14

1.3K 158 19
                                    

"haiii encik Luth kita ni ceria betul harini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"haiii encik Luth kita ni ceria betul harini. Ada apa apa jadi ke?" Naufal menarik kerusi di sebelah Hayden. Baru lepas habis futsal, lepak mamak la apa lagi.

"yo bro! macam mana kehidupan? lama tak nampak" tangan mereka disatukan, bro handshake.

"sama je. Kau asal tersengih sengih ni? dari jauh lagi aku perhati" soal Naufal. Hayden menunjukkan skrin telefonnya kepada Naufal.

"kau dah tunang?!" membulat mata Naufal melihat skrin telefon Hayden. Gambar dia dengan Marissa sabtu lepas. Marissa menunjukkan jarinya yang bersarung cincin manakala Hayden memandang ke arahnya. Dalam gambar itu mereka sedang duduk di meja picnic tempat dia pertama kali berjumpa dengan Marissa setelah sekian lama gadis itu melarikan diri.

"baru masuk meminang, majlis tunang lagi dua minggu. Datang la, aku jemput kau depan depan ni. Special  gitu" telefonnya ditutup semula. Tak boleh tengok lama lama kena kebas nanti.

"Naufal je kau ajak? aku yang ada time susah senang kau masa perempuan tu ghosted  kau dulu tak nak ajak ke?" Audi memeluk tubuh. Hayden hambur gelak.

"kau memang confirm  dah ikut, kalau tak dengan apa aku nak gerak pergi majlis nanti?" Hayden dan Naufal bantai gelak. Faham sangat maksud Hayden itu. Apa lagi kalau bukan kereta kesayangannya? kan sama tu dua dua nama Audi. Audi menjuling mata ke atas.

"at least  kami laku di mata perempuan, kegilaan para wanita" Hayden dan Naufal berhenti gelak dan memandang Audi sebelum tawanya pecah lagi.

"hahahahha kegilaan wanita tapi kena reject !" kata Naufal.

"alah kau nak cakap aku, kau pun baru kena tinggal" masam terus muka Naufal. Lagi kuat Hayden bantai gelak. Haa gaduh la gaduh aku kahwin dulu.

"jangan sentuh bro, sensitif, sensitif" Naufal mengangkat tangannya ke depan muka Audi sambil sebelah tangan menutup mukanya

"haa tahu pun, ingat kau je sensitif?" balas Audi. Geram ya.

"eh Luth lupa pula tanya, hantaran dia minta biasa biasa je kan?" Audi mengalih topik.

"takde la biasa sangat bro, cekik darah la jugak. 40 ribu" membulat mata dua sahabat itu. Tidak percaya, takkanla 40 ribu? Hayden mengangguk mengerti reaksi itu.

"perempuan tu ada kelulusan apa, kerja apa nak hantaran sampai 40 ribu ni? melampau sangat ni" tanya Naufal tak puas hati.

"perempuan tu buta bro" Audi menjawab bagi pihak Hayden. Lagi bulat mata Naufal.

"SERIUS LAHH??!?!" Hayden mengangguk tenang.

"takpela aku ada simpanan 25 ribu, in Shaa Allah sempat kumpul by next month" balas Hayden. Senyumannya kelat. Mana nak cekau lagi 15 ribu?

"takpe Luth kalau kau nak minta tolong, bank account  aku sentiasa terbuka" Naufal menepuk nepuk belakang badan sahabatnya itu.

"betul tu, aku pun sama tapi ada limit  la, RM5 je" sambung Audi. Naufal mengetuk kepala Audi kuat. Orang tengah serius ni dia main main pulak.

"sakitla bodo" Audi memegang kepalanya. Nampak je perlahan tapi berbisa beb !

"takpela pandai pandai la aku nak buat macam mana. Tak nak la kahwin berhutang kan. Nanti aku cuba la minta kurangkan sikit" bila difikirkan tentang hantaran, kepalanya jadi berat. Mana la dia nak cari duit sebanyak itu. Mama dengan abah pun takde bunyi pasal hantaran ni. Setuju pula mereka apabila hantaran diletakkan setinggi begitu.

