Bab 38

77 18 1
                                    

"Saya pun fikir macam tu."

"Saya nak cakap sikit dengan Ahmad kejap." Puan Hanis meminta diri.

Puan Naura mengangguk. Dia melihat langkah Puan Hanis yang semakin jauh dari pandangannya. Kemudian itu, dia mengeluh.

   "Ibu, kenapa makcik Hanis datang?" soal Eiyra.

Puan Naura menoleh ke belakang. Kelihatan Eiyra yang baru saja keluar daripada bilik air. Gadis itu perlahan bergerak ke arahnya.

"Adrian nak balik," jawab ibunya.

Eiyra tersentak. Adrian nak balik tanpa pengetahuannya? Kenapa lelaki itu tidak memberitahu kepadanya? Bukankah dia adik angkat Adrian? Tidak layak kah dia?

   "Hari ni?" soal Eiyra.

Puan Naura mengangguk. Aksi itu membuat Eiyra semakin risau. Dia juga tidak tahu mengapa. Bila pandang muka Adrian, kadang menyampah, kadang tak.

Tapi hati dia tidak dapat menafikan bahawa dia tidak mahu Adrian pergi terlalu awal. Bukan kerana cinta, mungkin kerana sebagai abang angkat? Mungkin?

"Dah jom. Pergi berbual dengan makcik Hanis sebelum dia pulang. Jaga adab tau," kata Puan Naura.

Eiyra mengangguk faham. Dia terus berlalu mencari kelibat mama Adrian. Mana tahu berbincang tentang hal perempuan.

Selepas saja mencari kelibat Puan Hanis, dia terus mendekati wanita itu. Senyuman diukir sebelum menegur Puan Hanis.

   "Assalamualaikum aunty Hanis," tegur Eiyra.

Puan Hanis menoleh. Dia tersenyum apabila Eiyra menerpa pandangannya. Gadis itu tampak semakin dewasa dan juga cantik.

"Waalaikumussalam. Tadi Ira pergi mana?" soal Puan Hanis.

    "Toilet. Aunty tak nak duduk dulu ke?" Pelawa Eiyra.

"Oh haha yelah." Puan Hanis tertawa kecil.

Eiyra dan Puan Hanis berjalan beriringan menuju ke sofa. Penghuni yang lain pula sedang berbual di luar rumah. Hanya mereka berdua saja yang berada di sini.

     "Ibu cakap aunty datang sini nak jemput Adrian balik. Betul ke?" soal Eiyra.

"Ye. Kenapa?"

Eiyra menggeleng laju. Takut pula kalau Puan Hanis tersalah faham. Susah pula hendak menjawab soalan. Lebih-lebih lagi kalau Adrian perasan.

   "Takde lah. Cuma Ira tak tahu pula dia balik hari ni," kata Eiyra.

"Tak apa. Dia bukannya balik sekarang pun. Dalam beberapa jam nanti baru berangkat pulang," balas Puan Hanis.

Eiyra mengangguk faham. Beberapa jam lagi? Sedangkan beberapa hari pun dia rasa sekejap saja apatah lagi berjam-jam.

    "Hmm maafkan saya, aunty. Saya betul-betul tak boleh terima dia sebagai lebih dari kawan. Saya rasa macam tak serasi sebab berbeza pendapat. Maafkan saya, aunty." Eiyra meminta maaf.

Salah dia kerana memberikan harapan yang kadang-kadang pasti, kadang-kadang tak pasti. Susah untuk mengetahui tindakannya yang seterusnya.

   "Tak apa. Aunty faham. Lagipun korang kan tetap adik-beradik. Kalau bab-bab cinta ni, mana boleh paksa kan? Takde jodoh lah tu," balas Puan Hanis.

Wanita itu terlalu baik. Kalau mama orang lain, memang dah kena bebel dan marah sebab dah sakitkan hati anak bujang dia.

Mama Hanis baik.

  "Hmm mungkin jodoh dia lebih baik dari saya. Apa-apa pun, saya sekarang ni okey lah dah terima sepenuhnya yang dia tu abang angkat saya cuma.."

Kata Eiyra terhenti. Patut ke dia jujur saja tentang perasaannya yang sekejap itu sekejap ini? Dia sendiri pun tidak pasti.

"Cuma?" Puan Hanis tertunggu-tunggu.

Eiyra menggelengkan kepalanya. Lebih baik dia sorokkan hal ini daripada orang lain. Biar lah hanya dia saja yang tahu. Lambat-laun, pasti hati ini akan baik-baik saja.

