Bora duduk di dalam biliknya dan melipat baju-baju yang baru dikeringkan.
" Bora…. " Tuan Kang masuk ke dalam bilik anak gadisnya dan duduk di sebelahnya
" Ada apa appa? " tanya Bora
" Appa saja je nak jenguk kamu. " kata Tuan Kang
" Ouh… eomma mana? " tanya Bora
" Eomma tengah masak. Kamu tu sembang la sikit dengan eomma kamu. Walaupun appa tahu kamu masih marah dengan keputusan dia. " kata Tuan Kang
" Bora tak marah appa. Bora kecewa. Kecewa yang eomma langsung tolak Renjun mentah-mentah sedangkan eomma tak pernah pun jumpa Renjun depan-depan. " kata Bora, menyuarakan apa yang terbuku di dalam hatinya
" Walaupun appa tak kenal siapa Renjun tu tapi appa rasa dia mampu nak jaga kamu walaupun dia tak sempurna macam kita. " kata Tuan Kang
Bora melabuhkan kepalanya di bahu Tuan Kang. Sememangnya dia manja dengan ayahnya itu.
" Kalaulah eomma boleh berfikir macam appa… " kata Bora
Baru sahaja Tuan Kang hendak membalas, telefon Bora berbunyi dan Bora terus menjawab panggilan tersebut.
" Hello Jun Xie unnie. " kata Bora
Bora mengangguk-angguk mendengar apa yang Jun Xie katakan.
" Apa yang tak kena dengan Renjun? " Tanya Bora
Kemudian, air muka Bora berubah.
" Dia dekat hospital! Kenapa!? " Tanya Bora dengan riak wajah terkejut
" Bora ke sana sekarang. " kata Bora
Bora memandang wajah appanya dengan penuh harapan agar appanya memberikan dia pulang ke Seoul.
" Pergilah. Nanti appa akan beritahu eomma kamu. " kata Tuan Kang
" Bora akan balik secepat yang mungkin. " kata Bora dan dia menyumbatkan beberapa helai baju ke dalam beg galasnya
" Take your time Bora. Jangan tergesa-gesa. Kamu pun nak beritahu dia pasal perkahwinan kamu kan. Apa pun yang terjadi, appa nak kamu kuat dan terima semuanya dengan hati yang terbuka. " kata Tuan Kang
Bora memeluk appa kesayangannya dan dia berlepas ke Seoul.
•••
Bora tiba di Hospital setelah mendapat tahu di mana Renjun berada.
" Boleh saya bantu Cik? " tanya jururawat yang berada di kaunter
" Saya nak tahu di mana bilik pesakit bernama Huang Renjun. Dia baru masuk ke hospital ni pagi tadi. " kata Bora
Dia sangat risau dan nafasnya berombak-ombak.
" Bilik dia berada di tingkat 5 nombor 11. " jawab jururawat itu dan dengan langkah yang laju, Bora menuju ke lif dan dia terus naik ke tingkat lima
" Nombor 11…. " kata Bora sambil matanya melilau mencari di mana bilik Renjun berada
Setelah Bora menjumpai bilik nombor 11, dengan pantasnya dia memulas tombol pintu tanpa ketuk terlebih dahulu.
" Renjun- " kata Bora namun kata-katanya mati tatkala dia nampak Xinyi sedang menyuapkan Renjun semangkuk bubur
" Oh, awak dah sampai.. " kata Xinyi
Tanpa banyak soal, Bora ke arah Renjun dan terus memegang kedua-dua tangannya. Namun Renjun tidak memandang ke arah Bora dan dia menepis tangan Bora membuatkan Bora terkejut dengan tingkah-lakunya.
" Renjun? Kenapa ni? " tanya Bora
" Tanya diri awak sendiri. " jawab Renjun dan dahi Bora berkerut
Bora memandang Xinyi yang leka menyuapkan Renjun. Hati Bora agak sakit tatkala dia nampak kemesraan antara Renjun dan Xinyi.
" Apa salah saya? " tanya Bora, cuba menarik perhatian Renjun untuk berbincang dengannya
" Awak balik Jeju sebab awak nak rancang perkahwinan awak dengan Hyunsuk kan? " tanya Renjun dan Bora terkejut
' Macam mana dia tahu? ' kata Bora di dalam hatinya
" Jawablah!! " Tengking Renjun
" Renjun, jangan stress. Dr cakap you tak boleh macam ni. " kata Xinyi lalu mengusap lengan Renjun
" Xinyi please leave. I want to discuss it with him only. I need privacy. " kata Bora
" No. Dia bakal isteri saya. Jadi dia berhak dengar. Siapa awak nak arah dia. " kata Renjun
Kata-kata itu ibarat panah yang menusuk masuk ke dalam hati Bora. Pedih, perit, sakit hanya itu yang dapat dia rasakan sekarang ini apabila Renjun menyatakan bahawa Xinyi, bekas teman wanitanya bakal menjadi suri hatinya.
" X-Xinyi- " Bora kehilangan kata-kata
" Why? Terkejut? Awak ingat hanya awak je boleh bagi surprise? " kata Renjun lalu tersenyum sinis
" R-Renjun bagi saya terangkan apa yang dah jadi please. " kata Bira namun Renjun menggeleng
" Saya tahu saya hanya beban dekat awak. Saya ni kan tak sempurna. Orang buta macam saya ni, siapa je nak jadi pendamping hidup. Mesti keluarga awak prefer Hyunsuk dari saya. Lebih baik saya balik ke China dan kahwin dengan Xinyi. Dia lagi rela terima saya dan jaga saya macam mana dia jaga papa saya sewaktu saya tiada. " kata Renjun
Air mata Bora gugur ke pipi, sungguh dia tak sangka semua ini akan keluar dari mulut lelaki yang dia cintai.
" Kalau itu keputusan awak. Saya hormat dan terima. Maafkan saya kalau saya ada buat salah sepanjang saya bersama awak. Terima kasih kerana datang dan ceriakan hidup saya, berikan saya kasih sayang dari orang yang saya benar-benar cintai. " kata Bora lalu mengelap air matanya
Bora kemudiannya menapak menuju ke pintu. Belum sempat dia membukanya, Jun Xie dan Tuan Huang muncul.
" Bora… bila sampai? " Tanya Jun Xie
Bora sekadar tunduk hormat dan dia berpaling.
" Tahniah buat awak berdua. Saya pergi dulu. " kata Bora lalu beredar
" BORA! BORA! " jerit Jun Xie namun Bora tidak berhenti dan menuju ke lif dengan air mata yang berguguran
Renjun pula hanya mampu membatukan diri.
-Tbc-
a/n : so guys? Amacam? Well inilah ending dia… Bora and Hyunsuk 😄😄
The end
YOU ARE READING
⋮ ៚ sᴀʀᴀɴɢ ↺ ʜᴜᴀɴɢ ʀᴇɴᴊᴜɴ ꒰ ✓ ꒱
Fanfiction҂৲ renjun fanfic : ❝Tak semestinya kita perlu sempurna untuk mencintai seseorang❞ ❝Tak semestinya orang yang sempurna sifatnya akan mencintai kita sepenuh hati.❞ ❝Kadang kala, mereka yang mempunyai kecacatan lebih memahami diri kita berbanding orang...