19

2.8K 229 105
                                    

"Marissa bangun dah subuh ni" bahu Marissa digoncang lembut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Marissa bangun dah subuh ni" bahu Marissa digoncang lembut. Dia tak boleh gerak kemana mana dek kerana kedua belah tangan gadis itu erat memeluk tubuhnya.

"hrmm" kepala Marissa disondol sondol ke dada bidang itu. Macam mahu masuk terus ke dalam badan Hayden. Sampai macam tu sekali ketagihan Marissa dengan bau badannya.

"Marissa bangun subuh gajah lagi nanti kan" pipi isterinya ditampar lembut.

Marissa bangun dan menggosok matanya beberapa kali. Tangan menguis rambutnya ke belakang. Hayden menongkat kepalanya di atas bantal memandang isterinya itu

"dah pukul berapa ni?"

"enam. Azan pun baru habis tadi" Marissa mengangguk dan dia space out. Hayden bangun dari baringannya dan memandang Marissa

"hey  termenung pulak dia" dagu Marissa disentuh. Tersentak gadis itu.

"saya ngantuk lagi" tangannya dibawa menggosok mata lagi. Hayden tarik tangan itu jatuh semula.

"alololo ngantuk lagi? meh sini aku segarkan" kepala Marissa di tarik, dicium mata itu bertalu talu.

"eeee Hayden janganla. Geli!" tangan menutup matanya dari disentuh bibir lelaki itu. Hayden tergelak kecil.

"dah segar dah?" Marissa tarik muka. Tubuh Hayden dipeluk. Kepalanya diletakkan ke dada Hayden, laju jantung lelaki itu berdegup. Bibir Marissa mengukir senyum.

"tak baik main kotor" katanya. Tangan Hayden naik menggosok rambut Marissa dengan gelak yang masih tersisa.

"mana ada kotor. Aku gosok gigi okay before  tidur" Marissa menampar dada lelaki itu perlahan. Loyar buruk lagi.

"sugar I don't know why people said happiness end with 'S'. Sebab aku punya happiness  tak end  dengan 'S'" Marissa mengerut dahi, kepala diangkat menghadap suaminya.

"dahtu apa? kan memang happiness  tu tamat dengan 'S'?" soalnya polos.

Tangan Hayden bermain main dengan rambut Marissa. "sebab aku punya end dengan 'A'. Happiness  aku 'MARISSA' so it end with 'A'"  Hayden sengih

"eeeeee ngadaaa. Dahla dahla jom solat" Marissa menolak badan Hayden dan turun dari katil. Haihh seronok betul dapat bini pemalu ni.

"masuk toilet tu baca doa dulu, nanti syaitan usha kau, aku jealous, aku tak bagi kau peluk aku masa tidur" Hayden melangkah mendekati Marissa yang sedang meraba raba dinding mencari bilik air.

Tangan gadis itu dipegang dan dibawa menuju ke bilik air.

"jangan lama lama, aku rindu" Hayden sengih.

"mengada!" Marissa menghentam pintu. Suka sangat bagi ayat ayat manis sudahla subuh lagi ni.

° 𐐪𐑂 ♡ 𐐪𐑂

Marissa pov

Tangan aku meraba raba ke sebelah mencari batang tubuh Hayden. Tetapi tiada, permukaan cadar di situ pun sejuk macam Hayden tidak pernah baring disitu. Mana Hayden pergi? Tubuh aku bangunkan dan turun dari katil.

Tangan mencari getah rambut yang biasanya diletakkan di atas meja bersebelahan katilnya. Tiada. Marissa merengus.

"semua bendela nak hilangnya" rambut ditolak kebelakang. Kaki ku mula dibawa mencapai palang besi di dinding untuk turun ke bawah.

Dah seminggu aku dan Hayden bergelar suami isteri dan pilihan aku untuk duduk di rumah ibu dengan babah. Sebab apa? mudah semestinya.

