Bab 2

216 54 9
                                    

Eiyra Natasya's POV

    Kereta milik ayahku akhirnya berhenti didepan kawasan rumah nenekku.

Aku mula mencabut earphone yang tersumbat didalam telingaku.
Ayahku dan ibu ku keluar dari kereta dan mengambil beg serta barang untuk dibawa keluar.
Usai saja aku keluar bersama dengan barang dari kereta, angin kampung yang sejuk menerjah wajahku yang putih mulus ini. Okey puji diri sekejap.

   "Assalamualaikum. Umi!" panggil ayahku memanggil nenek.

Mungkin pendengaran nenek semakin menurun akibat umur tua. Yeah i guess.

   "Waalaikumussalam. Eh Erfan, cepatnya sampai?" jawab nenek yang datang dari rumahnya.

Aku menghulurkan salam. Terbit satu senyuman manis untuk nenek. Eh ikhlas lah! Takde palsu-palsu.

   "Makin cantik Ira, ni mana Eydan?"

Aku menunjukkan ke arah kereta. Terdapat anak pungut yang pemalas itu.
Eh siapa lagi?

   "Dia memang camtu, Umi. Naura pun geram pulak tengok dia." sampuk ibu ku.

Nenek hanya angguk. Ya dia faham. Anak pungut memang macam tu.

Kakiku menuju masuk ke dalam rumah nenek sambil menjinjing beg dan barangku.

Oh ni aku nak cerita pasal nenek. Nama nenek, Edah. Nenek ada dua orang anak, anak sulung ialah ayahku. Adik dia pulak Mak Cik Erin. Selalunya Mak Cik Erin yang jenguk nenek tapi kali ni, dia kata dia sibuk so alang-alang ayahku yang jenguk sambil....

Sambil tunggu aku masuk kem fasilitator tu. Huhuu, tak nak masuk. Kalau aku berkata macam tu, nanti hati nenek sakit. Lepastu mungkin orang kampung akan mengata aku ni budak bandar yang tak sedar diri asal kampung. Biasalah mulut makcik-makcik bawang.

Lagipun, ayah aku tu yang anjurkan kem fasilitator tu. Mestilah kena jaga nama ayah. Aku kan anak yang baik, yang cantik, yang comel dari Hara.

Eh tiber pulak sebut nama dia. Oh lupa pulak aku nak call dia. Apa yang dia buat sekarang? Sendu sebab single?

Aku mahu mengambil telefon tapi badanku dilanggar oleh seseorang.

BUK!

Shit.

Screen handphone aku! Pecah vavi.
Aku mula mendengus sambil mengambil telefon yang terjatuh tadi.

Kejap. Siapa orang tu? Sumpah memang nak kena.

Aku mula mendongak kerana mahu melihat wajah durjana yang membuatkan telefon aku hampir nazak.

Hensem. Eh tak tak. Hensem lagi Tengku Adam. Eh Tengku Adam? Apasal sebut nama dia pula ni?

   "Eh sorry. Tadi aku kena pergi cepat ambil barang, " tegur lelaki tersebut.

Aku lantas mengambil telefon dan berdiri membetulkan baju aku.

   "Oh takpe. Sikit je ni. Skrin je pecah, nanti ganti baru." ujar ku memaafkannya.

Tahi. Aku langsung takkan memaafkannya wahai jejaka yang sedikit hensem. Engkau telah membuatkan telefon aku hampir nazak.

   "Again, i'm sorry. Aku nak cepat," katanya lagi.

Dia akhirnya meninggalkan aku terpinga-pinga di situ.

   "What? Camtu je dia pergi? Skrin mahal aku ni." Aku mulai merengek lagi sambil mengusap skrin telefon aku yang sedikit berdebu itu.

   "Kenapa? Si Adrian tu buat apa kat telefon Ira?"

Suara tua yang aku kenal bertanya. Nenek.
Aku menoleh dan memberikan senyuman pahit.

   "Tengok budak tu, nek. Habis pecah skrin Ira. Camne nak selfie-selfie gitu? " ngadu ku kepada nenek.

Aku menghayunkan lengan nenek tanda protes. Nenek hanya menggeleng.

   "Alah, biasalah. Budak tu lagi baru. Jangan cakap dia budak, dia tua 3 tahun dari Ira tau." ujar nenekku.

Aku mencebik. Cis. Tak dapat mengadu ni, bahaya.

