Lee Ren menutup matanya.
Memori diimbas sekali lagi.
(From this point, you will need to refer to chapter 10 until 11)
Saeryeo seperti tengah menonton kdrama yang main setiap khamis dan jumaat, hatinya berbunga-bunga melihat akan dua manusia di hadapannya ini. Tidak ada sedikit pun rasa cemburu timbul di hatinya kerana dia tidak berminat dengan seseorang seperti Yunho.
Ren yang memandang meja itu tersenyum kecil di bawah selendang merahnya.
"That would be nice."
Makanan yang mereka pesan sampai tidak lama kemudian.
Ren teringat sesuatu, "Saeryeo, can I ask you a favor?"
"Sure!"
"Boleh tolong aku siapkan assignment? Nanti aku bagitahu details kat apartment."
Selepas habis mereka meluangkan masa di kafeteria univerisiti dan pulang ke rumah masing-masing, Saeryeo melepak di rumah Ren sekejap untuk mendengar permintaan Ren.
Saeryeo duduk di atas sofa, dia membaca sebuku novel Lee Rang yang terjatuh dari atas rak lama semasa Ren pertama kali pindah ke sini.
Ren selesai mencuci tangannya di singki, dia mendekati Saeryeo. Tidak duduk, "can you act as if you were being choked?"
Saeryeo berhenti membaca, "apa?" pelik sedikit dengan permintaan itu.
"Ah lecturer kami nak kami buat video, aku rancang nak gunakan kamera CCTV dekat parking lot untuk rakam kau pura-pura diserang. Kau tahu juga kan aku tak ada kawan selain kau kat sana? Tiana pun sibuk. Kau sahaja harapan aku Saeryeo..!" Ren mengambil tangan Saeryeo untuk digenggam, dia melutut dihadapan perempuan itu dengan mata meraih simpati.
"Tolonglah!"
"Okay okay aku tolong, tapi janji bagi gaji arh nanti?" gurau Saeryeo. Dia tidak tahu itu akan jadi gelak tawanya yang terakhir.
Ren lega, plannya berjalan lancar.
Hari yang dinanti-nantikan tiba, Yunho akan berjumpa dengan Ren di parking lot. Saeryeo pula berada di belakang kereta berdekatan dari tempat Ren berdiri sekarang. CCTV merakam dari sudut yang sukar untuk wajah Saeryeo kelihatan.
Ren tersenyum memandang skrin telefonnya, dia menghantar mesej kepada Saeryeo sebelum bunyi TING! Mesej masuk daripada Yunho.
'I'm almost there, did you wait long?' Yunho menghantar mesej baharu.
Dengan rasa senang hati Ren menaip sesuatu untuk membalas mesej tersebut...
Thump!
Bunyi seperti sesuatu dihentak dengan kuat di atas kereta seseorang, mengejutkan Ren. Bahu Ren tersentak sedikit, hampir sahaja telefonnya jatuh ke atas lantai simen.
'Ah Saeryeo... terkejut aku. I know I can count on her haha.' kata hati Ren.
Bunyi tersebut kedengaran dekat. Sebagai refleks, Ren mencari sumber bunyi tersebut yang merupakan Saeryeo memukul tepi kereta.
Dan sebuah kereta hitam yang di parkirkan dekat dengan dinding pembahagi, sepertinya bergoyang.
Rasa tidak sedap hati menyelubungi diri, namun Ren juga ingin tahu kalau-kalau bunyi tersebut hanyalah disebabkan kucing atau benda lain | Ren memasang harapan tinggi dan pada masa yang sama sukar untuk mengawal kegembiraan di hati.
Dan pada saat itu, sekujur kaki muncul dari sebelah hujung mengikut perspektif Ren. Otot wajah Ren ingin tersenyum tetapi dia kena in character
Ren membulatkan matanya, bulu roma dia naik, lidah dia terkelu. Kakinya juga kaku, tidak ingin pergi dengan lebih dekat, tidak juga dapat pergi menjauhi | Ren membulatkan mata, meremang bulu roma kerana kagum dengan rancangan sendiri, lidah terkelu tidak mampu menjerit kerana ia akan kedengaran seperti dia gembira. Kaki tidak bergerak, ingin menyaksikan lakonan yang dia rancang menjadi hidup di mata semua orang yang akan menonton pada masa akan datang.

YOU ARE READING
[C] Checkmate |Yunho ATEEZ|
FanfictionA stalker, a detective and a girl who is being targeted by an unknown killer. Yunho, jejaka kampus yang popular namun dia hanyalah seorang stalker kepada gadis yang bernama Lee Ren. Lee Ren tidak seperti Yunho, dia tidak mempunyai reputasi yang...