3

1.7K 199 25
                                    

"duduk situ jangan pergi mana mana tau!" jerit Melissa sedikit kuat lalu pergi memulakan lariannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"duduk situ jangan pergi mana mana tau!"
jerit Melissa sedikit kuat lalu pergi memulakan lariannya. Marissa seperti biasa duduk di bangku batu sambil mendengar muzik.

"Assalamualaikum Marissa" Marissa yang baru sahaja ingin menghidupkan pemain muzik itu terhenti perlakuannya apabila ada yang menegur.

"Waalaikumussalam, siapa ya?" kepala di pusing sedikit.

"ni aku Hayden" Hayden melabuhkan punggung di sebelah Marissa dan diletakkan botol airnya di atas lantai.

"kenapa ya? tempat duduk penuh lagi ya?" Marissa gelak kecil.

"Hahahahah takdela. Nampak kau duduk sorang sorang kat sini itu yang saja nak tegur" Marissa mengangguk.

"awak tak jogging harini?" Marissa menyoal.

"jogging, dah siap dah pun" Hayden mengambil botol air dilantai lalu diteguk. Bergerak gerak halkumnya menurunkan air ke bawah.

"cepatnya! awal lagi kan? semalam lambat awak habis" Hayden gelak. Awal apa dah pukul 6:30 petang!

"Hahaha awal apanya cik kak, awak tu yang datang lambat. Harini aku 5:30 dah mula jogging sebab tu habis awal" Marissa tersengih. Lupa pula dia tertidur sehingga pukul 6 tadi tu yang lambat keluar harini. Melissa pun satu tak kejut!

"kau memang selalu datang sini ke?" Hayden menatap mata coklat Marissa yang terkena cahaya matahari. Cantik!

"takpun, tengok atas Melissa la kalau dia nak keluar jogging saya ada la duduk dekat sini kalau tak memang orang lain duduk sini" Marissa senyum

"awak pula memang selalu jogging dekat sini ke?" dia pula bertanya

"takdela aku baru je start jogging petang petang, biasanya kalau balik kerja mesti terus tidur tapi dah rasa macam tak produktif itu yang mula jogging tu"

"ohh bestnya kerjaaa. Saya nak kerja tapi tula buta kan, kerja apa je yang saya boleh buat" kalau dia tak buta memang dia kejar cita citanya nak jadi doktor gigi! Tapi nasib tidak menyebelahinya.

"best memang best sebab dapat duitkan, tapinya penat tu ya Allah ! tuhan je tahu. By the way kalau kau tak kerja kau duduk rumah je la?"

"iya" Marissa angguk

"dari pagi?" dia angguk lagi

"maknanya kau keluar petang petang dengan adik kau kalau dia nak jogging je la?" Marissa angguk lagi

"kalau dia tak nak jogging kau 24 jam la duduk terperuk dalam rumah?" soal Hayden lagi tak percaya. Dia kalau boleh setiap hari nak keluar rumah, bosan!

"Hahahahahah iyaa Hayden. Macam tu je la kehidupan saya sebagai seorang buta, bangun mandi makan tidur lepastu ulang la balik sampai mati" Marissa gelak

"tak bosan ke?" Hayden curios. Takkan takde apa yang dia boleh buat kat rumah kan? tengok tv ke?

"bosan tu memang bosan. Awak bayangkan eh awal awal pagi lagi semua orang dah keluar pergi sekolah, pergi kerja lepastu awak kena tinggal sorang sorang dekat rumah sampai petang. Sebab tu la kalau boleh, setiap hari saya nak ajak Mel keluar jogging so saya boleh tumpang sekaki nak hirup udara luar" cerita Marissa panjang lebar. Dia dah mula rasa selesa dengan Hayden itu yang keluar macam macam dari mulut.

"kau duduk sorang? tak takut ke, manala tahu ada orang pecah rumah ke apa ke" Hayden cuba menakutkan Marissa tapi gadis itu hanya gelak sahaja.

"mengarutla awak ni, mana ada penyangak dekat sini. Security kan ketat. Sebab tu saya tak kisah duduk rumah tapi tu la sunyi sebab takde kawan nak borak. Mel pukul 3 baru sampai rumah" Hayden angguk.

Sedar tak sedar lama juga mereka berborak, tahu tahu je Melissa dah siap dengan lariannya.

"hai budak kecik. Habis lari dah?" Hayden mengusik Melissa.

"Budak kecik otak kau!!" penumbuk ditunjuk ke depan muka Hayden. Marissa dan Hayden sama sama gelak. Marah betul orang panggil budak kecik, bukannya panggil nenek pun!

"okayla Hayden saya balik dulu ya, bye assalamualaikum" Marissa memegang tangan adiknya risau ditumbuknya muka anak teruna orang depan ni.

"okay, datang la taman esok boleh borak borak lagi. Paksa je makcik ni keluar biar otak dia berkembang banyak sikit, baru cepat ilmu dapat serap" Hayden gelak. Melissa juling mata ke atas. Annoyingnya mamat ni!!

"iyalah, kami balik dulu ya" mereka terus berjalan pergi meninggalkan Hayden di situ.

"Marissa!" dia berpaling ke belakang memandang Hayden yang sudah agak jauh di belakang.

"jangan selalu masuk dapur tau! Kesian gula insecure dengan kau sebab kau manis sangat,okay bye!" setelah itu Hayden terus pergi dari kawasan itu. Muka Marissa terus merah. Malu!

"eeee apa bende mamat tu ingat sweet ke? euww geli geli" Melissa menyilang tangan ke dada dan memandang kakaknya yang hanya diam memandang tubuh belakang Hayden.

"kak, kau blushing ke? HAHAHAHAHAHA KAK MERAHNYA MUKAAA" Marissa terus tersedar ke alam nyata dan terus berpaling. Dia malu!

Masuk je kereta Marissa langsung tidak mengeluarkan suara. Sekarang mereka sedang menuju ke drive thru Mcdonald teringan nak makan bubur McD!

"terima kasih" Melissa memandu keluar dari kawasan drive thru dan terus memandu pulang ke rumah. Sekarang dah dekat pukul 8 malam, mereka masih belum solat maghrib. Semua salah Marissa! Tiba tiba pula mengidam bubur McD

"happy dah tuan puteri?" Marissa tersengih sambil menggoyangkan kedua belah kakinya. Di atas ribanya terdapat dua beg kertas premis tadi. Satu dia punya satu Melissa punya.

"terima kasih Mel hehe. Bagus driver  tak berbayar akak ni, menurut perintah" mujur Melissa sudah cukup umur untuk mengambil lesen kereta, kalau tak terpaksala dia meminta tolong ibu dan babah untuk membawanya ke sana sini.

"iyala tuan puteri...nanti tak bawak merajuk!" Marissa membuat muka. Merungut merungut! baru je puji tadi.

"Mel, esok keluar jogging lagi ya?"

"kenapa? dah rindu pakwe ke?" Melissa gelak.

"MANA ADA LAAAA" lengan Melissa dipukul kuat. Pakwe apanya, mengarut!

"HAHAHAHAHAHAHAH MALU TU BETULLA TUU" Marissa memukul lagi adiknya. Tak kisahla tengah bawak kereta ke tak. Yang penting Hayden bukan pakwe dia!

-
Sept 10, 2021

Kerana Dia [on editting]Where stories live. Discover now