"eh aku gerak balik dulu" Plastik bungkusan makanan diambil sekali.

"eh tu siapa punya?" tanya Naufal. Pelik sikit sebab seingat dia puan Adiba tidak gemar makan makanan yang dibungkus luar. Lebih lebih lagi dari mamak.

"bakal isteri aku" kunci kereta diambil sambil tersengih.

"ececececce bakal isteri bhaii" lengan Audi dicucuk cucuk dengan sikunya.

"EHH DIA KIKIS DUIT KO KE LUTH" bagai tersedar Naufal menjerit. Ya la dah la minta hantaran 40 ribu, minta bungkuskan makanan pula. Mana tak botak kepala rakannya itu.

Hayden mengangkat tangan lalu terus berlalu ke keretanya. Enjin dihidupkan dan dia terus memandu ke rumah Marissa.

Sampai sahaja di hadapan rumah, nombor Melissa didail.

"hah nak apa?" sergah Melissa sebaik sahaja talian disambungkan.

"suruh kakak kau turun sekejap" dan Melissa terus meletakkan panggilan tanpa membalas. Hayden memandang skrin telefon dengan geram. eyy budak ni.

Plastik makanan yang disangkut di seat  belakang diambil. Hayden turun dari kereta dan menyandar pada keretanya. Menunggu Marissa keluar.

Bunyi pintu dikuak membuatkan dia berdiri tegak dan pergi ke arah pagar rumah yang sudah dikunci.

"kenapa nak jumpa saya?" tanya Marissa. Mata gadis itu nampak sedikit sembap seperti baru lepas menangis.

"ni aku ada bungkuskan nasi goreng kampung untuk kau. Tak makan lagi kan?" soal Hayden lembut. Plastik makanan tadi dihulurkan pada Marissa.

"terima kasih. Nak masuk dulu ke?" pelawa Marissa. Terkejut Hayden, bukan kaleng kaleng ni Marissa nak berdua dengan dia.

"boleh ke?" soalnya mahukan kepastian. Marissa mengangguk dan membuka kunci mangga di pagar. Pintu pagar itu dibuka.

"masukla. Teman saya makan" Hayden masuk dengan senyum yang makin melebar. Nasib baik dia memang dah matikan enjin tadi. Marissa menutup semula pagar dan mula berjalan sambil meraba raba mencari meja batu yang terdapat di halaman rumahnya.

"awak bawak telefon?" terangkat kening Hayden dengan soalan Marissa sebelum mengiyakan.

"nak pinjam, nak call  Mel boleh?" Hayden mendail nombor Melissa dan terus menyerahkan kepada Marissa.

"adohhh nak apa lagi kau ni" tanya Melissa sebaik sahaja panggilan itu diangkat.

"Mel ni akak, tolong ambilkan sudu garfu dengan buatkan air dua boleh? Hayden ada dekat luar ni, ke Mel tengah study  lagi? kalau tengah study  takpela akak minta tolong ibu" Marissa menyatakan hajatnya.

"ehh takpe Mel boleh buat. Kejap tau" panggilan terus diputuskan. Marissa memulangkan semula telefon kepada Hayden. Kepalanya ditundukkan sambil jari bermain main dengan cincin di jarinya.

"kenapa tak makan juga harini sugar?" soal Hayden sedikit serius. Kenapa susah sangat Marissa nak makan dua tiga hari ni? Nasib baik Melissa baik hati melaporkan hal itu kepadanya. Kalau tak memang dia tak tahu yang gadis itu berlapar.

"tak lapar" jawabnya tenang. Hayden meraup mukanya.

"iya tak lapar tapi kesihatan tu kena jaga, sakit nanti macam mana?" wajah gadis itu ditatap. Marissa mengangkat kepalanya.

"biarla sakit. Biar mati terus, hidup pun takde guna. Tahu susahkan orang je" air matanya jatuh lagi.

_

Oktober 14, 2021

Kerana Dia [on editting]Where stories live. Discover now