Bab 50

261 19 1
                                    

Hari yang penting bagi Adrian dan Eiyra. Majlis hanya dibuat biasa-biasa saja. Tidak mewah seperti sahabatnya. Biasalah Eiyra, dia lebih suka menjemput teman terdekat dan tak perlukan kemewahan.

Walaupun hartanya juga sama seperti harta Adrian, mereka melebihkan sedekah kepada yang memerlukan di hari yang indah ini.

"Look, malam ni kau kena jadi cantik berseri tau!"

Eiyra menjeling tajam. Pelik betul ajaran Hara ni. Sesat seperti tiada jalan penyelesaian. Apa kaitan malam ni pula? Otak mereng.

   "Kau ni, jangan lah asyik fikir pasal first night!" kata Eiyra.

"Tapi cuba lah buat yang basic basic dulu," balas Hara

"Eh sudah lah kau. Rosak otak aku gara-gara kau ni," kata Eiyra.

    "Hmm aku tak sangka kau yang beku acah tersakiti di bawah tempurung ni, boleh berkahwin dengan lelaki hensem macam Adrian tu," ujar Hara dengan tiba-tiba.

"Kau jangan."

"Bukan aku suka dia lah gila! Aku cakap hensem, tak bermakna suka. Please lah, my beloved husband punya hati aku sorang je," jawab Hara dengan dramatik.

Eiyra mencebik bibirnya. Ada saja omelan dari gadis itu. Mentang-mentang dah berkahwin beberapa bulan lepas, seronok betul sakat orang.

      "Kau bila nak ada isi?" tanya Eiyra sambil tersenyum nakal.

"Eh kau jangan sebut dulu, nanti tak menjadi!" gertak Hara.

Eiyra tertawa kecil. Perangai kawan dia ni masih sama macam dulu. Dia rindu masa sekolah. Dia rindu bila dia berjumpa dengan Hara buat kali pertama semasa berumur 13 tahun.

Flashback

"Oi budak!"

Dia yang sedang membaca buku itu terus menoleh. Seorang gadis yang mempunyai rambut paras bahu dan diatas kepalanya ada cekak warna pink.

   "Jom lah main, jangan baca buku je!" Gadis itu menarik lengan Eiyra.

Dia mengajak Eiyra bermain bersama mereka. Cikgu pula sedang sibuk melayan budak lelaki yang nakal. Nasib lah perempuan tak macam tu.

"Saya tak nak." Eiyra menolak.

"Kau ni, saya tak nak, saya tak nak, main jelah. Aku tahu kau takde kawan." Gadis itu mengajuk bunyi Eiyra tadi.

    "Saya nak baca buku," kata Eiyra.

"Buku nanti boleh jadi kawan kau tapi masa sekarang ni baik kau teman aku main. Takde lah kau bosan asyik pandang kertas yang takkan masuk dalam otak kau pun," balas Hara.

Eiyra akur saja. Dia mengekori langkah Hara. Kalau Hara suruh duduk, dia pun duduk. Kalau Hara bagi dia buku lukisan, dia mewarna.

Mereka berdua rapat sehingga sekarang.

End Flashback

Tok! Tok!

Pintu dibuka. Eiyra dan Hara menoleh ke arah pintu itu. Mak andam sudah keluar. Hanya mereka berdua saja yang berada di dalam bilik ini.

   "Dah? Semua dah sampai tu," ujar Fatini.

Hara mengangguk. Dia terus mengusap bahu Eiyra. Dia tahu, kawannya ini mungkin gugup dan gementar. Dia juga pernah berada di situasi ini.

"Take a deep breath. Ingat, malam ni tau," bisik Hara sambil tertawa kecil.

   "Sudah lah kau!" Eiyra akhirnya tertawa juga.

ADRIAN : MAINAN MIMPIWhere stories live. Discover now