15

1.4K 163 11
                                    

Meow

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Meow

Meow

Meow

"Pumpkin lapar ya, kejap ya?" Melissa cabut kasut sekolahnya dan diletakkan ke dalam rak kasut. Langkah di atur ke dapur, hendak memberi makan kepada kucing kesayangan kakaknya itu.

"Pumpkin sini la, nak makan ke tak nak" pelik Melissa apabila Pumpkin tidak mengekorinya ke dapur, malah menaiki tangga.

Meow meow meow meow

"kenapa ni Pumpkin? bisingnya" naik bingit telinganya apabila Pumpkin tidak henti henti mengeow. Pumpkin berlari menaiki tangga dan memasuki bilik Marissa.

Melissa mendengus dan mengekori Pumpkin ke bilik kakaknya. Sampai sahaja di depan bilik, terbeliak biji matanya melihat jasad kaku Marissa terbaring di atas lantai.

"ya Allah kakak !" beg sekolah di tangan dilempar ke lantai. Melissa terus berlari mendapatkan Marissa yang sedang terbaring tidak sedarkan diri di atas lantai.

"Allah Allah Allah Allah" satu tubuhnya menggeletar hebat. Telefon di dalam poket baju kurungnya dikeluarkan dan didail nombor Hayden. Nama itu berada yang paling atas di dalam phone log  nya.

angkat la

angkat la

angkat la

Tangannya yang menggeletar menepuk nepuk pipi Marissa cuba untuk sedarkan kakaknya.

'hello?'  Hayden akhirnya mengangkat panggilannya.

"Abang Luth tolong kakak, kakak--" tersedu sedan Melissa cuba untuk memberitahu.

"kenapa Mel? Kenapa dengan Marissa?cakap dekat aku !" desaknya. Hatinya tak tenang.

"kakak tak sedarkan diri"

"shit"  talian dimatikan dan dia terus keluar semula dari garaj rumah keluarganya. Pedal minyak ditekan kuat menuju ke rumah Marissa.

Sampai sahaja di rumah Marissa, tidak sempat dimatikan enjin keretanya pintu rumah diketuk kuat sebelum tombol pintu itu dibuka. Tidak berkunci. Tangga didaki menuju ke sebuah bilik yang terbuka pintunya.

Terlihat Melissa yang masih lengkap berbaju sekolah mendakap Marissa yang tidak sedarkan diri. Ubat ubatan berterabur di atas lantai. Keadaan bilik juga bersepah.

"Mel cepat ambik tudung Marissa, kita pergi hospital sekarang" terkejut Melissa apabila Hayden mengangkat tubuh Marissa daripada pelukannya. Hayden yang dah berada di hadapan pintu itu dipandang.

"Melissa ! ambik tudung Marissa, cepatla !" jerit Hayden. Apa perempuan ni boleh pula termenung.

Melissa mengesat air matanya menggunakan belakang tangannya. Tudung sarung Marissa yang disangkut di belakang pintu di capai dan terus dia berlari keluar dari rumah memasuki ke dalam kereta Hayden.

Pedal minyak Hayden tekan, laju keretanya membelah jalan raya. Lampu isyarat semua dilanggar, fikirannya kosong. Marissa yang dibaringkan di tempat duduk belakang di pandang sekilas.

Melissa di sebelahnya masih menggeletar badannya sambil membuat panggilan. Mungkin menghubungi puan Alissa dan encik Ibrahim.

Hayden terus ke bahagian kecemasan sebaik sahaja tiba di hospital. Tubuh Marissa dicempung dan diletakkan ke atas stretcher  yang dibawa keluar jururawat tadi.

Kakinya ikut sama menolak Marissa masuk ke dalam bilik rawatan sebelum diberhentikan oleh salah seorang jururawat di situ. Dia tidak dibenarkan masuk.

Hayden merengus, tangan menyisir rambut ke belakang. Ya Allah Marissa kenapa buat macam ni. Tubuhnya didudukkan di kerusi yang telah disediakan.

Melissa datang dan duduk selang dua buah kerusi dari Hayden. Masih tersedu sedan menangis. Hayden bangun dari tempat duduknya dan beralih duduk di sebelah Melissa.

"Mel stop crying. If your sister know, she won't be happy"  Hayden cuba memujuk. Faham perasaan Melissa sekarang, dia dan Marissa saling memerlukan antara satu sama lain.

