7

1.3K 170 13
                                    

Malam jumaat yang tenang itu bacaan yaasin menemani maghrib Marissa yang masih lengkap bertelekung di atas sejadahnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Malam jumaat yang tenang itu bacaan yaasin menemani maghrib Marissa yang masih lengkap bertelekung di atas sejadahnya. Bacaan yaasin daripada Fakhrul dari kumpulan nasyid UNIC  yang dipasang di Ipad Pro miliknya  menjadi ketua bacaannya pada malam itu. Tenang sahaja hatinya mendengar suara merdu itu mengalunkan bacaan Quran dengan tajwid yang betul.

Begitulah rutinnya setiap malam, selepas maghrib pasti Quran dahulu dicarinya.  Masa di antara maghrib dan isya'nya diguna sehabis baik untuk beramal kepada sang Pencipta.

Dia masih belum menghafal kesemua ayat kitab suci itu, namun terima kasih kepada ayahnya, encik Ibrahim kerana telah  memudahkan dirinya yang cacat penglihatan ini untuk mengaji. Encik Ibrahim telah meminta rakan baiknya untuk setting kan ipad  tersebut agar mudah untuk digunakan Marissa. Dia  hanya perlu slide keatas untuk mendengar bacaan ayat kitab suci itu. Alhamdulillah.

Allahuakbar Allahuakbar!

Laungan azan menandakan telah pun masuknya waktu isya'. Marissa menghabiskan ayat terakhirnya sebelum menadah tangan memohon pengampunan dari si Dia. Setelah itu Marissa mencabut telekungnya dan masuk ke bilik air untuk mengambil wudhuk semula. Sesudah itu dia terus menunaikan kewajipannya sebagai seorang islam.

Selesai sahaja menunaikan kewajipannya, Marissa melemparkan tubuh di atas katil. Kepalanya berserabut. Hayden betul betul nak kahwin dengan dia atau lelaki itu hanya bergurau? Kepala digeleng ke kiri dan kanan.

Baru kenal 5 bulan dah ajak kahwin. Dia tak pernah terfikir pun hubungan persahabatan itu akan pergi ke tahap itu. Dia tak pernah terfikir untuk berkahwin dengan siapa siapa. Datangla putera dari indera kayangan yang datang meminang, memang dia tolak mentah mentah !

Apa Hayden fikir dia tiada perasaan ke? Dia wanita. Wanita yang pastinya ada perasaan ingin berumah tangga, menjaga makan pakai suaminya. Tapi dia tak mampu sediakan semua itu untuk Hayden. Dirasanya seperti Hayden memperlekehkan kekurangannya. Dia tak suka.

Dia turn off

"kakak, Hayden call" Melissa datang duduk di sebelah Marissa yang sedang berbaring di atas katil. Telefon yang dihulur masih belum disambut. Marissa hanya membisu membiarkan kehadiran Melissa di situ.

"kakak?" telefon dihulur sekali lagi di tangan Marissa.

"end call  tu akak tak nak bercakap dengan dia. Beritahu dia yang akak dah tidur" Marissa memalingkan tubuh membelakangkan Melissa. Matanya ditutup rapat. Dapat didengar Melissa memberitahu Hayden bahawa dia telah tidur sebelum mematikan talian.

"kakak kenapa?" Soal Melissa sesusai mematikan talian.

"akak mengantuk. Nanti keluar tutup pintu" comforter  tebalnya ditarik hingga ke paras dadanya. Mata ditutup rapat. Melissa tercengang melihat reaksi dingin kakaknya. Ni dah kenapa ni?

Melissa membuka semula telefonnya dan membuka aplikasi My Calendar  yang mencatat perihal perempuan kakaknya.

Next period, 12 september

Kerana Dia [on editting]Where stories live. Discover now