5

1.4K 189 23
                                    

"Kakak, Mel tak keluar jogging harini tau

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kakak, Mel tak keluar jogging harini tau. Rasa tak sedap badan" Marissa yang sedang baring terus terduduk.

"kenapa Mel? rasa nak demam ke?" Melissa berjalan sambil mengheret begnya di lantai. Punggung dihenyak ke atas katil dan melabuhkan kepalanya di paha Marissa.

Tangan Marissa membelai lembut kepala adiknya. Tidak semena mena tangisan Melissa dilepaskan.

"Mel kenapa ni? ada orang buli Mel ke?" Melissa menggeleng kepala di perut Marissa.

Sesak rasa dadanya bila Melissa yang sentiasa ceria, banyak mulut ni tiba tiba menangis di pahanya. Kebiasaanya, Melissa yang memujuknya tetapi tidak hari ini.

"takde apa pun, Mel stress je cikgu tolak kerja kursus Mel" Melissa menolak tangan kakaknya dan bangun dari katil itu. Belakang tangan dibawa ke pipi mengelak air mata.

"Mel masuk bilik dulu, nak rehat" dan setelah itu terdengar bunyi pintu terkatup. Tahulah dia Melissa sudah tiada di situ.

Nafas berat dihembus. Kalaula situasi dia sekarang seperti orang lain, memang akan dibantu Melissa membuat kerja kursusnya itu. Tapi dia buta, makan pakainya juga diurus orang, dia nak tolong orang lain? kena mati hidup semula la jawapannya.

° 𐐪𐑂 ♡ 𐐪𐑂

"Hayden?"  berus catnya diletak di atas meja.

"mana kau dapat nombor aku ni? kau stalk aku ke jantan?" suaranya agak tinggi sedikit. Terkejut. Siapa je tak terkejut tiba tiba ada nombor yang tidak dikenali menelefonnya dan tahu nama penuh dia!

"eh takde maknanya la aku nak stalk budak sekolah macam kau. Not my taste! kalau kakak kau logik la juga aku stalk" Melissa juling mata ke atas. Badan disandarkan ke kerusi belajarnya. Sekarang dah pukul 9 malam, dia tengah menyiapkan kerja kursus seninya tadi.

"kakak cantik kau mana? aku nak borak dengan dia bukan dengan budak budak"

"dahtu? kau call la dia kenapa call aku? gila dah ke" terdengar lelaki itu mendengus sebelum gelakkan dia. Lah dah kenapa gelak? betul betul gila agaknya

"kalau aku ada number  dia takdenya la aku call  kau" Melissa merengus sebelum berlalu ke bilik Marissa.

"kejap la, tunggu" pintu bilik diketuk dan dia masuk setelah Marissa memberi kebenaran.

"orang gila nak cakap, nah" telefon diletakkan di tangan Marissa yang sedang berbaring di atas katil lengkap bertelekung. Baru siap solat mungkin.

"siapa?" Marissa mengerut dahi

"siapa lagi yang akak bagi number  Mel? pakwe ko la si Hayden" Marissa memukul Melissa perlahan. Pakwe pakwe jadi pakwe dia baru tahu!

"call elok elok jangan nakal nakal tau kakak" pesan Melissa sebelum keluar dari bilik tersebut sambil menghamburkan gelak.

"hello?"

"ooo pakwe eh?" Terus merah muka Marissa. Dia dengar?!?! rasanya tadi cakap perlahan dah.

"Assalamualaikum sugar, aku rindu kau" gila direct mamat ni?!?! Marissa senyum kekok

"erm..waalaikumussalam"

"sugar don't you miss me?  dah tiga hari kau tak datang taman. Kau sakit ke? dah makan ubat?" bertubi tubi soalan diajukan. Marissa menggaru keningnya.

"Mel sibuk sikit bulan ni jadi saya jarangla keluar. Awak dah makan?" dia pula menyoal.

"dah, gembira siap menyanyi lagi perut saya umi masak sedap sangat" Hayden mengusap perutnya yang sedikit membukit. Ada ayam merah dengan masak lemak rebung! Marissa gelak kecil. Ada ada je orang tua ni

"kau bila pulak nak buat perut aku menyanyi sugar?"

"macam mana saya nak kasi perut awak nyanyi kalau kita jumpa pun jarang" Marissa juling mata ke atas.

"kahwinla dengan aku"

-
Sept 27, 2021

Kerana Dia [on editting]Where stories live. Discover now