11

1.2K 155 28
                                    

"jom pergi Batam, kita kahwin sekarang"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"jom pergi Batam, kita kahwin sekarang"

"gila ke ?!" Marissa merentap lengannya dari dipegang Hayden.

"dahtu duduk sini diam diam. Kalau tak memang aku bawak kau pergi batam" Marissa menjeling Hayden. Geram !

"aku pergi dulu. Sokong aku tau baru semangat aku nak main. Mana tahu dengar suara kau boleh buat team  aku menang malam ni"

"apa apa jela pergila main cepat" halau Marissa.

"ooo halau aku eh. Apa apa pun mesti kau rindu pickupline  aku kan? sorry  aku dah takde idea sebab kau asyik bermain dalam fikiran aku. Bye, pergi dulu !" Hayden terus memboloskan diri di sebalik jaring memasuki court  futsal.

"eyy Hayden !" bentak Marissa. Suka sangat buat dia blushing. Perlahan lahan bibir itu menguakkan senyum tapi segera dia menggelengkan kepala.

Lama dia duduk bersendirian di situ. Ada juga beberapa lelaki yang datang menegur tapi dia ikutkan pesanan Hayden tadi, jadi dia hanya diam tidak membalas teguran mereka. Kadang kala terdengar juga suara Hayden menjerit meminta bola dan memberi arahan kepada pasukannya.

Membayangkan suara Hayden membuatkan dia tersenyum kecil. Pipi dah memerah. Dia cair. Belum dibayang lagi wajah lelaki itu yang penuh dengan peluh. Hujung rambutnya yang melekat di dahi. Ya Allah kuatkan imanku !

"Marissa !" jeritan Hayden memanggil namanya membuatkan dia mengangkat kepala. Dia tak tahu dimana keberadaan lelaki itu, jadi diangkat sahaja kepala.

"pandang aku la! pandang lantai tu buat apa! aku dah rindu!" jerit Hayden lagi. Eyhh tak malu ke dia ni? terdengar beberapa rakan Hayden bersiul mengusik.

"hey sugar,  aku cakap sorak untuk aku kan? mana suara kau? kalau aku kalah kau nak tanggung ke?" tutur Hayden tepat di hadapan mukanya. Marissa tersentak. Terkejut tahu tak!

"saya malu la. Takkan saya nak menjerit dekat sini, kan ramai lelaki tu" terasa deruan nafas lelaki itu di hadapan mukanya.

"lahh malu ke. Sini la bisik dekat telinga aku" jari ditunjukkan ke telinga. Marissa ke hadapankan sedikit kepalanya agar lebih dekat dengan telinga lelaki itu.

"goodluck  Hayden" bisiknya perlahan.

"ARGHHH YA ALLAHH HATIKU YA ALLAH" Hayden merebahkan diri ke lantai court  itu dengan kedua belah tangannya dilekapkan ke dadanya. Badan digerakkan ke kiri dan kanan.

Marissa menutup muka dengan kedua belah tangannya, malu apabila rakan rakan Hayden semakin kuat mengusik mereka.

"sabar ya sugar  tunggu lagi dua minggu kita kahwin. Eyhh tak sabarnya aku!" Hayden lari memasuki court  futsal semula meninggalkan Marissa di bangku itu keseorangan semula.

"sikit lagi sugar  nak habis, lagi 20 minit ! Lepasni kita sambung dating !" jerit Hayden sebelum wisel dibunyikan.

"hai" sapaan seorang wanita disebelah mengalihkan pandangannya. Marissa membalas semula sapaan wanita itu. Tangan yang dihulur wanita itu tidak disambut.

"teman kawan?" Marissa angguk mengiyakan.

"awak pula teman siapa?" tanya Marissa pula

"suami" mulutnya membentuk o kecil.

"namanya Luthfi, satu geng dengan si Luth tu. Dua dua jenis kepala masuk air" cerita wanita itu lagi. Marissa hanya mengangguk faham.

"eh namanya siapa ? lupa pula nak bertanya. Nama saya Mawar" tanya wanita bernama Mawar itu.

"Marissa. Maaf kalau awak ada hulur apa apa tadi saya tak sambut, saya buta" terang Marissa. Jelas terkejut muka Mawar. Matanya sedikit membulat.

