Bab 21

105 28 3
                                    

Kereta dimatikan di depan rumah sepupunya. Pintu kereta dibuka dan terus keluar menuju ke pagar.

Ding Dong!

Bunyi loceng yang ditekan oleh Zamri masih tidak ada orang yang sedar. Zamri mengeluh kecil.

Nampaknya hari ni dah malam sangat, mungkin keluarga sepupunya semua sudah tidur.

Dia berdecit. Fikirannya mula tidak dapat memikirkan jalan penyelesaian. Dia akhirnya melangkah pergi menuju ke kereta.

Dia masuk ke dalam kereta selepas saja dia membuka pintu kereta. Stereng kereta dipegang dengan kuat.

"ARGHHH!"

Zamri memejamkan matanya. Kenapa dia perlu tahu tentang Ridz? Kenapa perlu ada rasa cinta dekat Hara? Kenapa perlu berkenalan dengan Hara dulu? Kenapa Ridz sibuk dekat dengan Hara?

Kenapa? Kenapa dan sebab apa diapakan oleh mengapakan yang seapakan kerana pengapaian?

Semua itu tidak penting!

Yang penting, dia kena tahu juga siapa Ridz sebenarnya. Dia ada duit dan boleh buat sesuka hatinya.

シ︎

Sepucuk surat dari seseorang dibaca oleh Hana. Dia membaca satu-satu dan fokus terhadap ayat-ayat yang disampaikan oleh pemilik surat itu.

Kehadapan Hana Syafiqah,

Assalamualaikum dan hai, aku rindu dengan kau lah bodoh! Baru seminggu kau pindah, aku dah rindu. Aku tahu main surat² ni macam orang lama sedangkan ada email dan handphone but biasalah aku, suka benda mengarut cam ni so apo khabor awekku! Sihat? Ada orang buli kau tak? Meh bak sini budak tu! Berani btul buli bespwen aku. Tapi aku rasa, sebelum kau bak pembuli tu kat sini, mungkin kau dah koma kan dia. Cam lah aku tak kenal kau, kau kan garang macam makcik buntut hiks🌚 tu je tau, ada mimin bagi surat kat kau, sila bca ek😩💞

Salam dari Tini Pweti~

Hana tersenyum. "Cis, dunia moden pun guna surat ke? Habis internet? Haih Tini, Tini.."

Dia menoleh ke sebelah kiri. Ada satu lagi surat. Dia mungkin anggap surat itu dari kawan baiknya yang seorang lagi.

Tangan Hana mengambil surat itu lalu dia membuka dan baca dengan teliti. Dia mengukir senyuman apabila melihat satu nama tertera di atas surat itu.

Anjenk! Macam kuno je main surat ni. Kalau bukan sebab Tini, aku dh lama cht kau guna hp or email.

From Mimin Hesmes to Hana Cumils,

Assalamualaikum dan hai my baby, how are you? Oh you're depresun? Oh good good nice. Aku harap kau happy, no no stress kat school baru and lagipun kakak kau pun still tunggu result spm so chill ! Ada mslh, call aku dan Tini. Kitorang always datang support you 😎Mimin hesmes dan Tini pweti selalu ada🐷 so don't sedih² before I'll choke you!

Salam dari Mimin Hesmes~

Hana tergelak. Entah kenapa setiap masa susah senang, kawan-kawannya selalu ada. Nur Fatini dan Nurul Yasmin, kawan... Eh bukan kawan tapi sahabat selamanya. Harap tiada yang pisahkan persahabatan mereka selain ajal.

"Perangai macam budak-budak haih. Umur dah 15 tahun pun macam ni jugak." Hana menyimpan balik surat itu ke dalam beg.

Matanya terpandang satu plastik barang yang dia kenali. Dia tersengih-sengih. Baru tahu bahawa barang itu, dia pernah ambil dua sedangkan kakaknya itu hanya suruh ambil satu.

"Takpe, benda dah lepas tak baik ungkit." Hana berdiri lalu berjalan mendekati plastik yang berjenama mahal itu.

Dior dan Gucci.

