Chapter 43 - Chase Him

119 21 7
                                    

"Do we have a lead yet where suspect might have been?" Jumin bertanya.

Ren, Jaehyun, Jumin, Moon, Jang semuanya berkumpul di rumah Yunho dan menjadikan ruang tamu itu pejabat mereka buat sementara.

Ren diberikan pakaian yang sesuai menggantikan apa yang dia pakai sebelum ini iaitu seluar pendek dan tank top. Baju Ren kini lebih selesa dan sesuai jika dia akan berlari nanti mengejar seseorang. Dia memakai jaket polis dan seluar kargo hitam.

Sekarang Ren menjadi sebahagian dalam operasi untuk menangkap suspek yang dikatakan ialah Yunho. Walaupun Ren tidak ingin percaya yang Yunho adalah pelakunya, melihatkan yang telefon Yunho berada di dalam genggaman polis sekarang membuatkan Ren... percaya sedikit.

"Are you okay?" Detektif Moon menyentuh bahu Ren, perasan yang Ren diam sahaja dari tadi sambil menyelimuti dirinya dengan kain yang pihak polis berikan petang tadi. Mereka berdua duduk bersebelahan di atas sofa.

Ren tengah berfikir sebenarnya yang semua ini akan berakhir.

Klimaks kes pembunuhan bersiri pelajar universiti.

Ren sekali lagi akan melangkah masuk ke dalam mahkamah sebagai saksi, sama seperti apa yang terjadi 15 tahun dahulu.

Namun, kali ini akan menjadi berbeza. Situasinya berbeza dan Ren tahu dengan lebih baik tentang semuanya.

"Y-Ya. I'm fine."  Jawab Ren, dia mengukir senyuman tanpa makna.

Detektif Moon kembali memandang ke papan putih dihadapan mereka. Jumin dan Jaehyun sahaja yang tengah berdiri sambil bercekak pinggang.

"To answer your question detective Im... He is probably still near us."

"Well of course, he ran away after he saw the police car outside as you both were done playing chess like you've said before miss Lee?"

"It's a weird reasoning tapi saya rasa Yunho masih berdekatan sekarang sebab... Dia nak aku kejar dia. I can still feel his eyes watching over me somewhere." Ren melihat keluar tingkap, pegawai polis lain masih lagi berkeliaran dengan satu pasukan forensik yang memakai sut perlindungan berwarna putih.






________________________

"Patutkah aku... tunggu di sini? Will it be a fast end to everything?"  Yunho mendongakkan kepala untuk melihat siling bangunan terbiar itu. Dia masih berehat sambil bersandar ke dinding.

"I want it all to end, but I am afraid... afraid of what she will think of me."

________________________




Di luar pagar rumah...

"Encik tak boleh masuk, kawasan ni berada di bawah penyiasatan Agensi Polis Nasional sekarang." 

"Ini rumah aku, kenapa banyak polis tiba-tiba berkerumun?!"

"Encik mesti dah salah faham ni, rumah ni milik suspek pembunuh bersiri!"

"Jeong... Yunho...?"

Skuad Jaehyun terganggu dengan bunyi bising di luar, Jaehyun segera melangkah keluar untuk melihat apakah masalah sebenar daripada kekacauan itu.

Melihat gerangan yang berada di hadapan pagar rumah, Jaehyun berlari keluar dan mendekati mereka berdua untuk leraikan salah faham.

"Ah Ahjussi, ni, ni doktor Choi San. Dia banyak membantu dalam siasatan kami, profiling etc." Jaehyun mencelah diantara perbalahan San dengan polis.

"Eo? Jaehyun, kenapa polis serbu rumah ni?" San menolehkan pandangannya ke arah Jaehyun. Berpura-pura dia tidak tahu sedangkan ada yang baru menelefon tadi memberi khabar berita.

[C] Checkmate |Yunho ATEEZ|Where stories live. Discover now