Empat minggu berlalu, Ren semakin pulih. Dia dah boleh bergerak dengan bebas.
Hospital membenarkan dia keluar, lagipun dia ialah pelajar universiti. Semester baru bermula 2 minggu lalu dan dia berada di hospital.
Bukan Yunho yang menunggu Ren, Yunho ada kelas hari ini. Ianya Jaehyun yang akan memandu Ren balik ke rumah.
Yang peliknya, langsung tiada kejadian ataupun orang yang mencurigakan keluar masuk. Sedangkan Ren berada di satu tempat sahaja, tiada sesiapa cuba datang untuk membunuh dia sehingga polis yang menjaga di luar pintu wad Ren pun makin malas.
Ren berjalan menuju ke pintu kaca yang besar, di tangannya ialah beg kertas yang hospital bagi untuk meletakkan barang-barang dia semasa dia disini. Pakaian yang dia kenakan adalah pakaian yang sama semasa dia pertama kali dimasukkan ke hospital. Pihak hospital yang bersihkan dan Ren taknak orang ambilkan baju dia di apartmentnya. Entah kenapa.
Jaket musim sejuk dan beberapa barang lain berada di dalam beg kertas itu, cuaca mula hangat, musim sejuk belum lagi berakhir namun akan sampai ke penghujungnya juga.
Jaehyun berada di luar, dia kelihatan seperti baru sahaja ingin masuk kedalam hospital.
"Ah Ren." Sapa Jaehyun.
"Hey." Ren menyapa kembali, dia melambaikan tangan. Selepas kejadian tu, Ren kelihatan lebih... ceria.
Jaehyun cuba untuk mengambil beg kertas Ren, "Biar aku bawa tu."
Ren membiarkan Jaehyun mengambil beg kertas itu.
Mereka berdua berjalan ke arah kereta Jaehyun.
Setelah memasuki kereta, Jaehyun memegang stereng lalu mengeluh. Enjin kereta sudah dipasang, tetapi mereka belum bergerak.
Ada sesuatu yang Jaehyun risaukan.
"Ren," Panggil Jaehyun.
"Are you... okay? Like really okay?"
Ren mengangkat kening, "Ya saya okay. Kenapa tanya?"
Jaehyun menguatkan genggaman tangan di stereng, "Kau betul-betul rasa... Yunho... baik?"
"Isn't it, I mean the blizzard incident..." Jaehyun mengerutkan kening dengan informasi baharu yang dia dapat.
Dia melihat cctv di kafeteria dan menunjukkan Tiana, Ren menghadap kamera, manakala hanya belakang Yunho yang boleh dilihat dari perspektif kamera itu.
Walaupun agak tidak jelas, Jaehyun pasti yang Yunho tengah melihat berita yang disiarkan di televisyen itu.
Berita itu menunjukkan amaran ribut salji, namun mereka bertiga tetap ke sana untuk bermain ski.
"Betul yang Yunho tak tahu apa-apa tentang cuaca haritu?"
"Detective Jeong," Ren sengaja bercakap dengan formal, "Kalau dia betul tahu, dia tak akan bawa kami pergi main masa tu."
"Tapi Ren, macam mana kalau ribut tu berikan dia kelebihan?"
"Maksud?" Ren memberikan pandangan serius, dia tak kesah jika Jaehyun hendak cakap tentang Yunho namun kalau Yunho dipersalahkan, Ren tidak mahu itu yang terjadi. Yunho yang jaga dia sepanjang masa itu-
Oh.
Oh...
Ren sedar apa maksud Jaehyun.
"Bukan kamu dua mula bersama selepas kejadian tu? Dan aku agak yang korang dua mula rapat lepas kejadian Saeryeo." Jaehyun berkata jujur.
Sepanjang Ren di hospital, dia menyoal beberapa pelajar tentang Ren dan juga Yunho, Saeryeo dan Eunbyeol semasa menyiasat.
Dia juga dapat tahu yang Ren mempunyai reputasi pelik di sekitar kampus.

YOU ARE READING
[C] Checkmate |Yunho ATEEZ|
FanfictionA stalker, a detective and a girl who is being targeted by an unknown killer. Yunho, jejaka kampus yang popular namun dia hanyalah seorang stalker kepada gadis yang bernama Lee Ren. Lee Ren tidak seperti Yunho, dia tidak mempunyai reputasi yang...