"ahh takpe saya faham" Marissa membalas dengan senyuman tawar.

"lama dah ke kenal dengan Luth? seingat saya la kan si Luth ni kalau orang nak bercerita hal perempuan mesti dia yang terpaling cepat nak ubah topik. Tak berminat katanya. Itu yang saya terkejut bila tengok Luth mesra betul dengan Rissa tadi. Siap ajak kahwin tak tahan tu" Mawar ketawa kecil.

"tak lama pun awak, Tak sampai setahun lagi" Marissa sengih.

"oooo untung Marissa dapat Luth. Bukan apa, Luth tu baik budaknya. Dulu masa suami Mawar si Luthfi tu kena tuduh seleweng duit syarikat, Luth la yang bantu buktikan suami saya tak bersalah. Selamatkan kami daripada hilang punca utama pendapatan kami" ramah Mawar bercerita.

"bagusla kalau Luth betul betul serius nak kahwin dengan awak. Lepasla satu masalah dia" sambung Mawar lagi. Berkerut dahi Marissa mendengar. Apa kaitan dia dengan masalah Hayden?

"kenapa Mawar ?" soalnya

"Luth tu orang dah cop dia gay,  Marissa. Sebabnya perangai dia yang memang  tak mahu langsung pandang perempuan. Kalau dia betul betul nak nikah dengan Rissa baguslah, itu bukti yang Luth itu masih dijalan yang lurus" terang Mawar. Bersinar mata Marissa mendengar cerita Mawar. Betul ke?

"betul ke awak? macam tak percaya je"

"ya Allah betul Marissa. Ada satu time tu, ni suami saya ceritala. Dia orang yang satu team  dengan Luth semua nak buang Luth dari join  kumpulan dia orang. Sebabnya dia orang risau yang Luth tu suka salah seorang daripada team  dia orang. Tapi tak tahula macam mana boleh berbaik semula. Tapi Alhamdulillah la kan" Mawar mengambil air dan diteguk sedikit. Membasahkan tekaknya yang kering dek terlalu banyak bercakap. Marissa hanya mengangguk faham.

sampai macam tu sekali ke Hayden kena? Tapi lelaki itu mulutnya manis macam dah berpengalaman. Takkanla tak pernah ada girlfriend , kan?

"haa habis pun game. Seronok dapat berbual dengan Rissa.  Mawar pergi dulu ya. Luthfi dah panggil" Marissa hanya mengangguk dan melambai ke arah Mawar.

Tak lama kemudian terasa seseorang duduk di sebelahnya. Bau sahaja dah tahu itu Hayden. Botol air mineral disebelahnya dicapai dan dihulurkan ke Hayden. Hayden mengambil dan terus meneguk rakus. Air yang meleleh di jawline  dibiarkan tidak dilap.

"borak apa je tadi dengan Mawar?" tuala di tangan Marissa diambil dan dilap peluh dimuka dan lehernya. Panas!

"takde apa" balas Marissa ringkas. Hayden mengangguk faham.

"kau duduk sini kejap boleh? aku nak pergi mandi kejap lepastu nak solat isya'. Kau cuti kan" Marissa mengangguk sambil kepala menunduk kepala ke bawah. Hayden tahu dia bendera merah, perempuan mana je tak malu?

"saya nak duduk dalam kereta boleh? bosanla duduk sini" kepala diangkat.

"boleh sayang. Kejap aku kemas barang dulu" Marissa bangun dari duduknya. Blazer Hayden tadi dipeluk di dadanya.

"jom" Tongkat Marissa ditarik dan dibawa ke kereta. Enjin kereta dihidupkan.

"kunci kereta tau. Tekan sini, bila aku datang balik baru buka" lengan Marissa diangkat dan menunjukkan punat lock  di sebelah radio.

"okay" balasnya ringkas.

"kejap tau. Aku pergi solat dulu" Pintu kereta terus dikunci setelah ditutup oleh Hayden. Badan disandarkan ke kerusi itu sebelum nafas berat dilepaskan.

_

Oktober 13, 2021

Kerana Dia [on editting]Where stories live. Discover now