" Okay, dah siap!! " kata juru solek dan keluar dari bilik itu
Bora memandang dirinya yang lengkap mengenakan wedding dress yang dipilih sendiri oleh keluarganya.
Senyuman cuba diukirkan di bibirnya namun bukan mudah baginya. Air mata mula bertakung di kelopak matanya dan hanya tunggu bila-bila masa sahaja untuk gugur ke pipi. Hanya dia seorang sahaja yang tahu betapa peritnya keadaan dirinya yang sekarang.
" Hey bestie. " satu suara yang sangat dikenali masuk ke dalam bilik itu membuatkan air mata Bora mulai gugur
" Yahhh kau menangis kenapa! Habis makeup kau! " marah Yuna
Bora terus memeluk kawan baiknya dengan erat dan Yuna menepuk belakang Bora dan menenangkannya..
" Shhhhh ujima.. " kata Yuna
" M-maafkan aku Yuna. M-maafkan aku. " kata Bora
Rasa bersalah masih terbuku di hatinya. Cinta sejati kawannya itu kini, bakal menjadi suaminya dalam masa 15 minit lagi.
" Gwenchana… aku terima dengan hati terbuka yang kau bakal jadi isteri Hyunsuk. Mungkin ini dah takdir, kau dijodohkan dengan dia. Bukannya aku. " kata Yuna
" T-tapi- " Bora mula teresak-esak
" Syhh aku tahu bukan mudah kan? Dengan kau kena tinggalkan Renjun, kau kena terima semua ni tapi aku tetap dengan kau Bora. Walaupun perit di dalam hati aku tapi aku tahu semua yang berlaku ada sebab dan ada kebaikannya. " kata Yuna
Yuna melepaskan pelukan dan dia mengelap air mata Bora.
" Dahla, wedding girl mana boleh sedih-sedih. " kata Yuna
Bora hanya mampu senyum segaris.
" Jaga Hyunsuk untuk aku ok. Janji? " kata Yuna dan Bora mengangguk
Tak lama selepas bereka berdua meluangkan masa bersama-sama, Bora dipanggil keluar untuk memulakan majlis perkahwinannya dengan Hyunsuk.
Bora dibawa oleh ayahnya, Tuan Kang.
" Kamu dah sedia? " tanya Tuan Kang tatkala meeka berada di depan oibtu
" Appa… ini semua untuk kebaikan Bora kan? " tanya Bora
" Appa tahu kamu tak suka dengan keputusan eomma kamu ni tapi percayalah, akan ada kebaikannya kelak. " kata Tuan Kang
Bora mengangguk memberi tanda bawah dia sudah bersedia. Pintu dibuka dan mereka melangkah masuk.
Bora memandang Hyunsuk yang berpakaian suit dan berdiri tegak memandangnya.
" Jaga anak pakcik, Hyunsuk. " kata Tuan Kang kepada Hyunsuk sebelum beredar
" Boleh kita mulakan? " Tanya penyatu perkahwinan dan mereka berdua mengangguk
" Sudikah kau, Choi Hyunsuk menerima Kang Bora sebagai isteri yang sah? " tanyanya
Hyunsuk memandang Bora dan Bora mengangguk dengan lemah.
" S-Saya sudi. " jawab Hyunsuk
" Sudikah kau, Kang Bora menerima Choi Hyunsuk sebagai suami yang sah? " tanyanya pula kepada Bora
" S-Saya- " kata Bora sebelum…
BUKKKKKK
" APPA!!!! "
-Tbc-
a/n : eheiii belum end lagi. Ilek ahhhh ada lagi perjalanan Bora dengan Renjun
Baidaweh what happened guys?? Boleh teka? Eheiii see you next chap!
YOU ARE READING
⋮ ៚ sᴀʀᴀɴɢ ↺ ʜᴜᴀɴɢ ʀᴇɴᴊᴜɴ ꒰ ✓ ꒱
Fanfiction҂৲ renjun fanfic : ❝Tak semestinya kita perlu sempurna untuk mencintai seseorang❞ ❝Tak semestinya orang yang sempurna sifatnya akan mencintai kita sepenuh hati.❞ ❝Kadang kala, mereka yang mempunyai kecacatan lebih memahami diri kita berbanding orang...