Kawasan rumah ini aku dah hafal. Jadinya, posibility  untuk apa apa jadi itu kurang. Lagi satu rumah ni ada palang besi yang memang melekat pada dinding, senang aku nak bergerak.

"ada suami pun macam tiada. Menyusahkan diri sendiri" kaki dibawa menuruni tangga. Palang tangga aku genggam erat. Risau jatuh nanti kena marah lagi.

"pumpkinn" mana pula pergi budak oren ni. Biasanya pagi pagi macam ni dah bising minta aku bukakan pintu bilik.

"dah bangun?" suara lelaki tiba tiba menegur menyentakkan aku. Tangan di bawa ke dada. Terkejut aku.

"awak buat apa kat situ?" tangan aku Hayden tarik dan dibawa ke laman belakang.

"kucing kau lapar sangat dah, aku kasi la makan. Tunggu tuan dia bangun lambat sangat" tangannya di letak ke atas bahuku.

"beratla" tangannya aku tolak jatuh dari bahu.

"kau merajuk ke ni" daguku dipegang. Muka ku toleh ke kanan tidak mahu dipegang. Kaki terus aku angkat berlalu ke dapur. Tinggal lagi aku sorang sorang dekat atas. Padan muka.

"alamak sayang aku merajukla pula. Meh sini peluk meh" dapat ku dengar kakinya mendekati dapur. Tubuhku didakapnya.

"aku turun sediakan sarapan la sayang. Kau mesti lapar kan, semalam kau makan sikit sangat" badannya aku tolak meleraikan pelukan itu. Air mata yang hampir mengalir aku lap menggunakan lengan baju. Murahnya air mata aku sekarang.

"kenapa menangis pula ni, ya Allah aku tak pergi mana pun la Marissa" mata aku Hayden kesat menggunakan jarinya. Tak cukup itu dicium pula mata aku. Terubat la sikit rajukku.

"jomla makan, tadi kata lapar"

"jom" tangan aku Hayden ambil dan digenggam erat dengan tangannya. Jari kami dia tautkan.

"awak nampak getah rambut saya?" soalku rimas rambut ni mengerbang ke sana ke sini.

"oh ada pada aku" jawabnya tenang. Ehh suka hati dia je ambil, patutla takde atas meja tadi.

Tangan aku suakan padanya. "nak. Saya nak ikat rambut ni, serabut" tapi lain yang aku minta lain yang aku dapat.

Hayden memusingkan badan aku agar membelakanginya dan diikat rambutku kemas.

"cantik" pujinya

"cantik sangat" pujinya lagi.

"sayang jom masuk bilik. Aku geram la nak gomol kau" terus memerah muka aku. Apa kotor sangat mulut dia ni. Tak malu ke?

"gatal la!" dadanya aku tumbuk dan terus aku berjalan menuju ke meja makan. Makin dilayan nanti makin menjadi jadila gatal dia tu.

Dapat aku dengar suaranya gelakkan aku di belakang. Suka sangatla bende macam tu. Lelaki!

"kau malu ke? ala nak malu apa, dah seminggu kau tidur peluk aku kan. Tu tak malu pulak" bisiknya di sebelah telinga aku.

"diamla Hayden" annoying gila dia ni. Dah bau badan dia je boleh buat kepala aku tenang, memang la aku suka.

Siapa je tak suka kalau dah lama tak boleh tidur dengan nyenyak, lepastu bau badan dia je yang boleh buat aku tidur dengan tenang dan nyenyaknya.

"cium dulu baru aku diam" katanya lagi.

"Hayden!"

xxx

last one before saya kena pulang ke pangkal jalan. Asrama u...bagi saya peluang fokus SPM kejap ya sayang sayang saya semuaa. Terima kasih hiburkan saya dengan komen korang yang meroyan dengan Hayden. Gonna miss you all the most <33. Spam lagi comment  untuk part ni saya nak gelak lagiiii.

23 December, 2021

Kerana Dia [on editting]Where stories live. Discover now