12

1.3K 156 12
                                    

Hayden menghentikan kereta tepat di hadapan kediaman Marissa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hayden menghentikan kereta tepat di hadapan kediaman Marissa. Brek tangan diambil dan dia cepat cepat keluar untuk membantu Marissa masuk ke dalam rumah.

Tongkat lipat gadis itu dibuka. Beg tangan gadis itu juga diambil dan disangkut ke bahu Marissa.

"Thanks  sudi keluar dengan aku malam ni. Aku hargai sangat" tutur Hayden lembut.

"dah kena paksa memang la saya kena ikut" Marissa membuat muka. Hayden dah menghamburkan gelak. Betulla tu, dia tak pernah mengajak tapi terus datang menjemput Marissa di rumah.

"haa dah dahla tu berasmara dana dekat depan tu. Tak cukup lagi ke dah buat dosa keluar berdua tadi?" sampuk Melissa di hadapan pintu rumah. Badannya di sandarkan ke pintu dengan tangan disilang ke dada.

"eh eh budak kau jealous  kan tak dapat ikut" ejek Hayden.

"takde masa !" Jerit Melissa. Marissa tergelak kecil. Dua orang ni setiap kali jumpa tak pernah kalau tak lawan mulut. Ada je yang nak digaduhkan. Macam anjing dengan kucing !

"saya masuk dulu Hayden. Terima kasih belanja saya makan tadi, sedap" kata Marissa sambil tersenyum. Hayden yang memandang Melissa mengalihkan pandangan ke arah wanita cantik di depannya.

"sama - sama. Lain kali kita pergi lagi. Beritahu je aku kalau rasa nak makan dekat situ lagi. There will always have a free slot for you. No limit" balas Hayden. Marissa hanya tersenyum dan mula berjalan masuk ke dalam rumah dibantu Melissa.

"eh budak sini sekejap"panggil Hayden sebaik sahaja Marissa sudah masuk ke dalam rumah. Melissa berhenti melangkah dan memandang Hayden semula. Nak apa pulak ni.

"sini la" panggil Hayden lagi. Melissa membuat muka dan menyarung selipar berjalan ke arah Hayden yang berada di depan pagar rumahnya.

"haa nak apa lagi?" tanyanya datar.

"kakak kau memang tiada telefon ke?" Melissa mengerut dahi.

"adala. Takkan la tiada. Zaman sekarang ni kan memang telefon tu satu keperluan. Apa kau ni" Pinggang dicekak.

"bagi aku number  dia, haritu aku tanya, dia kata dia memang tak guna telefon. Jadi dia kasi number  kau dekat aku instead"  jelas Hayden sambil menghulurkan telefon bimbitnya. Melissa hanya mengangguk.

"memang pun. Kakak tak guna sangat telefon dia, banyak guna Ipad,  telefon tu dah berhabuk dah dalam laci meja dia" Melissa mengambil telefon yang dihulurkan lalu memasukkan nombor telefon Marissa ke dalam telefon itu. Gadjet itu diserahkan semula.

"oh satu lagi budak"

"aku ada nama Hayden, Nur Melissa, bukan budak" Melissa mengetap gigi. Geram lelaki itu suka memanggilnya budak. Dia dah besar la! Hayden tergelak.

"iyala budak. Kau pun jangan panggil aku Hayden, panggil aku 'Abang Luth'. Hayden is for my speacial person only, which is your sister not you little kid. Pangkat kau tu just my future sister in law"  Kata kata Hayden membuatkan Melissa membulat mata.

"kau nak kahwin dengan kakak?" soalnya. Hayden mengangguk yakin.

"kau serius ke ni?" Hayden mengangguk lagi.

"betulla abang dah minta parents  abang hantar rombongan meminang hujung minggu depan. Tolong pujuk kakak terima abang ya" erk...abang...

"euw abang, rasa nak muntah. Euw euwww geli la" Melissa membuat gaya seperti mahu muntah.

"nanti lepas aku dah kahwin dengan kakak kau, abang juga yang kau guna untuk panggil aku, raklu" Hayden mengangkat tangan dan terus memasuki perut keretanya dan berlalu pergi.

Melissa menjuling mata ke atas dan terus masuk ke dalam rumah.

