20

1.3K 112 51
                                    

"saya cakap nak air sejuk bukan suamla !"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"saya cakap nak air sejuk bukan suamla !"

"ni bukan cadbury hazelnut !"

"saya cakap beli dekat kedai mak cik hasanah depan tu kan, ni awak beli dekat mana ? tak sedap !"

"saya dah tak nak makan sekarang, letak bawah tudung saji nanti saya makan"

Hayden menutup pintu bilik sebelum melepas keluhan. Susah betul jaga perempuan mood swing ni ya.

"haih abang ipar, baru sikit dah mengeluh ? cepat betul mengalahnya" tegur Melissa yang berada di dapur.

"bukan mengalah, stres !" Hayden meletakkan ayam gunting yang dibelinya tadi di bawah tudung saji.

"biasa perempuan nak period, layan jela. Goodluck" Melissa memberi kata semangat sebelum keluar dari kawasan dapur itu.

Hayden melabuhkan duduknya di kerusi makan melepaskan lelahnya. Nasib baik harini cuti takdela penat mana nak melayan karenah si isteri.

"Luth buat apa dekat dapur tu ? tak panas ke ?" tegur encik Ibrahim yang baru sahaja tiba di kawasan dapur itu. Mesin coway didekati untuk menghilangkan dahaganya.

"saja duduk sini kejap babah, tadi Marissa mengidam ayam gunting, tapi tak nak makan pula. Itu yang ada dekat dapur ni, nak simpan bawah saji ni ha" encik Ibrahim mengangguk faham sebelum menyalakan suis kipas dan duduk di hadapan menantunya.

"Luth tak bercadang nak bawa Marissa pergi honeymoon ke ? manala tahu babah dapat cucu" encik Ibrahim tergelak kecil di hujung ayatnya.

"bukan tak nak babah, cumanya Marissa yang tak nak pergi. Luth tak nak paksa dia" Jelasnya. Marissa pernah mengatakan yang dia tak mahu bercuti, sebab baginya bercuti itu hanya membuang masanya. Bukan dia nampak apa pun, sekadar gelap lebih baik dia duduk di rumah.

too many negative thought

"oh babah, Luth minta izin bawak Marissa balik rumah mama minggu depan ya ?"

"tak perlu minta izin Luth, itu keluarga Luth. Mertuanya si Marissa, pergi je. Babah izinkan" Hayden tersenyum kecil. Ah, rindunya rumah !

° 𐐪𐑂 ♡ 𐐪𐑂

"awak marah saya ke Hayden ?" belum sempat pintu ditutup, Marissa terus menembak dengan soalan. Hayden menggaru keningnya. Ni dah kenapa pula ni.

"kenapa aku nak marah pula ?" soalnya kembali. Langkah dibawa menuju ke arah Marissa yang sedang duduk di birai katil.

"lepas saya suruh awak simpan ayam gunting tadi awak terus tak naik naik. Ni sekarang awak baru naik. Saya menyusahkan awak ke ? sebab tu awak rasa annoying lepastu ---"

"kau cakap apa ni sugar ? aku borak dengan babah dekat bawah tadi sebab tu aku tak naik terus" belum sempat Marissa menghabiskan ayatnya, Hayden sudah memotong.

"awak tak marah saya ?" soalnya lagi. Persis anak anak kecil. Hayden tersenyum kecil sebelum kedua belah tangan Marissa diambil dan digenggam.

"kenapa aku nak marah ? kau isteri aku Marissa. Isteri aku yang sah. My one and only wife. Bidadari aku. Keperluan kau, kehendak kau semua aku perlu sediakan. So what's the point for me to get mad at you ? kalau aku tak nak buat semua ni, dari awal lagi aku tak nak kahwin dengan kau, sayang" pujuk Hayden lembut.

"tapi saya buta" terdengar sedikit getaran dalam suara gadis itu.

"jadi ?"

"saya tak sempurna Hayden. Kenapa awak pilih saya dalam banyak banyak perempuan cantik yang lain, yang boleh nampak, yang boleh jalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri untuk awak ?"

"that's not what we discuss about, sugar" dicium kedua belah mata isterinya sekilas. Ditarik tubuh kecil gadis itu masuk ke dalam pelukannya.

"but still--"

"shh diam. Aku tak nak dengar apa apa. Sekarang tidur dah lewat ni" pelukan dileraikan. Dahi licin gadis itu dicium lama sebelum menolak tubuh itu baring. Duvet ditarik sehingga ke paras dada gadis itu.

"awak tidurla sekali" Marissa menahan tangan Hayden yang sedang menarik duvetnya. Hayden ketawa kecil

"iya Marissa, sabar. Aku nak tutup lampu" tangan Hayden dilepaskan membiarkan lelaki itu pergi menutup suis lampu dan membetulkan suhu penghawa dingin. Mukanya memerah, malu.

Terasa bahagian tilam sebelahnya melendut, Marissa menggerakkan badannya ke Hayden sebelum tubuh suaminya dipeluk. Habit.

"kenapa tak buka baju ?" terangkat kening Hayden mendengar soalan cepumas isterinya. Bibir menguak senyuman nakal.

"sejuk" balasnya ringkas. Marissa berdecit perlahan dan mencebik bibirnya.

"selimut kan ada" katanya perlahan. Hayden tahan gelak. Bukan dia tak tahu sejak mereka berkahwin Marissa tidak pernah tidur tanpa memeluk badannya, his naked body.

"haa ? apa dia sugar ?" sengaja buat buat tak dengar. Marissa menggeleng kepala beberapa kali dan menyembamkan muka di dada Hayden.

"takde apa, saya mengantuk. Selamat malam" balasnya perlahan sebelum perlahan lahan dibuai mimpi.

"good night sugar, sleep tight"

xx

welcome back to school kid <33

1 April, 2022

Kerana Dia [on editting]Where stories live. Discover now