A stalker, a detective and a girl who is being targeted by an unknown killer.
Yunho, jejaka kampus yang popular namun dia hanyalah seorang stalker kepada gadis yang bernama Lee Ren.
Lee Ren tidak seperti Yunho, dia tidak mempunyai reputasi yang...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Ren memasuki ke area tangga kecemasan, mengekori orang yang kelihatan mencurigakan itu.
Memang lah, kalau serba hitam di waktu malam memang akan automatik pelik, lagi-lagi kalau berdekatan dengan kawasan jenayah.
Mujur kasut Ren adalah kasut sneaker, ianya tak menghasilkan banyak bunyi.
Ren memandang ke atas, area tangga ini gelap, langsung tiada cahaya kecuali daripada lampu tiang jalan di luar yang cahayanya menembusi tingkap dan menghasilkan warna emas yang gelap.
Dia memegang rel besi tangga sepanjang perjalanan, memastikan dirinya mempunyai jarak yang selamat namun tidak tersasar jauh.
Tekaan Ren tepat, orang serba hitam itu keluar dari area ini di aras di mana rumah Saeryeo berada.
"Mungkin kah...?" Ren berbisik kepada dirinya.
Pembunuh Saeryeo?
Lorong ini terasa panjang.
Ren mengekori dari belakang, dan orang serba hitam itu berhenti dihadapan rumah Saeryeo.
Pintu rumah Saeryeo tidak berkunci jikalau ada sesiapa dari pihak penyiasatan ingin masuk ke dalam.
Dia memulaskan tombol pintu rumah dengan perlahan lalu membukanya.
Entah mengapa bunyi tapak kakinya bergema di gegendang telinga Ren, Ren mengerutkan keningnya ke atas melihat perkara itu.
Siapakah dia? Mengapa dia masuk ke sana di malam hari?
Banyak spekulasi, namun Ren berharap salah satunya ialah betul.
Bahawa dia mungkin ada kaitan dengan pembunuhan Saeryeo.
Sebelum mereka apa-apa kan kawasan kejadian jenayah, Ren mesti menangkap dia dahulu.
Dengan senyap Ren melangkah, semakin mendekati jawapan yang akan membuat dia menimbulkan persoalan baharu.
Ren bersembunyi di tepi pintu, sebelum masuk dia mesti pastikan bahawa orang serba hitam tadi tiada di ruang utama.
Ren mengintai masuk, mujur, orang dengan figura lelaki yang tinggi itu masuk ke kawasan tandas.
Ren juga menunduk sedikit untuk melepasi pita polis yang menghalang pintu masuk.
Kini dia berada di dalam rumah yang sama dengan lelaki mencurigakan itu.
Ren melihat sekeliling, rumah Saeryeo...
Rumah gelap ini dengan sejarah di mana penghuninya dibunuh oleh seseorang.
Ren rasa sebak kembali, namun dia kena beranikan diri, dia kena ingat sebab dia di sini dan perasaan marah kepada sesiapa yang membunuh Saeryeo itu.
Tetapi perasaan marah itu membuatkan Ren mencari pisau di dapur.
"Ah, jumpa." Ren bisik kepada dirinya, dia mungkin perlu berlawan dengan jejaka serba hitam itu.