Episod 10: Hidup Bersama

4.2K 60 2
                                    

Malam kedua Sapphira tinggal bersama Saifuddin sama sahaja skripnya. Saifuddin yang cuba untuk tidur di atas sofa ruang tamu tidak dapat melelapkan matanya. Sekali sekala dia akan menjenguk Sapphira yang tidur di atas katilnya. Kadang kala hanya memandangnya dari pintu bilik tidurnya, kadang kala lebih dekat sambil berdiri disebelah katilnya, bila lebih berani Saifuddin akan duduk ditepi katil Sapphira sambil melihat gadis itu tidur. Ada seketika, Saifuddin tersenyum sendiri, sebab perangainya dah macam stalker pula. Tapi hatinya seperti sentiasa dipanggil untuk melihat Sapphira tidur dengan lena.

Pada keesokkan paginya, Saifuddin seperti biasa pergi membeli sarapan, dan menyediakan sarapan di atas meja makannya. Tapi pada hari ini, Saifuddin tak boleh tunggu lama, sebab dia perlu pergi ke Kesawa untuk memulakan kerjanya. Dah lah semalam tak masuk kerja, sebab menemani Sapphira untuk pergi ke kediaman mendiang ibunya.

Saifuddin masuk ke bilik tidur dan melihat Sapphira masih lagi tidur. Dia tidak mahu menggangunya dan terus ke bilik air untuk mandi. Setelah bersih tubuh badan, Saifuddin mengenakan kemeja kerja dan bertali leher. Sambil Saifuddin tengah bersiap-siap, Sapphira terbangun dari tidurnya.

ʻʻSaiful...ʼʼ kata Sapphira pisat-pisat, ʻʻawak nak kemana?ʼʼ

Saifuddin terus mendapatkan Sapphira yang masih baring di atas katil, ʻʻSaya nak pergi kerja hari ni, Fira. Semalam tak masuk opis, takut nanti Encik Azman marah pulak.... Fira duduk sini ya. Saya dah tinggalkan duit sikit dekat atas meja solek tu. Fira gunalah kalau nak beli baju dalam atau keperluan lainʼʼ

ʻʻSusah-susah jer awak.... maafkan Fira kalau menyusahkan awak, Saifulʼʼ kata Sapphira sambil bangun dari baringnya.

ʻʻEh... tak susah pun, sikit jer pun yang saya mampu bagiʼʼ kata Saifuddin sambil tersenyum. Saifuddin kemudian memegang belakang kepala Sapphira dan mencium dahinya, ʻʻSaya pergi dulu ya? Kalau awak nak keluar, spare key ada dekat atas almari tuʼʼ

ʻʻOk, Saiful. Thank you againʼʼ kata Sapphira sambil tersenyum manis. Senyuman yang ringkas tapi cukup untuk manawan hati Saifuddin.

******************************

Setibanya di ruang bangunan Kesawa Management, Saifuddin terus masuk ke bilik pejabat bossnya, Encik Azman Adnan. Kebetulan isteri Azman, Seri Dewi pun ada di dalam pejabat tersebut tengah bersarapan di ruang tamu pejabat besar tersebut.

ʻʻHai.... awak datang pun. Saya ingatkan awak dah tak jadi nak kerja dekat siniʼʼ sindir Encik Azman tatkala Saifuddin terkocoh kacah masuk ke dalam pejabatnya.

ʻʻMinta maaf, Encik Azman. Minta maaf sangat-sangat. Semalam saya ada emergency. Ada perkara yang perlu saya selesaikan. Walau bagaimanapun, saya dah load program image recognition ke dalam server Kesawa Residence kelmarin. Insha Allah hari ni saya akan buat trial runʼʼ jelas Saifuddin dengan satu nafas sahaja, sambil cuba untuk memohon maaf di atas ketidakhadirannya semalam.

ʻʻEmergency apa tu Saiful?ʼʼ tanya Seri Dewi sambil menghirup kopinya, ʻʻperkara apa yang you nak diselesaikan ke, atau nak selesaikan masalah seseorang?ʼʼ

ʻʻMaaf puan, saya tak fahamʼʼ kata Saifuddin pada Seri Dewi, seolah-olah tidak tahu apa yang ditanyakannya.

ʻʻDean tengah mengamuk hari ni.... girlfriend dia hilang.... siap nak buat polis report bagaiʼʼ kata Seri Dewi.

ʻʻApa kaitan girlfriend Dean dengan saya?ʼʼ tanya Saifuddin cuba untuk cari jalan mengelak.

ʻʻMeh tengok siniʼʼ Azman pula panggil Saifuddin. Saifuddin pergi ke meja besar Azman dan kemudian Azman menunjukkan paparan CCTV perkarangan basement parking Kesawa Residence. Dalam rakaman CCTV tu, nampak Saifuddin sedang mendukung Sapphira membawa gadis itu ke keretanya.

Bagaikan BidadariWhere stories live. Discover now