Aku betul-betul berada di depan pintu pagar Jeju Universiti di mana ini merupakan tempat Bora belajar.
" Tuan, kita akan ada mesyuarat dalam 5 minit lagi. " kata Minghao kepadaku namun aku hanya mendiamkan diri dan sibuk memandang ke arah luar
" Dia dah sampai. " kataku lalu keluar dari kereta dan memasukkan tanganku ke dalam kocek seluar.
Bora sibuk memandang ke arah telefon bimbitnya dan dia langsung tak perasan akan aku yang berada betul-betul di depannya.
BUKK
" Ouch! " katanya kesakitan lalu memegang dahinya
Aku terus panik dan mengusap dahinya yang mula memerah.
" R-Renjun!? " jeritnya dan dia menepis tanganku
" A-apa awak buat dekat sini! M-macam mana awak tahu saya belajar dekat sini! S-siapa beritahu awak! " tanya dia
Aku sekadar melemparkan senyuman yang mekar di bibir. Hanya aku sahaja yang tahu perasaan ini tatkala dapat melihat cinta hatiku semula.
" I need to go. " kata Bora lalu menapak ke tepi namun belum sempat dia beredar, aku menangkap tangannya terlebih dahulu
Namun tiba-tiba sahaja datang seorang lelaki yang aku jumpa di lobby hotel tempoh hari.
" Bora? "
" Eo? Sunghoon? Kenapa awak ke sini? " tanya Bora dengan senyuman
Panas hatiku tatkala nampak dia senyum kepada lelaki lain.
" Saya ada hal sikit dekat Uni ni tadi jadi alang-alang saya nak balik, saya ternampak awak so… why not saya bawa awak ke stesen radio? Awak ada broadcasting kan lepas ni? " tanya Sunghoon
Bora melepaskan tangannya dari genggaman aku dan baru sahaja dia hendak membuka mulut aku terlebih dahulu memintasnya.
" Aku boleh bawa dia ke stesen radio tu. " kataku dengan nada marah
" Maafkan saya Encik Huang, tapi.. apa hubungan dia dengan Encik ya? " tanya Sunghoon dengan formal membuatkan aku menjelingnya
" Aku tunang dia. So you better step away. " kataku lalu menarik Bora masuk ke dalam kereta sebelum menyuruh Minghao memandu kereta agar beredar dari kawasan itu.
" What the heck Renjun! " marah Bora dan aku sekadar mendiamkan diri, cuba untuk mengawak amarah aku
" Answer me! Bila masa saya jadi tunang awak! Just- AISHH! " Marahnya
Aku menarik nafas dalam-dalam dan memandangnya.
" Awak nak ke stesen radio kan? " tanyaku dan dia tidak menjawab
" Bora.. answer me.. " kataku
" Hmm.. "
" Okay. Minghao, hantar saya ke C.H Holdings dan hantar Bora ke alamat stesen radio tempoh hari. " kataku
•••
Aku keluar dari kereta dan menoleh, memandang Bora dari tingkap belakang yang dibuka.
" Dah sampai nanti call saya. " kataku lalu memberikan business card aku kepadanya
Dia mengambil kad itu dengan kasar dan menyilangkan tangannya tanpa memandang aku.
" Take care~ " kataku dan tiada respon darinya
Aku terus memesan kepada Minghao untuk menghantarnya dengan selamat sebelum aku masuk ke bangunan C.H Holdings untuk memulakan mesyuarat.
Aku membelek-belek kad pemberian Renjun yang berada di tanganku. Walaupun dia pesan untuk mesej dia bila aku dah sampai di steaen radio tadi namun, aku langsung tidak menghiraukan pesanannya itu.
Aku bekerja sambilan di sebuah stesen radio di Jeju dan aku tertanya-tanya, macam mana dia tahu aku bekerja di Stesen radio itu dan bagaimana dia tahu aku belajar di Universiti appa itu. Takkan dia stalk aku?
Aku merebahkan kepala di atas sofa dan memejam mataku dengan rapat.
" Bora, kamu ada jumpa dengan Sunghoon tak harini? " tanya eomma
" Eomma.. Bora tak nak cakap pasal sesiapa pun sekarang ni. " kataku
" Oh ya, esok Sunghoon nak ajak kamu makan malam dekat luar. Kamu pergi ya. " kata eomma
" Hmm.. " hanya itu sahaja yang aku mampu balas
-Tbc-
a/n : tak lama lagi FF ni akan tamat! Stay tuned!
Thanks for reading 💚💚
YOU ARE READING
⋮ ៚ sᴀʀᴀɴɢ ↺ ʜᴜᴀɴɢ ʀᴇɴᴊᴜɴ ꒰ ✓ ꒱
Fanfiction҂৲ renjun fanfic : ❝Tak semestinya kita perlu sempurna untuk mencintai seseorang❞ ❝Tak semestinya orang yang sempurna sifatnya akan mencintai kita sepenuh hati.❞ ❝Kadang kala, mereka yang mempunyai kecacatan lebih memahami diri kita berbanding orang...