Bora bergegas naik ke dalam bilik tanpa menghiraukan jeritan Renjun yang memanggilnya. Dia masuk ke dalam bilik kongsi dia dan Renjun lalu membawa keluar bagasinya dan memunggah beberapa baju ke dalam beg tersebut.
" Bora, saya panggil awak ni. " kata Renjun yang baru sahaja tiba di bilik itu
Dia meraba-raba katil dan dia dapati beg Bora terletak di atas katil tersebut membuatkan Renjun tertanya-tanya ke mana Bora hendak pergi.
" Awak nak ke mana? " Tanya Renjun
" Saya kena balik Jeju-Do, eomma kata ada hal penting nak kena uruskan, " kata Bora tanoa berselindung
" Awak balik seorang diri ke? " Tanya Renjun
" Hyunsuk balik sekali dengan saya. Kata dia keluarga kami ingin jumpa kami berdua. " kata Bora
Muka Renjun jelas menunjukkan muka masam setelah mendengar nama Hyunsukm bekas teman lelaki Bora. Bora yang perasan akan perubahan muka Renjun terus ke arahnya dan kedua-dua tangan Renjun dicapai.
" Awak janganlah cemburu, saya dengan Hyunsuk kan dah tak ada apa-apa hubungan. " kata Bora
" But why him? " tanya Renjun
" Awak tahu kan keluarga kami memang rapat sejak kami kecil jadi, mesti ada hal kenapa kami berdua kena balik ke sana. " jelas Bora
" Lama ke awak ke sana? " Tanya Renjun
" Saya tak boleh janji dekat awak saya akan balik dalam tempoh seminggu tapi saya akan cuba balik secepat yang mungkin. Saya janji akan call awak setiap hari. " kata Bora
Bora meng-zip bagasinya dan menariknya hingga ke pintu depan. Renjun sekadar mengekori Bora dari belakang.
" Grab saya dah sampai, saya janji akan call awak. Tunggu kepulangan saya, " kata Bora lalu mencium pipi Renjun sebelum beredar dengan grab itu
•••
" Biar saya ambil bagasi awak. Awak tunggu di sini. " kata Hyunsuk dan Bora mengangguk
Setelah mereka mendapatkan semula bagasi masing-masing, mereka menyewa sebuah teksi dan bergerak oulang. Destinasi pertama ialah rumah Bora.
" Hyunsuk, awak dah bagitahu parents awak pasal Yuna? " Tanya Bora
" Belum. Saya ingat lepas ni nak bagitahu sebab saya cadang bulan depan nak bawa Yuna jumpa parents saya. " kata Hyunsuk menyatakan hasratnya
" Baguslah, tak lama lagi dapat naik pelamin, " kata Bora
Hyunsuk hanya ketawa dengan pernyataan Bora dan kemudiannya dia bertanya,
" Bila nak bagitahu eomma appa awak pasal Renjun? " Tanya Hyunsuk membuatkan senyumannya mati
" Molla. Kalau saya bagitahu, diorang akan terima ke keadaan Renjun? Appa mungkin tak kesah tapi eomma… awak pun tahu kan macam mana dengan perangai eomma saya. " kata Bora dan Hyunsuk sekadar mengangguk
•••
" Dah sampai pun kamu berdua. Masuk masuk. " kata Puan Kang lalu menjemput anaknya dan Hyunsuk masuk ke dalam
" Bora, bawa Hyunsuk masuk ke bilik tetamu di sebelah bilik kamu tu. Malam ni mereka akan tidur di rumah kita. " arah Puan Kang dan Bora menuruti arahan ibunya
Setelah itu, mereka berkumpul di ruang makan bagi menjamu selera bersama-sama dan kemudiannya kedua-dua keluarga itu menuju ke ruang tamu bagi membincangkan beberapa hal.
" Sebenarnya, ada hal kenapa eomma, appa dengan keluarga Hyunsuk suruh kamu berdua balik. " kata Puan Kang
Bora dan Hyunsuk yang duduk bersebelahan memandang Puan Kang dengan seribu tanda tanya.
" Ada apa eomma? " tanya Bora
" Sebenarnya, eomma, appa dengan keluarga Hyunsuk dan bincang lama dah pasal perkara ni. " kata Puan Kang
" Perkara apa? " tanya Bora
" Kami nak kamu berdua disatukan. Keluarga Hyunsuk pun dah setuju. " kata Puan Kang
" Wait.. what!? "
-Tbc-
a/n : maaflah dah lama tak update, tablet rosak hantar kedai aritu humm
Btw thanks for reading!!
YOU ARE READING
⋮ ៚ sᴀʀᴀɴɢ ↺ ʜᴜᴀɴɢ ʀᴇɴᴊᴜɴ ꒰ ✓ ꒱
Fanfic҂৲ renjun fanfic : ❝Tak semestinya kita perlu sempurna untuk mencintai seseorang❞ ❝Tak semestinya orang yang sempurna sifatnya akan mencintai kita sepenuh hati.❞ ❝Kadang kala, mereka yang mempunyai kecacatan lebih memahami diri kita berbanding orang...