Bab 27

68 13 1
                                    

"Weh hahahaha best gila roller coaster ni !"

Adrian tersenyum lebar. Kalau Eiyra gembira, dia pun bahagia. Tak sia-sia dia paksa gadis itu mengikutinya untuk bermain permainan itu.

Adrian mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia tahu, kalau terlepas, nanti telefonnya jatuh ke bawah. Tengok lah tu betapa lajunya kereta macam ulat ni bergerak.

Tangannya sebelah kanan itu menggenggam erat telefon sambil tangan kiri itu sedang menangkap gambar Eiyra.

Tak kisahlah buruk ke apa ke, yang penting dia akan buat jadi kenangan. Lagipun, dia tak lama lagi akan berkahwin dengan gadis yang dia sangat sayangi.

  "Eiyra !" Adrian memanggil nama gadis itu.

Eiyra hanya mendengar samar-samar saja kerana angin yang kuat dan suara pengunjung terlalu bising sangat. Dia terus menoleh ke arah Adrian.

"I love you !" Adrian menjerit lagi.

Eiyra mengerutkan dahinya. Dia sama sekali tidak dapat mendengar kata-kata Adrian. Dia cakap apa tu raju?

   "Kau cakap apa?" tanya Eiyra dengan nyaringnya.

Adrian juga tidak dapat mendengar tetapi dia membalas kata-kata yang tidak jelas itu dengan satu senyuman manis di bibir.

"Saya sangat cintakan awak, Ira. Sangat-sangat," katanya perlahan.

Biarkan dia saja yang mendengar kata-kata itu. Ianya terlalu menyakitkan baginya tetapi dia berusaha untuk berfikiran positif.

Eiyra akan membalas cintanya, suatu hari nanti. Ya, dia akan pastikan suatu hari nanti itu berlaku. Cinta kali ini menjadi cinta terakhirnya.

シ︎

"Gila eh?"

Encik Erfan terus menarik kerusi lalu duduk di situ sambil mendengar perbualan antara ibu dan anak itu. Dia salah dengar ke tadi?

   "Mana ada Eydan gila. Betul lah, Eydan nak bertunang bukannya berkahwin," jawab lelaki itu.

Puan Naura masih lagi hairan. Anak lelakinya itu sungguh nampak lain hari ni. Dia nak bertunang dengan siapa pulak?

"Tunang dengan siapa? Umur baru 15, ada hati nak tunang. Pt3 nanti ibu nak tengok Eydan dapat berapa baru boleh bertunang," jelas Puan Naura.

Dia kembali menyambung mengupas kulit bawang itu. Dia menganggap bahawa Eydan hanya bermain-main dengan perkara ini.

Dia tahu Eydan ni akan berjaya dengan keputusan pt3 dia nanti. Malahan, dia berfikir Eydan bermain dan tidak meneruskan cadangan anak lelakinya itu bertunang.

   "Boleh, ibu. Kalau keputusan Eydan cemerlang nanti, ibu dengan ayah setuju eh dengan perkara ni?" Eydan tersenyum lebar.

Eleh, ujian tu kacang hijau jelah. Apa lah pt3 tu. Dia yakin nanti, keputusan pt3 dia akan cemerlang kerana masa ujian hari tu, dia dapat jawab.

Puan Naura dan Encik Erfan hanya mengangguk saja. Eydan ni bukan boleh percaya. Kalau bab-bab tunang ni, dia bukan boleh memikul tanggungjawab pun. Beri malu muka keluarga saja.

Dengan wajah yang bahagia, Eydan terus meningalkan ayah dan ibunya. Dia melangkah pergi menuju ke ruang tamu.

"Haih bertuah punya budak. Kecil-kecil gedik nak bertunang," ujar Puan Naura.

ADRIAN : MAINAN MIMPIWhere stories live. Discover now