Previously in chapter 9 ," Dahlah umi nak naik bilik , nak solat Isya'
, kamu pergi solat Isya' ajak Isya .. umi naik bilik dulu ya . " kata umi lalu berlalu pergi .🌷🌷🌷
" Awak .. tengok saya tak pening kepala pun " kataku gembira
" Herm nasib kau je tu " balas Hafiz
Aku bangun . Wajah Hafiz aku pandang .
" Eii dia ni kan , malas betul cakap dengan dia . Saya mesti kalah . " ujarku lalu menyelimutkan tubuh badanku .
" Salah aku ke ? Kau yang tak tahu nak cakap apa , aku pula yang kena . " ucap Hafiz yang turut membetulkan bantal di atas kepalanya .
" Yerlah salah awak , saya terpaksa tidur dekat sini . Sebab , haritu masa saya bangun dari tidur , tengok-tengok saja saya dah tak pakai tudung .
Lepas itu saya peluk awak pula tu . Eii , seriau " ucapku di dalam selimut
' Asal yeah malam tu ? Siapa yang buat aku peluk dia ? Macam mana aku boleh tak sedar yang aku buka tudung aku malam tu ? Mamat ni memang buat aku seram . ' fikirku
" Asal ? sebab aku langgar peraturan merepek kau tu ke ? Bukan aku terniat pun .. dah malam tu kau yang peluk aku . Aku pun biar jerlah " ucap Hafiz
Sengaja dia mahu melihat reaksi Isya .
Aku ternganga lalu bingkas bangun .
" Awak biar betul ! " jeritku sedikit kuat .
Mataku yang sedia maklum besar , ku besarkan lagi .
' Aku yang peluk dia ? Seriously ? You are so dangerous Isya . Kenapa kau pergi peluk dia .. aaaaaaaa ' omelku
Gelabah ? Semestinya ! Ni Isya kot .
" Awak seriouslah ? " kataku seakan-akan tidak percaya
" Yerlah , takkan aku nak tipu kau kot " bohong Hafiz lagi
" Eiii , kenapalah aku pergi peluk mamat beku tu . Masalah betullah " kataku perlahan sambil menepuk-nepuk dahiku .
" Hahahahahahaha " kedengaran suara seseorang yang seronok mentertawakan Isya .
Dengan serta-merta , air muka Isya berubah daripada gelabah menjadi garang .
' Dia tipu aku ke ? ' soal Isya sendirian
Aku terus memandang Hafiz yang sedang elok tergolek-golek menggelakkanku di atas katil miliknya .
" Awakkk " panggil aku dengan nada marah
Aiyok Isya dah marah .
" Apa ? " soal Hafiz
" Awak ni memang nak kena tau . " ujarku lalu bangun dari dudukku .
Katil di sebelah aku tuju . Lengan Hafiz aku cubit-cubit . Bukan cubit manja tapi cubit macam mak ketam .
" Argh ! Aduh-aduh sakitlah .. janganlah cubit-cubit " kata Hafiz menahan sakit
" Awak tulah , boleh pula awak main-main kan , saya serius tau tadi .. eiiii , punyalah saya fikir memang saya yang buat . Eii , geram-geram " ucapku geram lalu mencubit perutnya yang berlapik dengan baju t-shirtnya .
" Auch ! Sakitlah . Okay-okay , sorry .. nak gurau pun tak boleh . " kata Hafiz
Aku memberhentikan cubitanku . Aku bangun dari dudukku , kakiku melangkah ke arah sofa . Badanku dibaringkan semula di atas sofa .
YOU ARE READING
YOU Are The Choosen ONE
NezařaditelnéDIA seorang perempuan yang lemah , DIA insan yang inginkan bantuan , DIA sering di landa masalah , DIA juga insan yang inginkan kebahagiaan . NURUL INA HALISYA adalah seorang gadis yang kuat dari segi luarannya tetapi bukan dalamannya . Hatinya ser...