21

1.1K 102 6
                                    

"kenapa tidur bilik bawah ni hmm ?" Hayden menyandarkan tepi tubuhnya di pintu, matanya memandang Marissa yang berada di dalam bilik tetamu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"kenapa tidur bilik bawah ni hmm ?" Hayden menyandarkan tepi tubuhnya di pintu, matanya memandang Marissa yang berada di dalam bilik tetamu.

"saja" jawab Marissa ringkas. Tangannya memeluk erat hot pad di perut. Badan di pusing ke kiri dan kanan mencari posisi yang selesa.

"kau tengah cramp ke ?" soal Hayden sebelum badannya dibawa ke katil. Dia duduk di sisi katil memandang Marissa yang sedang meringkuk seperti udang.

"hmm" Marissa bergumam. Tangannya bergerak gerak meletakkan hot pad di atas rahim dan pinggangnya bergilir.

Hayden melabuhkan tubuhnya di sebelah Marissa yang membelakanginya. Tangan diselitkan dan diletakkan di atas rahim wanita itu sebelum diurut perlahan.

"awak buat apa ni Hayden ?"

"buat apa ?" Marissa memegang tangan lelaki itu dari terus mengurut perutnya. Hayden menepis perlahan dan sambung mengurut.

"Hayden-"

"isteri aku sakit, aku tolong apa yang aku boleh tolong. Lagipun nanti rahim ni jugala yang bakal anak anak kita membesar nanti" Marissa terkedu. anak ? Hayden nak ada anak dengan dia ? si buta ni ?

"awak nak anak ?" soalnya polos. Marissa masih membelakanginya.

"shushh rehat. Kau tu sakit " tangannya tidak berhenti dari mengurut pinggang dan perut isterinya. Mulut ditutup ketika menguap.

"awak pergi la tidur atas. Esok kerja kan, saya okay je " Hayden diam tidak menjawab sebaliknya pelukan semakin dieratkan. Kepalanya disembamkan ke leher gadis itu. Bau lavender, wangi.

"Hayden bangunla pergi tidur dekat atas" gesak Marissa lagi. Dia bukan mahu menghalau, tetapi esok Hayden kena pergi pejabat awal awal pagi. Nanti kan mengantuk apa pun tak jalan !

"tidur sugar" tangan Hayden naik menutup mata Marissa. Menyuruhnya tidur. Marissa mengeluh sebelum tubuhnya dipalingkan agar menghadap lelaki itu. Tangan naik memeluk pinggang lelaki tersebut dan kepala seperti biasa disandarkan di dada bidang Hayden

Hayden mengeratkan pelukan sebelum masing masing terlelap. Sakit period painnya juga sedikit berkurang. Berkat urutan suami agaknya. Marissa mengukirkan senyuman dalam diam. Suka !

° 𐐪𐑂 ♡ 𐐪𐑂

"haih encik Luth, tersengih sengih dari tadi ni teringatkan bini ke tu ?" riak wajah Hayden terus berubah selepas ditegur sahabatnya itu.

"kau memang tak reti nak ketuk pintu dulu ke ? nak aku ajar ?" Audi menjuling mata ke atas. Kerusi di hadapan meja Hayden ditarik sebelum dilabuhkan punggungnya.

"nah, sama sama" sampul surat coklat dilempar ke atas meja Hayden. Hayden mengangkat sebelah keningnya sebelum mengambil sampul surat tersebut. Isi dalam diperiksa sebelum kedua tepi bibirnya naik ke atas.

"laju buat kerja, ni yang aku suka" katanya sambil memasukkan semula isi sampul surat tadi ke dalam sampulnya.

"of course, this is Audi Aathif kut" Audi mengangkat bakul. Hayden membuat muka. Ni menyampah ni, puji sikit terus kembang.

"Marissa macam mana ? dia tahu tak kau buat semua ni ?" Hayden mengangkat keningnya. Kepala digeleng beberapa kali.

"tu la aku ingat nak bagitahu la esok lusa ke ? tak tahu lagi. Aku harap dia setuju je la, tak membantah" Audi mengangguk beberapa kali.

"jangan tak bagitahu pula, kan mati terkejut bini kau tu japgi" Hayden tergelak kecil. Gila ke ?

"iya mestila aku beritahu, benda ni melibatkan diri dia kut. Takkanla aku yang kena control ? aku tolong mana yang mampu as her 'husband' je" tangan dibawa silang ke dada.

"iyala kalau bab kahwin kahwin ni aku tak boleh ulas lebih la. Ambikla menang menang" Hayden gelak. Haih tak cakap apa apa pun tiba tiba dah menang ? Audi dah menarik muka.

"ni malam ni kau join futsal tak ? dah lama kau tak join tournament, budak budak ni dah bising" Audi menukar topik.

"sorry do malam ni tak boleh. Aku dah janji dengan Marissa nak bawa dia dinner" Hayden menayang gigi, rasa bersalah. Sejak dia dah mendirikan rumah tangga ni, jarang sekali dia keluar malam untuk bermain futsal.

"haih lovey dovey sangat ! dahla kau"

"Jealous cakapla !"

"takde maknanya la. Single is better you know ? senang nak pergi mana mana tak payah fikir orang lain" Audi menyilangkan kakinya.

"lah koyak pula dah" provok Hayden

"kepala hotak kau !" Hayden bantai gelakkan sahabatnya. Suka betul melihat wajah merah tidak puas hati Audi itu. Kalau pergi lumba ni, memang Audi merah ni la yang menang !

xx

i'm sorry
Sept 2, 2022

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 02, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Kerana Dia [on editting]Where stories live. Discover now