Episod 8: Bidadari Dari Syurga

6.3K 67 1
                                    

Sepanjang malam Saifuddin tidak dapat tidur. Dia mundar-mandir di dalam apartment nya sendiri. Di dalam bilik tidurnya, terdapat seorang gadis jelita yang sedang tidur di atas katilnya, di tempat yang sama arwah isterinya selalu beradu.

Selang beberapa minit, Saifuddin akan menjenguk melihat gadis itu. Kadang-kala dia akan berdiri di tepi pintu, melihatnya dari situ. Kadang-kala dia akan duduk di tepi katil dan melihatnya dari dekat. Kejelitaan gadis kacukan inggeris-cina itu telah menambat hatinya. Rupa wajahnya seperti bidadari yang turun dari syurga.

Saifuddin tidak berhenti merenung wajahnya. Seolah-olah seperti pernah berjumpa satu ketika. Wajah yang pernah dilihat dan melekat di dalam hatinya. Pernahkah bidadari ini pernah muncul di dalam hidupnya satu ketika dulu, atau hanya sekadar hadir di dalam mimpinya. Saifuddin tidak tahu jawapannya. Yang pasti, bidadari ini sekarang sedang tidur di atas katilnya.

Saifuddin cuba untuk melelapkan mata di sofa ruang tamunya. Dapat lah dia tidur 1 jam, kemudian terbangun, pergi melihat gadis tadi, kemudian cuba tidur balik, dapatlah lagi satu 1 jam, kemudian terjaga semula.

Setiap kali Saifuddin mendekati gadis tersebut, nafsu syalwatnya teruja. Dia sendiri tak tahu kenapa. Adakah disebabkan kejelitaannya, atau pun bau tubuh badannya? Apapun, Saifuddin sangat tertarik pada gadis ini, walaupun dia tidak tahu apa asal-usulnya.

Dalam pada dia merenung gadis yang nyenyak tidur di atas tilam katilnya, maka tak disedarinya sudah masuk waktu Subuh. Kedengaran Azan dari ringtone telefom bimbitnya, sekaligus menyentakkan Saifuddin dari lamunan mimpinya.

Saifuddin terus masuk ke bilik air untuk mandi. Baru dia perasan dia belum mandi lagi dari malam tadi. Setelah mandi, Saifuddin mengambil wudu, dan kemudian mengerjakan solat subuh dua rakaat di bilik tidurnya, bersebelahan dari katilnya. Dalam solatnya, Saifuddin tidak dapat kusyuʼ, fikirannya sentiasa teringatkan gadis yang sedang tidur di dalam biliknya. Setelah selesai solat subuh, Saifuddin mengambil keputusan membaca al-Quran, agar dapat menyejukkan nafsu syalwatnya yang sedang bergelora.

Saifuddin memilih surah Ar-Rahman, dan memulakan bacaannya dengan suara merdunya.

Gadis yang tidur tadi membuka matanya dengan perlahan-lahan tatkala dia mendengar suara bacaan Quran dari Saifuddin. Sungguh merdu suaranya. Bacaannya seperti sebuah syair. Tapi syair bukan dalam bahasa Cina, bukan dalam bahasa Melayu, bukan dalam bahasa yang diketahuinya. Dia pernah dengar bahasa itu, pernah dimainkan di televisyen dan apabila dia melintasi masjid. Tapi tidak pernah sekali dia mempedulikannya. Bukan sesuatu yang patut dia hiraukannya. Tapi kali ini suara itu sangat merdu. Bacaannya sangat indah. Hatinya sangat tenang mendengarnya.

Tiba-tiba Saifuddin dapat rasakan seperti sesuatu telah memanggil hatinya, yang memberitahu bahawa gadis itu telah bangun dari tidurnya. Saifuddin terus berhenti dari membaca surah Ar-Rahman, dan menoleh ke arah gadis tersebut yang masih terbaring menghadap dirinya, matanya sudah terbuka.

ʻʻAwak dah bangun?ʼʼ tanya Saifuddin, gugup.

ʻʻAwak baca apa tu?ʼʼ tanya gadis tersebut, perlahan.

ʻʻErr... saya baca Quran.... surah Ar-Rahmanʼʼ, kata Saifuddin, masih gugup, ʻʻmaafkan saya, saya tak berniat untuk menyinggung awakʼʼ

Saifuddin sedar yang gadis ini bukan beragama Islam, jadi membaca al-Quran di hadapannya mungkin bukan satu perkara yang patut dilakukannya.

ʻʻTak... tak....ʼʼ jawab gadis tersebut perlahan, kali ini hampir berbisik ʻʻ....saya tak tersinggung pun... please teruskan.... saya nak dengar.... pleaseʼʼ

Saifuddin meneruskan bacaannya, walaupun kali ini tidak selancar sebelumnya, kerana degupan jantungnya kencang menyedari gadis di atas katilnya sedang mendengarnya.

Bagaikan BidadariWhere stories live. Discover now