidadari
RomansaʻʻKisah cinta dua anak muda dalam mengharungi nafsu-nafsu manusiaʼʼ Sapphira Catherine Lawson, gadis jelita kacukan Inggeris dan Cina yang terperangkap dalam kehidupan terkutuk, ingin keluar dari penjara jiwanya, dan impikan kehidupan yang normal se...