Hari sudah malam di kampus itu dan banyak pelajar sudah pulang ke dorm masing-masing. Masih ada lagi beberapa pelajar yang mempunyai tugasan untuk dilakukan, perpustakaan pula akan buka sampai jam 9 malam.Ren memandang skrin telefonnya, sepanjang hari dia mencari Yunho tetapi tiada kelibat langsung. Yubin juga lenyap walaupun Ren dah singgah setiap pelusuk kampus.
"Yunho?" Ren memanggil nama Yunho. Namun tiada sesiapa pun disini dengan rupa Yunho, kosong semuanya.
Dia terasa berat hati dan lemah selepas tuduhan Kangmin, Saeyoung, Ethan dan blondie terhadap Yunho itu.
Rasa seperti hilang arah.
Ren menampar dirinya, tidak dia fikir begini impaknya seorang lelaki kepada diri sendiri.
"Compose yourself Lee Ren. You shouldn't be like this!"
Di skrin telefon, ialah mesej daripada Yunho yang menyuruh Ren tinggal di kampus sehingga waktu malam.
Untuk berjumpa katanya.
Ren hanya akur, dan begitulah dia berada di sini sekarang. Di hadapan taman botani, dekat dengan fakulti sains gunaan.
Dia duduk namun selepas beberapa minit, dia tidak senang duduk. Seperti cacing kepanasan.
Fikirannya terganggu.
"Yubin..." Ren menyebut nama Yubin, ekspresinya kosong tetapi suara kedengaran sedih.
Dia mengusap keychain keselamatan yang Jaehyun bagi..
___________
"Euck!"
"Argh..!"
Seseorang ditampar dengan kuat berkali-kali.
"Kalau kau teruskan struggle macam ni, macam mana aku nak buat kau mati cepat Yubin?" alunan suara yang kedengaran playful keluar daripada mulut lelaki serba hitam itu.
Meremang bulu roma Yubin apabila pembunuh serba hitam yang dikatakan pembunuh bersiri menyebut nama dia. Hidungnya mengalirkan darah.
Yubin menangis teresak-esak kerana tidak menyangka dia akan berjumpa dengan orang yang dikatakan pembunuh Eunbyeol.
Ya, memang dia yang sebarkan fitnah tentang Ren sebagai pembunuh Eunbyeol namun itu hanyalah sebab dia bencikan Ren. Sejujurnya, dia langsung tidak fikir yang Ren mampu untuk membunuh seseorang. Sebab itu Yubin berani untuk sebarkan fitnah.
"Oh nangis?" Pembunuh yang lengkap dengan topi dan mask mulut itu memicit wajah Yubin dan mendekatkan wajahnya untuk melihat lebih dekat.
Dia menjegil.
Yubin menggelengkan kepalanya, menidakkan yang dia tengah menangis dan takut dengan apa yang bakal terjadi.
"Ew, wajah hodoh tu, rasa macam nak hancurkan di dalam pengisar." Kata-kata dingin itu menambahkan ketakutan Yubin.
"Tolong.... Tolong lepaskan aku encik..!" Yubin meletakkan kedua tapak tangannya bersama, memohon pembunuh itu supaya lepaskan dia.
"Kau nak aku lepaskan kau sedangkan kau tak lepaskan mulut kau daripada bercakap-cakap buruk tentang Ren?" Lelaki serba hitam itu melepaskan pegangannya dari teruskan memicit wajah Yubin.
"Kau sebarkan fitnah tentang dia lah perempuan sial." Satu tamparan hinggap lagi di pipi Yubin.
"Kau tahu tak kenapa kita kat makmal sekarang? Untuk buat kau rasa sendiri racun yang kau ludah dekat Ren. Fitnah hanya akan membinasakan kau, seperti racun yang akan datang balik." Sambungnya lalu menarik rambut Yubin dengan kasar.
YOU ARE READING
[C] Checkmate |Yunho ATEEZ|
FanfictionA stalker, a detective and a girl who is being targeted by an unknown killer. Yunho, jejaka kampus yang popular namun dia hanyalah seorang stalker kepada gadis yang bernama Lee Ren. Lee Ren tidak seperti Yunho, dia tidak mempunyai reputasi yang...