"Ren, sayang? Bangun."
Tamparan lemah lembut ditambah dengan alunan suara yang manis membuatkan Ren terbangun.
Dia tak cemas sebab gesture itu sungguh subtle tetapi apabila dia sedar dia masih berada di dalam bilik yang asing, kerutan di wajah terhasil.
Kepalanya sakit masih macam semalam.
Persekitaran adalah terang benderang, mesti dah siang sekarang.
Bilik ni...
Tak seteruk mana pun design dia, Ren menjangkakan ini kelihatan seperti tempat menyeksa ataupun seangkatan tetapi jauh sungguh sangkaannya.
Yunho berada dihadapan mata Ren, sungguh dekat sehingga Ren boleh mengira bulu mata Yunho jika dia mahu.
Namun Yunho memakai mask hitam, melindungi identiti diri.
Ren masih mamai, pagi-pagi dah ada jumpscare depan muka. Badannya rasa pelik.
"Good morning, I hope this position feels even more comfortable than last night." Yunho melutut ke lantai, lebih senang mendongak untuk melihat wajah Ren daripada membongkokkan diri.
Yunho menyilangkan tangannya di atas peha Ren, dia tersenyum tapi Ren tak boleh nampak.
Ren sedar dia kini masih terikat, namun diikat kepada kerusi. Posisi duduk ini lebih selesa daripada semalam. Bajunya yang penuh dengan darah Yubin semalam juga berubah.
"I changed your clothes and washed it, aku bagi balik nanti." Kata Yunho, merehatkan kepalanya diatas peha Ren.
"YOU CHANGED MY CLOTHES?!" Ren ingin cekik lelaki dihadapan dia itu sekarang, tangannya boleh diangkat tapi ada tali yang menghadkan kawasan pergerakan dia.
Walaupun begitu, Yunho sungguh dekat . Tangan Ren berjaya memegang leher Yunho dari tepi, namun dia tak dapat nak cekik Yunho langsung.
Prinsip moralnya menghalang diri. Ren mengetap gigi, marah sebab dia tak boleh nak buat apa-apa.
"Woah, not gonna lie this is kinda sexy." Mata Yunho kelihatan seperti dia berseronok dengan kejadian ini, dia mengambil tangan Ren yang memegang lehernya.
"Sweetheart, it was dark okay? I can't see 'it' even if I want to." Yunho mengambil tangan Ren, boleh rasa yang gadis itu tengah menggigil.
"So please, praise me for the good job I've done in changing your clothes." Kemudian tangan Ren, Yunho letakkan di atas kepalanya. Membuatkan Ren seolah-olah tengah mengusap kepala Yunho.
Dari situ, Ren sedar yang tak kira betapa sama bau dia dengan Jaehyun, lelaki gila ni bukan Jaehyun.
Ren semakin pasti, spekulasinya dari awal lagi tentang identiti lelaki itu adalah seperti sangkaan dia.
"W-What...?" Ren terkelu.
Jantungnya berdegup kencang memikirkan apa yang berlaku semasa dia pengsan. Semasa lelaki shady itu tukarkan bajunya.
"Jangan fikirkan sangat, ni aku ada sarapan." Yunho melepaskan pegangan daripada tangan Ren, dia memusingkan separuh badannya kebelakang untuk mengambil semangkuk bubur ayam yang berada di atas meja di belakangnya.
Ren mengerutkan dahi, kenapa pula penculik nak bagi dia makan, logik ke.
"Sarapan? Kau tak nak biarkan aku kelaparan je ke?"
"Oh yeah, that is kinda out of character for me to do." Yunho mengetuk kepalanya untuk berlakon, tapi dia tak kesah. Cara semua orang berbeza dengan motif yang berbeza. Yunho tak mahu Ren kelaparan bila dia dah lari nanti.
YOU ARE READING
[C] Checkmate |Yunho ATEEZ|
FanficA stalker, a detective and a girl who is being targeted by an unknown killer. Yunho, jejaka kampus yang popular namun dia hanyalah seorang stalker kepada gadis yang bernama Lee Ren. Lee Ren tidak seperti Yunho, dia tidak mempunyai reputasi yang...