Malam menjelma… Bora dan Hyunsuk duduk di ruang tamu sementara ibu bapa masing-masing sudah berehat di atas.
" Kau ok tak? " Tanya Hyunsuk yang memandang Bora yang memegang kepalanya sejak dari tadi
=== flashback
" Kami nak kamu berdua disatukan. Keluarga Hyunsuk pun dah setuju. " kata Puan Kang
Bora dan Hyunsuk menunjukkan reaksi yang sangat terkejut.
" Eomma! No! " kata Bora membantah apa yang baru dikatakan oleh eommanya
" Bora, dengar dulu apa yang eomma kamu nak cakapkan. " kata Puan Kang lalu memegang lengan anak gadisnya itu
" Tak! Bora dah tahu lama sangat dah yang sebenarnya eomma memang nak jadikan Hyunsuk menantu eomma kan. Eomma pernah tak tanya pendapat Bora sebelum eomma buat keputusan? " kata Bora
" Ini untuk kebaikan kamu Bora! " balas Puan Kang
" Kebaikan? Eomma pernah tak tanya yang Bora ni nak ke tak? Kalau eomma nak tahu, kalau semua nak tahu, Hyunsuk dah ada teman wanita dan Bora dah ada teman lelaki!!! " kata Bora
Berkerut dahi Puan Kang.
" Teman lelaki? Siapa? Kamu tak pernah bagitahu eomma dengan appa pun, " tanya Puan Kang
Bora terdiam. Dia terlepas cakap. Dia tak bersedia sama-sekali untuk menceritakan mengenai Renjun kepada keluarganya.
" Kenapa diam? Cakaplah. Kalau betul dia tu sesuai dengan Bora, ok then eomma akan restukan. " kata Puan Kang
" D-dia… " kata Bora tergagap-gagap
" Dia apa? " Tanya Puan Kang
" Nama dia Renjun. Dia berasal dari China, kami kenal sewaktu belajar di Universiti. " kata Bora
" Latar belakang keluarga dia? Dia ada kerja? Dia belajar sampai tahap apa? " tanya Puan Kang
" Awak… biarlah Bora terangkan satu demi satu. " tegur Tuan Kang
" Dia ada sebuah art gallery. Dia belajar sampai master tapi dia berhenti sebelum last exam. " terang Bora
" Tak ada ijazah master? Itu kamu nak buat sebagai suami? Setakat ada art gallery kamu ingat pendapatan dia banyak? " kata Puan Kang
" Dia datang dari keluarga berada eomma. Tapi dia seorang yang berdikari. Walaupun dia ada masalah dengan mata dia. " kata Bora
" Masalah mata? Dia rabun? Atau buta? " Tanya Puan Kang
" Dia tak rabun dan tak buta, mata dia cuma nampak kabur lepas kemalangan. " kata Bora
" Huh- kamu yakin dia boleh jaga kamu? Kamu yakin dia boleh selamatkan kamu bila ada benda buruk menimpa kamu? Eomma tak suka. Eomma takkan merestui hubungan kamu dengan dia, keputusan eomma muktamad! Minggu depan kamu akan berkahwin dengan Hyunsuk! Eomma, appa dengan keluarga Hyunsuk dah siapkan semuanya. " kata Puan Kang dan tak ada sesiapa boleh vantah kata-katanya
=== end of flashback
" Macam mana awak nak bagitahu Yuna? " tanya Bora
" Molla. Pandai-pandailah nanti… " Kata Hyunsuk yang juga runsing
" Awak tu, kena hadap Renjun dan beritahu dia tentang semua ni. " kata Hyunsuk
" Maaf Hyunsuk, saya tercakap pasal awak ada teman wanita tu. " kata Bora
" Gwenchana, kalau awak tak cakap, saya pun tak tahu bila nak bagitahu eomma appa saya. " kata Hyunsuk
Bora melepaskan nafas berat dan memicit kepalanya yang berdenyut-denyut.
" Maaflah…. Saya ingatkan eomma awak dengan keluarga saya dapat terima yang kita dah berpisah. Rupanya tak… " kata Hyunsuk
" Dah suratan takdir. Nak buat macam mana, kalau tetap ada jodoh saya dengan Renjun, kami tetap akan disatukan. " kata Bora yang sedia menerima semua yang bakal berlaku
-Tbc-
a/n : srs ah Bora kahwin dengan Hyunsuk nanti!? Renjun camne??
Kalau nak tahu tunggu next chap. Byeee~~~
YOU ARE READING
⋮ ៚ sᴀʀᴀɴɢ ↺ ʜᴜᴀɴɢ ʀᴇɴᴊᴜɴ ꒰ ✓ ꒱
Fanfiction҂৲ renjun fanfic : ❝Tak semestinya kita perlu sempurna untuk mencintai seseorang❞ ❝Tak semestinya orang yang sempurna sifatnya akan mencintai kita sepenuh hati.❞ ❝Kadang kala, mereka yang mempunyai kecacatan lebih memahami diri kita berbanding orang...