Adik mana tak sedih, balik balik sekolah perkara pertama yang menjamah pandangan adalah, kakak sendiri sedang terlantar di atas lantai tidak sedarkan diri.

"dah banyak kali abang, dah banyak kali kakak cuba tarik nyawa dia sendiri. Mel tak faham kenapa? Mel ada buat salah dengan dia ke sampai dia nak tarik nyawa dia sendiri?" Hayden terpempan.

Jadi ini bukan kali pertama Marissa cuba bunuh diri? esakan Melissa di sebelah makin menjadi jadi. Nafas dihembuskan kuat.

"Mel dah solat ke belum ni? kalau belum pergi solat dulu, minta Allah permudahkan urusan kakak, selamatkan kakak. Dalam kereta abang ada kain telekung dekat belakang. Ambilla pakai" Kunci keretanya disua. Melissa bangun daru duduknya dan berjalan keluar dari lorong wad kecemasan itu.

Hayden mengangkat kepala apabila mendengar derapan tapak kaki yang berlari ke arah wad itu. Puan Alissa dan encik Ibrahim sampai serentak.

"Luth ! Marissa macam mana? doktor ada cakap apa apa tak?" cemas suara puan Alissa. Kedua mereka masih memakai uniform kerja mungkin terus datang ke sini setelah diinformkan Melissa tadi.

"belum auntie,  doktor tak keluar lagi. Marissa dekat dalam lagi" beritahu Hayden.

"Melissa mana?" tanya encik Ibrahim pula.

"Melissa pergi solat kejap uncle, tak sempat solat lagi tadi terus datang sini" encik Ibrahim mengangguk. Puan Alissa duduk di kerusi dengan tangan yang ditekup ke muka. Encik Ibrahim memeluk tubuh isterinya cuba untuk menenangkan puan Alissa.

"penjaga Nur Marissa?" encik Ibrahim segera berdiri mendapatkan doktor yang sedang memegang satu fail. Hayden masih statik berdiri di sebelah puan Alissa, biarlah bapa wanita itu yang pergi.

"kami boleh masuk doktor?"

"boleh tapi beri kami ruang untuk alih pesakit ke wad biasa dulu ya" encik Ibrahim mengangguk dan mengucapkan terima kasih pada doktor tersebut sebelum doktor itu meminta diri.

"Marissa baik baik sahaja, Alhamdulillah" mereka menghembuskan nafas lega. Nasib baik tiada apa apa. Terima kasih ya Allah.

"Luth dah solat?" tanya encik Ibrahim. Hayden mengangguk. Dia sempat solat dulu sebelum keluar pejabat tadi.

"Luth uruskan Marissa boleh? uncle  dengan auntie  belum solat lagi. Marissa pun okay doktor kata" Hayden mengangguk dan membenarkan kedua pasangan itu menunaikan kewajipan yang satu itu.

Katil yang ditolak keluar dari wad kecemasan itu dia jenguk. Marissa !

cepat cepat dia membontoti jururawat itu memindahkan Marissa ke wad biasa. Marissa ditempatkan di satu bilik khas untuk dia seorang atas permintaan Hayden memandangkan itu hospital swasta.

Hayden duduk di atas kerusi bersebelahan katil Marissa. Pucat lesi wajah wanita itu.

"Ya Allah Marissa, aku tak sangka kau betul betul maksudkan apa yang kau cakap malam tu" Hayden meraup wajahnya.

Teringat malam yang wanita itu memintanya untuk temankannya makan, Marissa ada beberapa kali menyebut tentang mati. Tak sangka gadis itu betul betul maksudkannya.

"aku sayang kau sangat sangat Marissa, kau tahu rasa nak tercabut jantung aku ni bila Melissa call  aku nangis nangis cakap kau tak sedarkan diri. Aku tak sangka kau betul betul nak tarik nyawa kau sendiri Marissa Diana" kepalanya disembamkan ke atas tilam yang Marissa huni sekarang. Tahu tahu sahaja dia dah terlelap.

Kepenatan bekerja bergabung menjadi satu dengan penat melawan perasaan buat badan dia jadi mudah penat. Membuatkan dia tertidur di sebelah Marissa yang masih belum sedarkan diri

xxx
O

ktober 14, 2021

petition untuk pukul saya dibuka :D

Kerana Dia [on editting]Where stories live. Discover now