Previously in chapter 7 ,' Aku sorang saja ke ? Yang rasa ini semua mimpi ? '
🌷🌷🌷
Ketika Hafiz mahu mencium dahiku , aku menjarakkan sedikit demi sedikit mukaku darinya .
" Apa kamu ni Isya , Hafiz nak cium dahi kamu tu , kamu malu ke ? " tegur umi
' Haih jangan di sebut perkataan malu tu .. nanti makin menyerlah muka tomatonya '
Aku tersengih lalu berdehem . Aku kembali duduk seperti biasa . Hafiz memandangku lalu kembali merapatiku . Dengan lafaz bismillah .
Jantungku mula tidak keruan , dup dap dup dap . Selamat sahaja bibirnya menyentuh dahiku , aku terkedu .
Cameraman masih melakukan kerjanya .
" Aik , Hafiz lamanya kau cium dahi Isya tu " usik Angah Firhad
Aku menahan malu yang tidak terkata .
" Awak dahlah tu , malulah " bisikku kepadanya
" Hari ini kau ialah mangsa aku . Senyum kalau tak , dekat sini juga aku peluk kau " bisik Hafiz di telingaku lalu dia kembali duduk di tempatnya .
Aku menelan air liurku .
' Mamat ni nak buli aku ke apa ? '
" Maaf ya tadi , Hafiz terbuat lama pula hehe "
Aku tersengih janggal .
" Tak apa , asalkan acara pembatalan air sembahyang dah tamat . Sekarang ni ibu nak kamu berdua pergi bergambar ya " kata ibu bersama senyuman
Aku dan Hafiz sekadar mengangguk .
" Okay , pertama sekali kita ambil gambar candid dulu , saya nak pengantin lelaki buat- buat macam tengah betulkan tudung pengantin perempuan ya " kata Abang Fiq merangkap cameraman pada hari itu .
' What ! Perlu ke ? Ergh . '
Hafiz sudah menggerakkan tangannya mahu betulkan tudungku . Aku bergerak menjauhinya .
Namun , Hafiz terlebih dahulu menarik tudungku .
" Aish awak ni kan , habis senget tudung saya " ucapku sedikit tidak berpuas hati . Aku membetulkan awning tudungku .
Hafiz menarik balik tudungku . Tanpa di jangka kedudukan kami sudah pun begitu rapat . Aku tersandar di dadanya .
Seperti kejutan elektrik . Aku terus terkaku .
" Kan aku kata , dengar cakap aku . Kau gerak sikit saja lagi , automatik aku peluk kau dekat sini nak ? " bisik Hafiz
Aku menggeleng tak nak
" Okay , cantik sangat . Gambar candid yang sangat sweet " ucap Abang Fiq
Mukaku mula memerah dengan automatik tanganku memeluk Hafiz . Mukaku disembam ke dadanya .
' Malunya Ya Allah , nak sorok ! . ' jerit hatiku
Isya tak sedar ke yang perbuatan dia sekarang ni lagi memalukan diri dia ?
" Ibu .. tak tahu pulak Hafiz yang .. sebenarnya Isya ni manja yeah "Hafiz bersuara
' Aku malulah , tak tahu nak sorok muka dekat mana .. ' monologku
Aku memincingkan mataku memandang Hafiz . Gigi diketap , tahan sabar .
" Isya memang macam itu , dia malu tu " ujar ibu
Hafiz mengangguk sambil tersengih
' Ha ! Sukalah tu usik aku . Eii geram betullah '
Setelah beberapa minit .. aku masih berada di posisiku .
YOU ARE READING
YOU Are The Choosen ONE
De TodoDIA seorang perempuan yang lemah , DIA insan yang inginkan bantuan , DIA sering di landa masalah , DIA juga insan yang inginkan kebahagiaan . NURUL INA HALISYA adalah seorang gadis yang kuat dari segi luarannya tetapi bukan dalamannya . Hatinya ser...