Dia juga pernah terfikir, mana Hara dapat duit sebanyak itu? Keluarga mereka tak kaya sangat tapi tak miskin. Sama taraf je dengan Eiyra cuma Hara lebih rendah sikit.

Dia tak tahu, sebelum tunggu keputusan keluar, Hara juga tidak bekerja. Cuma ada tolong saudara-mara sikit-sikit. Ibu dan ayah pun bagi diorang duit tapi tak banyak. Bak kata ayah...

"Tunggu banggakan ayah, baru ayah beri RM 500 sebulan. Setahun berapa? Bank ayah masih menunggu penerima tu.."

Begitu sekali ayah paksa. Hana mahu saja duit itu tapi kemahirannya tidak terlalu pintar. Hara juga sama je perangai. Dua-dua ikut perangai ibu, suka duit HAHAHHA.

Psst mengumpat ibu jap.

Tangan Hana menyelongkar plastik yang berisi barang-barang mahal itu. Tanpa sedar, Hara yang berjalan melalui bilik Hana itu terus terhenti.

Dia seakan-akan menghidu sesuatu yang dia kenali. Uish, bau Gucci dan Dior. Kepalanya menoleh ke arah pintu bilik Hana, otaknya terus berfungsi lalu mengukir senyuman sinis.

Perlahan dia mendekati pintu itu dan membuka tanpa ada sebarang bunyi.

Klik!

Tombol pintu dibuka tanpa disedari oleh Hana yang tersenyum kambing melihat barang-barang mahal itu. Mata Hara terbuntang apabila melihat barang-barang itu sama dengan barang yang dia beli semalam.

Kot ya pun Hana minta, dia sudah bagi amaran dekat Hana agar ambil satu je tapi Hana..

"WOI! AMBOI KURANG ASAM KEPING GARAM GULA SECUKUP RASA! Berani betul kau ambil dua barang ek? Aku suruh ambik satu je, yang kau ambik dua ni kenapa?!"

Terhenjut bahu Hana apabila mendengar jerkahan oleh kakaknya itu. Nasib masih hidup kalau tak, macam mana dengan jodoh nanti?

"Santuy kak santuy. Satu tambah satu je pun, bukannya mahal sangat barang camni. Papa pun boleh beli untuk kita jugak!" Hana menggengam erat plastik yang dipenuhi dengan barang mahal itu.

Dia takut kalau Hara rampas barangnya yang mahal itu. Jelingan maut diberikan kepada Hana. Geram eyyh geram!

"Santuy kepala pakwe kau, dasar single! Akak suruh ambik satu, pandai-pandai je ambik lebih. Haih menyusahkan.." rungutan dari Hara hanya dibiarkan tanpa menjawab.

Kalau dia jawab, habis satu rumah ni jadi ruang sampah kerana Hara. Mengamuk tak tentu pasal, pastu mengadu kat mama dan papa. Gelay doe gelay!

"Okey, fine ! Lain kali kalau akak beli lagi, you takkan dapat satu sen pun dari I, faham tak?" Hana mencebik.

Alaa, dia baru je budak tingkatan 3, pastu takde kerja camne nak beli barang kalau takde duit selain minta dengan keluarga?

"Tapi kak-"

"Tapi apa, bacot? Tahu buat tahu lah tanggung!" Pintu dihempas dengan kuat oleh Hara tanpa mempedulikan sesiapa. Kakinya terus melangkah keluar dari bilik itu.

Tangan digenggam erat, lantas Hana mendengus. "Ceh, acah comel tapi kedekut! Buu kedekut buu kedekut.."

Bibirnya dimuncungkan dengan panjang sekali sampai 3 cm ( baca boleh, percaya jangan). Dia terus mengeluarkan balik barang-barang yang berharga itu.

Kalau riak dekat Mimin dan Fatini, mesti diorang kata aku ni comel scandal Taeyong NCT. Betul tak? Haih untunglah diri dia ni, dapat jdi awek Taeyong.

"Taeyong Taeyong pun, Lucas jangan lupa.."


ADRIAN : MAINAN MIMPIWhere stories live. Discover now