Episod 20: Rampas

2.9K 48 1
                                    

Linda dan Dean berlari-lari dari koridor hospital ke bilik ward tempat Azman ditempatkan. Sapphira mengikut kedua-duanya dari belakang.

ʻʻHello, missʼʼ kata Linda kepada salah satu jururawat yang bertugas, ʻʻSaya Linda, private secretary kepada Encik Azman Adnan. Saya diberitahu dia telah diwadkan di hospital ni. Boleh saya tahu bilik wad Encik Azman?ʼʼ

ʻʻBilik Encik Azman ada di hujung sanaʼʼ tunjuk jururawat tu, ʻʻBilik 227ʼʼ

ʻʻTerima kasihʼʼ kata Linda. Dia dan Dean terus berlari ke bilik 227.

Setibanya di bilik 227, Linda dan Dean masuk dan mendapati Azman terbaring di atas katil, tangannya berbalut, dan tiub darah disalurkan ke lengannya. Azman tidak sedarkan diri.

Di sebelah katil Azman duduk seorang wanita melayu. Sungguh cantik paras rupanya. Umur lebih kurang sebaya dengan Azman. Wanita itu sedang memegang tangan Azman dengan erat, sambil tangan lagi satu mengusap-usap rambut Azman. Mukanya sangat rapat dengan muka Azman, hampir menyentuhnya.

Apabila Linda dan Dean masuk ke dalam bilik ward itu, wanita itu sedikit terkejut dan melepaskan genggaman tangannya dari tangan Azman.

Sapphira menyusul dibelakang mereka.

Sapphira kenal siapa wanita itu.

ʻʻOh minta maafʼʼ kata Linda, ʻʻerr.... awak siapa ya? Adik Encik Azman ke?ʼʼ tanya Linda lagi.

Wanita itu hanya tersenyum, ʻʻEh, tak lah. Saya rakan sekolah dia. Saya yang bawa dia datang ke sini tadiʼʼ

ʻʻOh... ya keʼʼ kata Linda yang rasa agak tidak selesa dengan perbuatan wanita itu pada bossnya, ʻʻErr... Puan Seri ada sekali dengan you ke?ʼʼ

ʻʻTak, Seri ada dekat rumah. Obviously oblivious to what is happening to her husbandʼʼ kata wanita itu seperti tak kuasa tatkala nama Seri Dewi disebut.

ʻʻExcuse me?ʼʼ tanya Linda tajam.

ʻʻNever mindʼʼ kata wanita itu sambil bangun dari tempat duduk disebelah katil. ʻʻI dah tolong bawak dia ke sini. Kalau sebab bukan I, dah banyak dah pendarahan dia. Nak harapkan bini dia? Hmmph... pengsan dekat rumah lepas kena fuck dengan jantan mana ntah....ʼʼ

ʻʻWhat??ʼʼ Linda terkejut dengan kenyataan wanita itu.

ʻʻPengsan?ʼʼ tanya Sapphira pula.

ʻʻAnyway... Azman dah selamat dekat sini. Take care of your boss for now. I akan datang balik pagi besokʼʼ katanya lagi dengan nada yang agak berbunyi seperti sombong.

Wanita itu terus keluar dengan gaya yang sedikit megah. Ya lah, mentang-mentang dia yang tolong bawakan Azman ke hospital. Siapa dia ni pun, buat sakit hati Linda jer.

Sejurus sahaja wanita itu keluar meninggalkan bilik ward itu, seorang doktor lelaki masuk.

Kemudian, Saifuddin pula dilihat bergegas masuk.

Saifuddin dan Sapphira berpandang mata. Sapphira terus mengalihkan pandangannya dari Saifuddin. Hati dia masih terkilan dengan tindakan Saifuddin siang tadi.

ʻʻKau buat apa dekat sini!ʼʼ teriak Dean pada Saifuddin, tangan dan jari telunjuknya menunjuk pada muka Saifuddin.

ʻʻAku tak kuasa nak gaduh dengan kau sekarang, Dean! Aku nak tengok Encik Azman. Aku dapat missed call dari dia!ʼʼ jawab Saifuddin dengan menunjukkan penumbuk tangannya pula pada Dean.

ʻʻMintak maafʼʼ kata doktor yang berada di dalam bilik itu. ʻʻDi sini hospital, kalau nak berbincang, sila berbincang di luarʼʼ

ʻʻKorang berdua ni please cool it!ʼʼ Linda memberi arahan pada Dean dan juga Saifuddin, kedua-duanya.

Bagaikan BidadariWhere stories live. Discover now