6

1.5K 191 33
                                    

"Assalamualaikum" salam diberikan sebaik sahaja pintu rumah ditolak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Assalamualaikum" salam diberikan sebaik sahaja pintu rumah ditolak. Hayden menanggalkan kasut dan diletakkan kunci keretanya di dalam bekas kunci di atas kabinet bersebelahan dengan pintu masuk.

Langkah diatur ke sofa dan terus dilemparkan badan ke kerusi empuk itu. Penat. Keluhan dilepaskan sambil jari menekan punat merah untuk menghidupkan televisyen di hadapannya.

"dah balik dah Luth. Nak minum apa apa tak? Mama sediakan" kepala ditolehkan ke wajah separuh abad milik wanita kesayangannya. Senyuman disedekahkan sambil menggeleng tanda tidak mahu apa apa.

"Luth tak lapar ma"

Puan Adiba melabuhkan duduk di sebelah anak terunanya. Hayden dah pejamkan mata seperti mahu tidur. Puan Adiba menepuk perlahan paha anaknya.

"dah petang ni tak elok tidur. Pergi mandi segarkan diri tu baru tak ngantuk" Hayden membuka mata semula dan menguap kecil. Dia bangun dari duduknya dan menggeliat membetulkan urat sarafnya.

"baik ma.." langkah terus dibawa pergi dari ruang tamu itu. Barang barangnya ditinggalkan di atas sofa. Telefon bimbit, briefcast, semua dia tinggal.

"haihla budak ni, merata je tinggal barangnya. Karang hilang mulala mulut tu potpet potpet membebel" Puan Adiba menggeleng kepala sebelum mengemas barang barang tersebut dan dibawa naik ke bilik Hayden.

Pintu bilik diketuk dua kali sebelum tombol pintu ditarik kebawah. Jelas Hayden yang hanya bertuala menampakkan dada bidang anak jantannya.

"ARGHHH TOLONG SAYA TELAH DIROGOL!!" Hayden menjerit gaya pondan sambil tangan bersilang didada untuk menutup badannya.

"aaaaaa tolong saya rasa nak buang anak harini" Puan Adiba membuat muka.

"HAHAHAHAHAHAHA aduhh mama ni spoil la. Luth baru nak berangan ada isteri datang ketuk pintu ajak mandi sama sama. Mama kenapa datang bilik Luth ni?" tanya Hayden setelah gelaknya telah reda

"ya Allah gatalnya! girlfriend  pun takde nak isteri haktuihh"  Hayden bantai gelak lagi.

"ni barang ni kenapa tinggal dekat bawah? bersepah tahu tak, sakit mata mama" barang barang tadi diletakkan di atas katil sebelum memandang Hayden yang tercangak di depan pintu tandas.

"oh tu Luth saja letak bawah" belakang kepala digaru sambil tersengih kekok.

"dah cepat mandi, solat semua. Tolong mama dekat dapur pulak"

"baik mama.." Puan Adiba terus keluar menutup pintu bilik memberi privasi untuk anaknya.

° 𐐪𐑂 ♡ 𐐪𐑂

Lobak di atas papan pemotong itu Hayden potong bulat bulat sebelum dipotong menjadi bentuk bunga. Setelah itu bunga kobis pula diambil dan disiangnya.

"dah siap sayur tu tolong rasa kari tu cukup manis pedas tak" Hayden meletakkan semua sayuran yang sudah siap dipotong ke dalam satu bekas dan diserahkan kepada ibunya untuk dicuci sekali lagi. Sudu diambil dan kari di dalam periuk dicedok sedikit menggunakan sudu tersebut. Ditiup sedikit sebelum dimasukkan ke dalam mulut.

"MAMAAAA SEDAPNYAAAA" badan dilenggokkan ke kiri dan kanan seperti belon angin yang ada di stesen minyak.

"dah cukup ke rasanya? masin manis  semua" Hayden meletakkan sudu tadi ke dalam singki sambil mengangguk.

"cukup ma. Ferferk  orang putih kata" kuali yang digantung di atas singki diambil dan diletakkan di atas dapur. Puan Adiba tergelak kecil. Ada ada je la si Luth Hayden ni aduiiii pening kepala nak melayannya.

"dah dah cepat goreng sayur tu. Jap lagi bapak ko tu balik confirm confirm kebulur orang tua tu. Dah cepat, mama nak solat"

"menurut perintah Tuan!" Hayden menegakkan badan dan tangan diletakkan di dahi gaya askar seperti tanda hormat. Puan Adiba menolak dahi Hayden sebelum kedua dua mereka meletuskan tawa.

Hayden segera menghidupkan api dan dimasukkan minyak masak kedalam kuali untuk menggoreng sayur yang di siangnya tadi.

Siap siap je menggoreng, sayur tadi diletakkan ke dalam pinggan lauk dan dihidangkan di atas meja. Kuali tadi dibasuh bersih sebersihnya dan dikemas pula dapur. Macam anak dara. Bagus Hayden ni. Menantu pilihan.

"Abah nak makan sekarang ke?" soalnya apabila kelibat bapanya, Encik Basyar muncul di dapur dengan berkain pelikat. Dah mandi la tu.

"boleh juga. Mama mana? ajak mama sekali" Hayden mengambil senduk nasi dan tiga pinggan nasi sebelum menyedok nasi ke dalam pinggan.

"MAMA MAKANNNN" jeritnya sambil mencedok nasi. Encik Basyar di meja kelihatan tenang tidak terkejut. Mungkin dah terima hakikat yang anak lelakinya tu mereng sedikit.

Pinggan nasi diletakkan di atas meja sebelum kerusi di tarik untuk diduduki. Puan Adiba juga sudah berada di situ.

"baca doa" arah encik Basyar. Hayden mengangguk dan diangkat tangan untuk mewakili membaca doa makan. Setelah itu masing masing mula menjamah yang dihidangkan.

"Luth kerja macam mana?" encik Basyar memulakan perbualan.

"okay je bah cumanya bulan ni banyak betul kes masuk. Pening kepala nak mengurusnya, nasib Audi ada tolong"

"biasalah tanggungjawab lawyer  untuk tegakkan keadilan. Ingat Luth buat kerja betul betul jangan sambil lewa. faham?" Hayden mengangguk faham. Nasi disuakan lagi ke dalam mulut.

"ni nak kahwin bila?"

"uhuk!"  Hayden menepuk dadanya. Peritnya tersedak. Puan Adiba menghulurkan air ke Hayden sambil tergelak.

"apa abah ni kesitu pula soalannya, takde mukadimah langsung. Nasib Luth tak kena heart attack  tau!" dada digosok lagi. Batuknya masik tersisa.

"betullah cakap bapak ko tu. Umur tu kubur dah memanggil dah. Takkan nak membujang lagi?" auch my heart is hurtt mama

"iya dah ada calon, dah adaa. Sabar, tunggu Luth plan sweet sweet, romantic romantic nak melamar dia. Nanti confirm!" meja dihentak sedikit kuat. Puan Adiba dan Encik Basyar menjungkit kening.

"terus dapat cucu. Bukan sorang, lima orang hah!" tangan dibuka kesuluruhan jarinya menunjukkan jumlah lima dan digerakkan di hadapan muka kedua orang tuanya.

"okay mama tunggu. Ko jangan sembang kencang Luth memang aku buang ko dari keluarga" pecah gelak satu keluarga itu. Ingatkan anak je bengong, maknya pun 2x5 je!

-
Okt 2, 2021

Kerana Dia [on editting]Where stories live. Discover now