   "Cuma, saya tertanya kenapa Adrian belajar kat Itali? Kenapa dia tak belajar kat tempat yang biasa saja? Contohnya Universiti Cambridge? Bukan ke dia pernah ada tawaran ke sana hari tu?" soal Eiyra. Dia menukar topik dan salam masa yang sama, dia juga ingin tahu.

"Oh, mama sendiri juga tak tahu. Tak tahu pula ada universiti kat Itali tapi mama tak rasa dia belajar kat sana. Mungkin dia cuma nak tenangkan fikiran? Yelah, remaja yang ingin menjadi dewasa kan? Kemungkinan dia tak belajar kat Itali kot," jawab Puan Hanis.

Dia juga pelik dengan Adrian. Kalau tanya pula, lelaki itu tetap saja menukar alasan dan topik perbualan. Kalau dikeraskan, Adrian hanya mendiamkan diri.

Eiyra mengangguk faham saja. Itu keputusan Adrian sendiri nak belajar atau tidak. Bukan masalahnya cuma yang dia nak tahu, kenapa Adrian tak bagitahu tentang ni kepadanya?

     "Hmm kenapa saya tak tahu pula dia nak balik hari ni? Saya tanya ibu, macam semua saja dah tahu kecuali saya?" Eiyra tersenyum kelat.

Puan Hanis bungkam. Dia sendiri tak tahu untuk menjawab soalan Eiyra. Adrian kata, dia tidak mahu gadis itu tahu tapi kenapa? Tiada alasan untuk itu.

"Itu tak tahu lah. Mungkin dia ingat kalau dia bagitahu kat ibu Ira, nanti ibu Ira bagitahu kat Ira. Ira jangan fikir banyak lah, takkan dia tak nak bagitahu kat adik dia kot," balas Puan Hanis.

Eiyra hanya terdiam. Dia mengukir senyuman kecil kepada Puan Hanis. Selepas itu, mereka terus berbual tentang hal lain seperti biasa.

シ︎

"Ira."

Eiyra tidak menjawab. Dia masih lagi khusyuk menonton televisyen. Terlihat kurang ajar saja dirinya sekarang ini.

Adrian menarik nafas sebelum memanggil nama gadis itu lagi. Apa salah dia pula kali ni?

"Eiyra Natasya."

Barulah Eiyra menoleh dengan wajah yang cemberut. Suka hati dia lah nak tengok televisyen sekali pun. Nak balik, pergilah balik.

"Ira betul nak saya pergi?"

"Itu keputusan kau," jawab Eiyra sebelum meninggalkan Adrian terpinga-pinga di situ.

Adrian memerhati saja langkahnya sehingga Eiyra masuk ke dalam rumah. Tipulah kalau dia tidak terasa dengan sikap Eiyra.

"Adrian, jom." Puan Hanis memanggil Adrian.

Lelaki itu terus berpaling lalu berjalan keluar dari rumah itu. Langkahnya ditujukan ke arah kereta keluarganya. Kalau Eiyra sendiri tidak mahu masuk campur, dia teruskan saja lah.

'berharap.'

'jangan berharap berlebihan, nanti sakit.'

   "Bye abang Adrian. Nanti kita push rank lagi tau!" Eydan tersengih sambil melambaikan tangannya.

Adrian tertawa kecil. Eydan mengharapkannya dalam permainan video. Kenapa dia sendiri tidak berusaha untuk belajar menggunakan hero baru?

   "Selamat jalan, Hanis." Puan Naura tersenyum. Dia juga melambai-lambai tangan kepada keluarga itu.

Enjin kereta dihidupkan. Encik Ahmad sempat mengucapkan 'terima kasih' kerana keluarga Eiyra menjaga anaknya dengan baik.

Kereta itu terus meluncur laju keluar dari perkarangan rumah Eiyra. Adrian memandang rumah itu sehingga jauh dari pandangannya.

   "Mulakan hidup baru, Adrian. Tapi apa-apa pun, dia tetap adik angkat Adrian. Thanks to her. At least, dia terima Adrian sebagai abang pun dah okey. Ibu Naura sendiri yang cakap, dia memang tak boleh terima orang masuk ke dalam hati dia dari dulu lagi." Puan Hanis menyuarakan hasrat hatinya selepas saja dia perhati Adrian tadi.

Dia tahu, Adrian susah untuk berlari meninggalkan mereka. Lebih-lebih lagi, gadis itu. Dia sendiri juga tidak boleh memaksa hati anak orang.

"Alright, mama."

ADRIAN : MAINAN MIMPIWhere stories live. Discover now