"Assalamualaikum, Luth dah balik" salam diberikan.

"waalaikumussalam" encik Basyar yang sedang menonton televisyen menjawab salam. Hayden merebahkan badannya ke atas sofa bersebelahan bapanya.

"ke mana tadi? futsal lagi?" Hayden sengih sambil tangan menggaru belakang kepala.

"dah makan?" tanya encik Basyar lagi.

"dah abah, makan dengan kawan tadi lepas maghrib" ngaku Hayden.

"mama beritahu abah Luth tergesa gesa keluar petang tadi. Pergi mana?" aduhh kantoi ! mama ni susah betul nak tutup mulut

"tak ke mana pun abah, pergi jumpa kawan je. Dah lambat itu yang tergesa gesa tu" encik Basyar memandang Hayden dengan mata yang dikecilkan. Alamak abah tahu ke?

"yela yela Luth ajak bakal menantu abah pergi dinner  tadi" jujur Hayden. Bersinar mata tua itu memandangnya.

"iya?! takde gambar ke Luth? mama nak tengok juga bakal menantu mama ni" sampuk Puan Adiba dari tangga. Kaki cepat cepat dibawa ke sofa dan duduk di sebelah suaminya.

"ada ada. Cantik ma, abah orangnya. Sejuk mata memandang" Hayden mengeluarkan telefonnya dari poket seluar track  yang dipakainya. Galeri fail 'Marissa' dibelek, mencari gambar yang sesuai. Banyak gambar Marissa yang ditangkap curi curi tanpa kesedaran gadis itu.

Telefon dihulurkan ke orang tuanya. Puan Adiba mengambil telefon itu dan membelek belek gambar Marissa itu dengan suaminya di sebelah.

"eh ini anak kawan mama yang mama minta Luth hantarkan makanan 2 hari lepas, kan? anaknya Alissa" tanya puan Adiba. Hayden mengangguk pantas.

"iya iyaa. Nasib baik mama minta Luth hantarkan makanan ke sana. Lama dah Luth cari dia, rupa rupanya satu taman je" Hayden bercerita. Senyuman tak lekang dari bibir merahnya.

"dia buta kan mamanya" soal encik Basyar. Puan Adiba mengangguk dengan senyuman pahit.

"iya lama dah butanya. Dah dekat 7 tahun jugak rasanya. Masa dia form 5, kena buli dengan kawan sekelas dia beberapa hari sebelum SPM. Itu apa yang Alissa cerita pada saya la" mendung wajah Puan Adiba bercerita. Hayden pula tekun mendengar. Dia tidak pernah tahu dan tidak pernah tanya punca gadis itu menjadi buta. Tidak mahu gadis itu berasa tidak selesanya dengannya.

"kena buli ? ya Allah kesiannya" encik Basyar memandang anak terunanya. Hayden bagai hanyut dalam dunianya sendiri.

"abah, mama, kita hantar rombongan meminang minggu ni boleh? lagi cepat lagi bagus kan?" cadang Hayden. Dalam kepalanya hanga ingin cepat cepat jadikan Marissa halal untuknya. 

"Luth dah bagitahu parents  dia yang Luth nak hantar rombongan meminang hujung minggu depan, dia orang dah bagi green light. So  mama dengan abah tak boleh bantah cumanya kita awalkan hari sabtu ni boleh? tak pun ahad?" terkejut encik Basyar dan puan Adiba dengan permintaan Hayden itu. Gila tak terkejut, tiba tiba betul ni.

"sempat ke nak prepare  Luth? harini dah hari selasa tau. Manakan sempat nak beli cincin semua tu" risau betul dengan Hayden ni. Suka buat keputusan melulu, tak fikir orang lain langsung. Janji dia dapat apa yang dia nak.

"sempat ma, takpe Luth ambil la cuti sehari dua. Lepastu kita siapkan terus barang barangnya, boleh?" nampak kesungguhan dia mata seorang Luth Hayden. Puan Adiba melepaskan nafas sedikit kuat.

"iyalah. Nanti bagitahu keluarga pihak perempuan kita datang meminang hujung minggu ni" lebar terus senyuman Hayden. Kepala dijatuhkan beberapa kali. Tak sabar !

_

Oktober 13, 2021

Kerana Dia [on editting]Where stories live. Discover now