Previously in Chapter 8 ,
Aku melangkah ke arah almari . Almari itu aku buka .
' Whatt ! '
Mukaku berubah menjadi pucat .
🌷🌷🌷
" Awak ! Cantiknya ! Saya ingatkan almari awak kecil saja tadi rupa-rupanya besar . " kata Isya dengan teruja .
Isya meneliti segenap ruang bilik pakaian tersebut .
" Erm , awak saya nak kena simpan kat mana baju saya ni " Isya menutup kembali pintu tersebut .
" Awak ? Awakk ? "
' Tidurlah pulak dia ni . Mana pulal aku nak letak baju aku tu '
" Awak .. ouh awak . Bangunlah saya nak tanya ni "
Lengan tangannya Isya cucuk menggunakan jari telunjuknya .
" Awak , bangunlah . Bangunlah " kejut Isya lagi .
Kali ini Isya menarik-narik lengan baju kurtanya pula .
Hafiz melentokkan kepalanya di atas bahu Isya .
" Eii , awak ni bangunlah " Kata Isya sambil menggoyangkan badan Hafiz .
Hafiz berdecit halus .
" Herm .. apa ? " suara serak-serak basahnya menyapa gegendang telinga Isya
" Maaf kacau awak tidur , tapi saya nak tanya ni saya nak kena letak mana baju saya tu ? " soal Isya
Tangan Isya menunjukkan dua buah beg yang diperbuat daripada kain di hadapan katil .
" Haih , kacau je kau ni , aku nak lelap mata pun tak senang . Dah jom " Hafiz bangkit .
" Kacau je kau ni , aku nak lelap pun tak senang " ajuk Isya perlahan .
" Kau ikut cakap aku ke ? " Hafiz memandang Isya tajam
" Eh , mana .. mana ada . Saya tak ikut cakap awak pun " Isya menggeleng-gelengkan kepalanya laju .
Hafiz hanya membuat muka lalu beg baju Isya diambil , almari yang Isya buka sebentar tadi Hafiz buka . Kakinya melangkah masuk ke dalam bilik itu .
' Wahhh ' Isya terkaku sekali lagi melihat keindahan di hadapannya matanya itu .
" Bilik aku ni aku yang organize , yang wardrobe ni aku minta abah yang tambah ikut cita rasa akulah .
Itupun bukan senang , kalau aku dapat markah tinggi dalam periksa baru boleh dapat " kata Hafiz
' Macam tahu-tahu saja , dari tadi aku tertanya-tertanya ' monolog Isya
" Kreatif juga yeah awak ni " puji Isya .
" Biasa-biasa saja "
' Dia bersederhana pula . ' monolog Isya
" Ni tempat baju kau . Nasiblah baju aku tak adalah banyak mana .. so , aku dah susun tadi kau punya baju bersebelahan dengan aku .
Means satu almari ni kita separuhkan .. kau separuh aku separuh yang kat sana tu pun sama . "
Hafiz menyusun baju-baju Isya . Ada yang di lipat simpan dalam laci . Ada yang dia gantung .
" Eh-eh awak . Biarlah saya buat . Awak kan kata awak penat tadi . Dah pergi sambung tidur . " kata Isya segan
" Tak apa .. dah alang-alang aku buat . Biar aku buat terus , aku tak suka buat kerja sekerat-sekerat . "
" Tapi .. yang baju dalam tu saya buat sendiri boleh ? " kata Isya tidak mahu beralah .
" Asal , kau malu ke ? Seriously , buat apa nak malu . Bukan aku tak pernah tengok , masa aku tolong mak aku lipat baju aku dah nampak .Bukan ada apa-apa pun . Rileklah .. " kata Hafiz
YOU ARE READING
YOU Are The Choosen ONE
Ngẫu nhiênDIA seorang perempuan yang lemah , DIA insan yang inginkan bantuan , DIA sering di landa masalah , DIA juga insan yang inginkan kebahagiaan . NURUL INA HALISYA adalah seorang gadis yang kuat dari segi luarannya tetapi bukan dalamannya . Hatinya ser...