Epilog

5.8K 58 9
                                    

Dean duduk termenung di tepi kubur Izzati dan anaknya, sambil air matanya tidak dapat ditahan menahan rindu di hati. Dean memakai songkok melayu sebagai tanda hormat, menziarahi perkarangan tanah perkuburan di kampung itu.

Saifuddin ada di sebelah Dean, juga memakai songkok dan baju melayu. Baru sahaja menyedekahkan surah Yassin kepada arwah Izzati dan anaknya.

Setelah selesai bacaan Yassin, Saifuddin menambil sebuah jug air yang telah disediakan oleh mereka. Air yang telah dibancuh dengan wangian dari bunga-bunga yang telah dipetik disekeliling taman di kawasan kampung tersebut.

Sekarang giliran Dean pula mencurahkan air membasahi kubur Izzati. Dean memang tidak menahan kesedihannya. Dean terus rebah menangis pada kubur Izzati.

ʻʻSabar, Dean... sabarʼʼ kata Saifuddin, cuba memujuk, sambil mengurut-urut belakang Dean.

ʻʻAku rindukan dia, Saiful... aku sangat-sangat rindukan dia....ʼʼ kata Dean dalam tangisan, ʻʻdia lah cinta pertama aku.... dia lah my only loveʼʼ

Saifuddin pun bersedih melihat Dean yang begitu hiba sekali memeluk kubur Izzati.

ʻʻBro, aku yakin Izzati ada di syurga sekarang, memerhati kitaʼʼ kata Saifuddin, ʻʻbro, sebelum akad nikah, aku tengok Izzati menangis tersedu-sedu mengerjakan solat taubat. Aku yakin Tuhan telah mengampunkan dosa nya. Aku sendiri pun dah ampunkan semua dosa Izzati sebelum dia pergiʼʼ sambung Saifuddin lagi dengan nada yang pilu, ʻʻIzzati pergi dalam keadaan mengandung, Dean.... dia mati syahidʼʼ

ʻʻMaksud kau?ʼʼ tanya Dean.

ʻʻPerempuan yang meninggal semasa menggandung.... dosa mereka diampunkan Tuhan dah roh mereka ditempatkan di syurgaʼʼ jelas Saifuddin.

Terukir sebuah senyuman pada wajah Dean disebalik kedukaan di hatinya. Dean merasa lega tatkala mengetahui yang Izzati sudah berada di syurga.

Dean amat terharu dengan indahnya agama ini. Ianya dihiasi dengan kemuliaan dan keampunan.

Dean teringat pesanan Izzati padanya.

Janganlah lakukan kerana seorang perempuan. Lakukan ia sebab ia datang dari hati.

Dean mengangkat kepala dan badannya dari kubur Izzati dan menoleh ke arah Saifuddin.

ʻʻSaiful....ʼʼ kata Dean pada rakannya, ʻʻAku ingin dilahirkan semula....ʼʼ

ʻʻApa maksud kau, bro?ʼʼ tanya Saifuddin.

ʻʻAku ingin dilahirkan semula agar aku dapat berjumpa Izzati di syurga nantiʼʼ jelas Dean, sayu.

ʻʻDean?ʼʼ tanya Saifuddin, perlahan.

ʻʻSaiful.... ajarkan kepadaku erti syahadahʼʼ kata Dean sambil air matanya berlinangan jatuh.

Saifuddin terus memeluk Dean. Dia juga tidak dapat menahan kesedihan. ʻʻInsha Allah, bro.... Insha Allahʼʼ

Setelah reda seketika, Saifuddin meminta diri untuk beredar. Dean, yang masih kepiluan, ingin tinggal untuk sebentar sahaja lagi, bagi dia mengucapkan salam perpisahannya kepada Izzati.

Selamat tinggal, Sayang.... Abang mintak diri dulu. Sayang dan baby rehat ya di sana....

Abang sangat-sangat rindukan mu. Ingatan pada mu sentiasa bertahta di hati ku....

Tatkala aku merindui mu.....

....Sentuhlah jiwa ku dari Syurga.


******************************


Saifuddin baru sahaja menjemput Sapphira dari rumah Azman. Setelah pulangnya Seri Dewi ke pangkuan suaminya, Sapphira tidak perlu untuk tinggal di situ lagi. Tanggungjawab menguruskan makan-minum dan keperluan harian Azman telah kembali kepada pemilik asalnya, iaitu isterinya.

Bagaikan BidadariWhere stories live. Discover now