  "Adrian ke nama orang tu nek? Nama macam budak bandar je, patutlah sombong suka langgar orang." kutuk aku sambil bermain dengan hujung baju ku.

Nenek mengangguk.

   "Tapi mana ada Adrian tu sombong. Elok je dia minta maaf kat kamu. Lagipun tadi nenek sendiri yang minta suruh dia ambilkan barang kat dapur. Biasalah, sibuk dengan kem fasilitator tu." Nenek segera menuju ke sofa yang berada di tepi pintu.

Aku baru teringat pasal kem tu. Alamak, kem tu bila ye? Ayah cakap hari ni balik, tapi tak tahu bila mula. Takkanlah Adrian yang berumur 20 tahun itu masuk sekali? Eh tak nak lah.

   "Ira, mana kamu? Ibu nak minta tolong kejap." panggil ibu dari luar rumah.

Aku cepat berlari kecil apabila mendengar panggilan dari ibu. Kalau tak pergi sekarang, habis pekak aku dengar bebelan ibu. Sadis.

Aku terlupa bahawa mahu bertanya khabar tentang Hara. Takpelah.

シ︎

Aku perhati je Adrian tu. Kadangkala dia tu boleh tahan jugak hensem ek?

   "Kau usha abang Adrian ek?" Eydan entah datang dari mana yang tak tahu malu itu terus duduk di sebelah aku.

   "Eh tak lah, tengah usha pakcik cleaner tu. Lagi hensem dari abang Adrian kau tu." bidasku.

Dah tahu, tanya lagi buat apa?

   "Eleh berdalih pulak. Cakap jelah kat abang Adrian yang kau suka dia kan? Mana tahu jodoh, kan Hara dan ibu kata mungkin jumpa jodoh kat kampung ni. Kan dah betul jumpa Adrian?" seloroh Eydan.

Aku mendecit. Kenapa aku tidak senang mendengar nama lelaki itu. Kalau nama Tengku Adam, takpelah juga.

   "Dah tiga orang aku dengar perkataan tu, kau, ibu dengan Hara. Aku tahulah jodoh aku nanti hensem tapi bukan dengan Adrian."

Eydan menghamburkan ketawa. Mulut dia ternganga sekali, kang lalat masuk baru tahu.

   "Mana tahu kalau ramai yang sebut, orang tu memang jodoh kau. Tapi takpe, abang Adrian baik. Kau tak nak, kau bagi Hara." Eydan terus berdiri dan menuju ke arah Adrian.

Geram pulak hati aku mendengarnya. Kalau boleh rasa nak lempang je kepala budak tu. Bagi pintar sikit.

Aku kembali mengelamun tentang kem fasilitator. Memang ada Adrian sekali ek masuk?

   "Orang bandar mana ni? Bukan ke orang bandar ni tak suka duduk kampung. Tapi kenapa ada kat sini?"

Suara yang paling aku benci. Sebab yang lain juga, aku benci duduk kampung sebab mulut Mak Cik Tipah.

Mak kepada Tasya.

Anak dia bukannya boleh percaya. Nak menyundal aje dengan lelaki bandar. Tak sedar lah tu anak dia lebih teruk.

   "Eh sombongnya orang bandar ni. Anak aku si Tasya tak sombong sangat macam Ira ni."bidas Mak Cik Tipah lalu mengambil tempat duduk didepan aku.

Malas pulak nak berdepan dengan orang tua ni. Aku hendak pergi tapi tak berdaya kerana mulut orang tua itu terus menerjahku.

   "Ala kau Ira, janganlah sombong sangat. Nanti banyak yang tak suka. Aku dengar ada budak bandar nama dia Adrian kan? Memang sesuai lah kalau dengan anak aku tu, si Tasya." seloroh Mak Cik Tipah memuji anaknya.

Aku? Aku lantas berdiri dan masuk ke dalam rumah. Kalau tak lari, nanti orang tua tu nazak sebab aku garang sangat. Jangan memain tau dengan Eiyra Natasya ni.

   "Eh si sombong tu. Dah lah tak cantik mana, sombong pulak tu. Ingin sangat nak bermenantukan Adrian," kutuk Mak Cik Tipah sambil memanggil nama ku.

Aku ni sabar je budaknya. Kalau terlepas, habis cerita. Nanti tak sempat taubat orang tua tu.

End of Eiyra Natasya's POV

ADRIAN : MAINAN MIMPIWhere stories live. Discover now