" HUANG RENJUN!! " Bora memeluk Renjun yang sedang sibuk memilih baju untuk dipakai
" Nae? " Kata Renjun lalu menyerabaikan rambut Bora
" Uhm.. macam mana awak nampak baju apa yang awak nak pakai? " Tanya Bora
Renjun menunjukkan tag yang ada braille untuk memudahkan dia untuk membaca.
" Ouh.... Macam mana nak baca? " Tanya Bora
" Chagiya~ kalau saya terangkan dekat awak pun awak takkan faham. " Kata Renjun
" Uh! Belum cuba belum tahu! " Kata Bora lalu beredar
•••
" Awak nak makan apa? Saya masakan. " Kata Bora
" Awak reti masak? " Tanya Renjun
" Eih! Jangan main-main, saya masterchef tau! " Kata Bora dengan bangga sedangkan dia nak masak telur goreng pun hangus
" Okay... saya nak kimchi stew... " kata Renjun dan Bora menelan air liurnya
" Wae? Awak reti ke tak? " Usik Renjun
" U-uh, retilah! " Kata Bora lalu menuju ke dapur masak
Otaknya ligat memikirkan cara untuk memasak Kimchi Stew seperti yang dipinta oleh Renjun.
Sedang Bora sibuk membuka peti ais milik Renjun....
" Huang Renjun- " kata Jun Xie sebelum dia kaku apabila dia nampak Bora turut ada di situ
" Yes Jun Xie? Ada apa? " Tanya Renjun
Jun Xie mengelilingi Renjun dan kemudiannya dia memandang Bora yang turut kaku di peti ais.
" Yah, Jun Xie.. wae? " Tanya Renjun dan mulai ketawa
"Awak... gelak?" Kata Renjun
Mana tidaknya Jun Xie terkejut, selama dia menjaga Renjun, Renjun tidak pernah gelak mahupun senyum walau sekali, dia hanya menunjukkan muka 'cold' dia sepanjang waktu.
YOU ARE READING
⋮ ៚ sᴀʀᴀɴɢ ↺ ʜᴜᴀɴɢ ʀᴇɴᴊᴜɴ ꒰ ✓ ꒱
Fanfiction҂৲ renjun fanfic : ❝Tak semestinya kita perlu sempurna untuk mencintai seseorang❞ ❝Tak semestinya orang yang sempurna sifatnya akan mencintai kita sepenuh hati.❞ ❝Kadang kala, mereka yang mempunyai kecacatan lebih memahami diri kita berbanding orang...