Hari yang dinanti-nantikan, Bora kini berada dalam majlis graduasinya di Jeju Universiti.
" Renjun tak datang ke? " tanya Puan Kang
Puan Kang kini, dapat menerima hubungan Renjun setelah hampir sebulan dia mengawasi cara bagaimana Renjun menjaga Bora dan kini dia dapat terima Renjun dengan seadanya.
" Molla. Dia ada dekat China sekarang. Tadi dia mesej Bora. Katanya, kalau dia sempat dia akan terbang ke sini pagi tadi. " kata Bora
Bora betul-betul berharap agar Renjun dapat hadir ke majlis graduasinya.
" Cuba kamu call dia. " kata Puan Huang
Bora mengeluarkan telefonnya dan dia mendial nombor Renjun.
' Maaf, nombor yang anda hubungi tiada dalam perkhidmatan. '
" Tak jawab… " kata Bora
" Mungkin dia tengah sibuk kut. Tak apalah kalau dia tak dapat datang. " kata Bora
Jelas nada sedih dalam suaranya ketika berbicara. Puan Huang sekadar mengusap lembut bahu anaknya.
•••
" AAAAAAAAAA congrats bestie! " kata Yuna lalu memeluk Bora, sahabat baiknya
" Thank you! " kata Bora dan membalas pelukkan Yuna
" Bila nak terbang ke Jepun, Hyunsuk? " tanya Puan Huang kepada Hyunsuk
" Petang ni. Lambat lagi flight. " kata Hyunsuk
" Kau kena ikut juga ke ikut Hyunsuk pergi Jepun? Kesian aku sorang-sorang. Nanti kalau aku rindu kau macam mana? " kata Bora sambil memeluk Yuna
" Alah, Renjun kan ada. Kalau kau rindu aku, call la. " kata Yuna
" Tak nak call! Nak jumpa kau depan-depan. Nak peluk kau. " kata Bora lagi
" Okay… tunggu aku datang majlis perkahwinan kau dengan Renjun nanti. " kata Bora lalu mengenyitkan mata
" Dia tak lamar aku lagi la. " kata Bora dan mencebik
" Ehem Ehem. " mereka memandang Hyunsuk
Hyunsuk menunjuk ke belakang Bora dan Bora menoleh.
Bora tersenyum lebar dan dia menuju ke arah Renjun lalu memeluknya erat.
" Awak lambat! " marah Bora
" Mian, tadi private jet saya buat hal. Kena baiki sekejap. " kata Renjun lalu mengusap pipi Bora
Bora membenamkan mukanya di dada Renjun dan Renjun mengusap kepala Bora.
" Alasan semua tu! Saya takkan maafkan awak! " kata Bora
Renjun melepaskan pelukkan dan dia mengeluarkan sebentuk cincin lalu disarungkan di jari manis Bora.
" Apa ni? " tanya Bora
Renjun memegang kedua-dua tangan Bora dan dia memandang tepat di mata Bora.
" I can't afford to lose you. Marry me and be my lover, Kang Bora. "
-Tbc-
a/n : OHOOOOO dia dah lamar guysssssssss!
YOU ARE READING
⋮ ៚ sᴀʀᴀɴɢ ↺ ʜᴜᴀɴɢ ʀᴇɴᴊᴜɴ ꒰ ✓ ꒱
Fanfiction҂৲ renjun fanfic : ❝Tak semestinya kita perlu sempurna untuk mencintai seseorang❞ ❝Tak semestinya orang yang sempurna sifatnya akan mencintai kita sepenuh hati.❞ ❝Kadang kala, mereka yang mempunyai kecacatan lebih memahami diri kita berbanding orang...