Bab 22

78 24 7
                                    

Bantal ditumbuk berkali-kali. Geram hatinya kerana perkara tadi terjadi. Sungguh dia bencikan perkara yang dia harapkan.

  "Semua salah cousin dia!"

Dada Hara turun naik apabila dia bernafas dengan tidak teratur. Kalau boleh, dia akan mati tapi macam mana dengan konflik nanti kalau dia mati?

Kenapa salah sepupu? Siapa dia? Kenapa dia tidak salahkan Hana yang mengambil kesempatan itu? Lah banyak tanya pula aku ni.

  "Kak-"

KLAK!

Tangan Hana terhenti memegang tombol pintu bilik Hara apabila dia melihat suasana di bilik kakaknya itu. Cermin pecah, bantal di sana-sini, barang bertaburan.

  "Wow.." dia terpesona apabila melihat barang kemas milik Hara yang berada di bawah katil itu.

Lantas Hara yang perasan dengan pandangan Hana itu terus mengambil barang kemas. Dalam marah-marah juga kena berhati-hati, takut barang berharga kita hilang. Haih...

   "Nak apa datang bilik orang?" tanya Hara setelah mengambil barang-barang berharganya itu.

   "Hana nak pulangkan balik beg Dior sebab Hana pilih Gucci je." Hana terus menghulurkan satu plastik kepada Hara.

Kepala Hara berhenti seketika. Blur. Sejak bila Hana menjadi baik? Bukan ke dua-dua tamak? Sumpah dia hairan.

   "Kau kenapa ni? Demam? Ke tengah rasuk hantu?" Seram dingin semacam udara di dalam bilik Hara itu.

   "Ha'ah, ada setan masuk dalam badan Hana pastu terus insaf." Loyar buruk.

Hara tersenyum sinis. Merepek apa kejadah? Terus saja Hara berdiri dan mendekati Hana.

Huluran Hana disambut dengan kasar. Malas dia nak berlembut bagai. Geram betul dengan perangai adiknya itu.

   "Sambut lah bagus-bagus sikit. Orang dah bagi baik-baik." Hana menjeling.

Lantas kakinya melangkah keluar dari bilik Hara. Hara hanya memerhati langkah Hana yang mencurigakan. Otaknya berfikir dengan lebih dalam.

Dia terus membuka plastik tersebut dan mendekatkan beg itu dengan wajahnya. Bau sesuatu yang tidak menyenangkan dari dalam beg itu terus masuk ke dalam hidung Hara.

  "Euww! WOI SETAN ! Air apa ni ? Geli siot..." Terus saja beg itu dilemparkan ke depan cerminnya itu.

Patutlah beria saja Hana memulangkan balik beg itu. Padahal memang ada air kencing kucing yang melekat.

Kucing mana lagi? Kucing milik Hana lah.

Si Encem.

Hana yang berada di bilik sebelah itu terus menghamburkan ketawa. Dia dapat mendengari jeritan kakaknya itu.

Sungguh seronok apabila mengusik. Boleh balas dendam, kan? Seronok-seronok pun, fikir juga dengan sekolah baru.

Cerita pasal sekolah baru ni, Hana berasa yakin bahawa tiada yang membuli dan mengganggunya. Buli? Cubalah kalau berani.

Siapa je tak kenal dengan Hana Syafiqah di sekolah lama? Semua yang mendengar nama itu, tidak berani membuat masalah dengan dia.

シ︎

"Ira!"

Eiyra hampir saja melatah apabila namanya dipanggil oleh ibunya. Lantas dia keluar dari bilik.

  "Ira!"

Ni pula sorang.

Yang mana satu kena dengar ni? Serabut kepala Eiyra mendengarnya. Dia berfikir kalau mengikuti apa yang ibu suruh, lebih baik daripada ikut Adrian.

ADRIAN : MAINAN MIMPIWhere stories live. Discover now