Jaehyun berdiri dihadapan mayat yang tergantung itu sambil bercekak pinggang, dimatanya kes ini memang kes bunuh diri. Dia meminta untuk membiarkan mayat itu berada di situ untuk memerhatikannya secara nyata hanya sehingga dia puas hati.
Jaehyun menggelengkan kepalanya mengingati ayat yang dilontarkan oleh pelajar tahun kedua di universiti yang masih muda itu. Well, Jaehyun juga masih muda. pertengahan 20-an, antara yang paling muda di skuadnya.
Jaehyun mengeluh berat, dia mengingati pandangan mata Ren yang nampak begitu pasti, perkara itu membuka kunci memori yang kelihatan sama dengan pandangan itu.
Mengapa Jaehyun rasa seperti dia tidak ingin kecewakan hati gadis itu? Jaehyun ingin memberitahu Ren dengan tegas yang mereka akan membiarkan kes ini dilabel sebagai bunuh diri.
Siasatan yang lanjut akan diadakan untuk mengetahui punca, masa, dan penyebab kematian.
Jaehyun menoleh ke belakang, memandang Ren yang berdiri dengan sabar di luar pintu bersama Yunho dibelakangnya.
Jaehyun memandang Yunho, eugh... mengapa jejaka tersebut kelihatan seperti bayangan hitam di dalam filem seram? Yunho memandang Jaehyun dengan teliti tanpa berkelip, seperti seorang pemangsa yang tengah diam mengira langkah mangsanya.
Jaehyun bergerak ke pintu, melangkah keluar daripada rumah yang busuk itu dan berhenti dihadapan Ren.
"I'm sorry miss Lee, but we still think that your friend, committed suicide." Jaehyun berkata dengan sopan namun di wajahnya dia memaparkan sedikit rasa kecewa untuk mengecilkan hati Ren.
Tugas sebagai polis, detektif, doktor, apabila ingin memberitahu berita buruk yang orang mendengarnya tidak mahu menjadi realiti adalah sungguh sukar.
"you don't trust me?" Suara Ren bergegar, keningnya berkerut ke atas, tangannya dia genggam dengan kemas di setiap sisi.
"Look, we have our own process to do things." Jaehyun mengeluarkan dompet kulitnya dari kocek seluar dan membukanya, lalu dia mengambil kad nama milik dia dan berikan kepada Ren. Ren mengerutkan mukanya dan melihat tangan yang menghulurkan kad nama itu, Ren hanya mengambilnya. "We will investigate first and decide if it is a murder or suicide, I will inform you, so reach to me, I promise."
Ren diam, dia rasa tidak puas hati.
"What if I said I was a witness?" Ren bernafas dengan stabil, dia menjeling Jaehyun walaupun Jaehyun lebih tinggi.
Jaehyun membulatkan mata, dari mana perkara itu datang? Gadis muda ini tidak boleh meng-claim macam macam. Kejap... adakah ini sebab Ren nampak begitu terdesak tadi? Bercakap perkara sebegini, sudah tentu polis tidak akan membiarkannya apabila terdapat tuduhan yang berat.
Sekarang gadis ini kelihatan seperti dia mampu membunuh sesiapa sahaja yang menghalang dia daripada mendapatkan keadilan untuk Saeryeo.
Jaehyun terkelu sekejap, gadis di hadapannya ini... nampak menyusahkan.
"Check the CCTV camera, I myself wasn't sure what happened back then but now I am. Please.. "
******
Beberapa hari berlalu sejak mayat Saeryeo dijumpai, namun semua orang tetap teruskan hidup mereka kerana yang tinggalkan dunia ini adalah Saeryeo dan bukannya mereka.
![](https://img.wattpad.com/cover/247991936-288-k70385.jpg)
YOU ARE READING
[C] Checkmate |Yunho ATEEZ|
أدب الهواةA stalker, a detective and a girl who is being targeted by an unknown killer. Yunho, jejaka kampus yang popular namun dia hanyalah seorang stalker kepada gadis yang bernama Lee Ren. Lee Ren tidak seperti Yunho, dia tidak mempunyai reputasi yang...