💦 CHAPTER ONE 💦

92 10 2
                                    

Isya P.O.V.

       Aku berjalan menerusi kedai dengan perasaan yang bercampur-baur .. fikiranku kusut apabila mengingati kembali peristiwa tersebut . Aku berjalan tanpa henti hingga ke kawasan yang agak lapang aku memberhentikan langkahku .. aku menghalakan pandanganku ke arah langit yang gelap .
      
  "  Herm nampak gayanya dah nak hujan ni .. aku nak berteduh kat mana , "  monologku sebelum melepaskan satu keluhan yang sangat berat .

Aku melangkah setapak demi setapak sambil menggosok perutku .. dari petang semalam aku tidak menjamu selera .. sekarang aku kelaparan .

    " Dahlah tak bawak duit .. yang ada pun cuma coklat cadbury ni je .. itu pun sebab Huda yang bagi haritu .. aku lupa nak keluarkan dari beg .. kalau tak herm tak makan lah aku harini .. tapi takkan aku makan coklat je .. mana kenyang " kataku sambil memikirkan patut ke aku makan coklat tersebut . Keluhan demi keluhan dilepaskan .. akhirnya aku membuat keputusan untuk makan sahaja coklat itu .
     
          Aku memberhentikan langkahku dan duduk di atas tembok di tepi longkang sambil memikirkan jalan untuk pulang ke rumah . Sedang aku khayal memikirkan perkara tersebut .. hujan turun dengan lebatnya . Aku tersedar dari lamunanku dan tanpa berfikir panjang aku terus lari membawa diriku ke sebuah lorong yang tidak jauh dari situ .

     Aku melabuhkan punggungku di atas batu . Pandanganku dihalakan ke arah hujan di luar .

" Ibu akak sesat .. tolong akak bu .. akak ta..kut .. takde siapa kat si..ni.. hiks .. hiks .. " kataku sendirian lalu mengelap air mata serta hingusku yang meleleh menggunakan lengan bajuku .

Ingatanku terimbau kembali terhadap peristiwa itu ..

Flashback

Aku berjalan menuju ke ruang tamu dengan laju ..

" Alamak .. aku dah lambat .. habislah mesti dah ada yang rembat tv ni .. "

Kelihatan seseorang lelaki sedang menonton bola dengan khusyuknya ..

" Haish kenapa mesti ayah .. apa aku nak buat ni .. dahlah cerita tu takde siaran ulangan hmph .. aku cuba jerla .. belum cuba belum tahu betul tak .. ha ... betul-betul " monologku .

Aku berjalan mendekati ayahku dengan gementar .. setelah tiba di sebelah sofa itu aku menarik nafas dan menghembuskannya sebanyak dua kali .. dengan segala kudratnya aku duduk di sebelah ayahku ..

Said menoleh .. " herm nak apa ? " tanya Said . " Ayah boleh .. tak ak.. akak nak tengok cerita akak ? "  soalku dengan gagap . Raut wajah ayahku berubah seperti tidak membenarkan ..

Aku mengeluh .. " takpelah ayah tengok jerlah bola itu akak naik atas dulu .. " kataku sebelum mengorak langkah ke arah tangga ..

" Ni masuk kali ke sepuluh aku tak dapat tengok .. hmph " gumamku sebelum menaiki tangga dengan malas . Setibanya aku di hadapan bilik aku mengalihkan pandanganku ke arah tangga .. setelah puas memandang aku memulas tombol pintu dan menutupnya ..

" Kenapalah dari aku kecil sampai sekarang ayah tak suka aku .. " 

Aku membaringkan badanku ke atas katil .. tanpa sedar aku sudah terlena dengan ditemani air mata .. tetapi ia hanya sementara sebelum ..

" ISYA !!!"  kedengaran suara orang menjerit  namaku  sambil mengetuk pintu bilikku dengan kuat .. terganggu lenaku .. aku membuka kelopak mataku lalu melihat ke arah jam di atas meja belum sampai sepuluh minit aku dapat tidur dah kena ganggu . Aku bingkas bangun dari katil dan terus bergerak ke arah pintu .. tombol pintu dipulas dengan serta-merta kunci terbuka .. kelihatan seorang lelaki dengan muka yang bengis memandangku dengan tajam ..

YOU Are The Choosen ONEWhere stories live. Discover now