Chapter 12

174 35 11
                                    

"Ahhh!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Ahhh!"

Mata Ren dibuka dengan luas secara tiba-tiba, dia sudah sedarkan diri.

Tangannya merasakan sesuatu yang lembut, mindanya memproses dan dia sedar dia berada di atas katil. Ren memandang siling, ini ialah siling rumahnya.

Ren kemudian cuba untuk bangun, kepalanya terasa sakit dan berdenyut, mungkin kerana tekanan darah yang rendah, penglihatannya juga bertukar kabur buat beberapa saat.

Setelah mendapat penglihatannya kembali, Ren melihat sekeliling dan bertanya kepada diri sendiri...

Bagaimana dia sampai di sini? Bukan kah dia pengsan di tempat letak kereta?

Rumahnya juga gelap gelita dengan sedikit cahaya biru menerangi, menembusi langsir.

Keadaan sungguh sejuk, tanpa sedar Ren mengambil selimutnya dan menyelimuti diri.

Tik tak tik tak

Jam berpusing.

Bunyi tersebut memenuhi ruang gegendang telinga Ren.

Adakah sekarang ini pagi? Nampaknya seperti pagi.

Ren kemudian menguap dan dia melihat ke bawah, to her surprise, Yunho berada di tepi katil, tangannya bersilang dan dia merehatkan kepala di atas tangan, sedang nyenyak tidur dengan belakangnya melengkung, kaki di atas lantai.

Ianya kelihatan selesa dan tidak pada masa yang sama bagi Ren. Tetapi Ren tidak ingin kejutkan Yunho. Rambut Yunho kelihatan begitu fluffy, terdapat urge yang membuatkan Ren ingin membelai rambut Yunho. Mungkin sudah terbiasa dengan Yunho yang selalu meminta dia membelai atas kepala Yunho walaupun tanpa sebab.

Adakah perkara yang berlaku tadi hanyalah sebuah mimpi buruk? Ianya terasa begitu nyata... Ren melihat kedua tangannya yang menggigil kerana kesejukan, lalu memeluk dirinya dan menggerakkan tangannya atas dan ke bawah untuk menjana haba.

"Mmm.." Yunho mengerang sedikit, dia menggeliat sebelum matanya terbuka sedikit.

"Hmm....?" Yunho mengangkat kepalanya sambil menggosok mata. Tangannya di alihkan selepas itu dan dia memandang wajah Ren di bawah sinaran biru yang samar-samar.

Yunho membulatkan matanya dan dengan begitu sahaja mengantuknya seperti hilang.

"Are you okay?!" Yunho segera bangun dan memanjat katil Ren, dia mendekati Ren dan mengambil selimut yang Ren jatuhkan dari menyelimuti diri dia kerana ingin melihat tangannya tadi.

Yunho melilitkan selimut itu kebadan Ren lalu menyentuh dahi Ren dengan tapak tangannya.

Ren memandang Yunho dengan pandangan kosong, dia masih keliru kenapa dia berada di sini dan Yunho yang tidur bersamanya.

Kejap... Yunho di sini sepanjang Ren tidur?

"Yunho... I'm sorry but why are you here..?" Ren menguap selepas bertanya.

[C] Checkmate |Yunho ATEEZ|Where stories live. Discover now