Bab 29

73 18 1
                                    

"Waduh, masih sakit lagi ni." Adrian mengusap kepalanya. Kesakitan masih lagi tersisa. Tapi seronok juga ya.

Eydan hanya tersengih memandang Adrian. Dia sengaja meletakkan pencuci muka ke dalam bilik Eiyra untuk mengenakan kakaknya.

   "Eydan lah ni puncanya," ujar Adrian.

"Bukan Eydan lah. Eydan cuma letak pencuci muka kat bilik tu je. Kepala korang sakit jatuh, itu takdir. Nak mengelak takkan dapat," jawab Eydan.

Senyuman masih di bibir.

Eiyra yang baru masuk ke dalam rumah itu terus menjeling tajam ke arah adiknya. Masalah semalam masih belum selesai.

   "Kau tunggu Eydan !" Eiyra memberikan amaran sebelum masuk ke dalam bilik.

Eydan menjelirkan lidahnya. Dia tidak peduli dengan amaran kakaknya. Yang dia tahu, dia berjaya dapat mengenakan gadis itu.

"Haih Eydan. Kalau Fatini tahu pasal ni, nak ke dia jadikan Eydan sebagai pakwe dia?" Adrian mengujinya.

Eydan tersentak. Apa main sebut nama jodoh ni.

   "Eydan bukannya jahat macam devil pun. Cukup lah tu jadi bad bad sikit," jawabnya.

"Eleh yelah tu. Taste orang perempuan ni pelik sikit. Kebanyakkannya diorang suka badboy in a good way. Entah, tak faham lah kenapa suka yang bad. Dah ada good, tak nak pula," balas Adrian.

Dia yang tidak suka sibuk dengan kehidupan orang pun boleh bertanya kenapa hal itu berlaku. Lagipun dia juga bukan orang yang suka buat masalah.

   "Sebab badboy ni mampu menyelamatkan seorang gadis," kata Eydan dengan penuh dramatik.

"Ceh poyo lah." Adrian menjuihkan bibirnya.

Adrian terus berdiri menuju ke dapur meninggalkan Eydan berangan sendirian. Lantak budak remaja tu lah nak cakap apapun. Janji perut dapat diisi.

Kelihatan Puan Naura sedang menggaul kuah kari yang dimasak. Gerak-geri itu diperhati oleh Adrian. Tiba-tiba pandangan dia beralih pada Encik Erfan yang baru saja masuk menggunakan pintu belakang.

Encik Erfan memberikan sayur yang baru saja dia ambil dari belakang rumah kepada Puan Naura. Sikap mesra dan senyuman antara satu sama lain membuatkan Adrian tersenyum nipis.

Dia menginginkan semua itu kalau dengan Eiyra. Dia tahu Eiyra masih lagi muda dan akan masuk ke dalam alam universiti tetapi Adrian pula umurnya semakin tua.

Kalau sekarang, bila lagi?

"Apa yang kau perhati ni?" Seseorang menyergah Adrian.

Lelaki itu terus tersentak. Pantas saja dia menoleh ke arah Eiyra yang berjalan menuju ke arah meja makan. Dia membuka tudung saji lalu duduk apabila melihat masih ada makanan.

   "Eh Ira? Tak keluar dengan Adrian ke hari ni?" soal Puan Naura.

Eiyra menggeleng. Dia hanya fokus dengan makanan yang terhidang di depan matanya. Adrian berjalan mendekati gadis itu. Dia mengambil tempat di sebelah Eiyra.

"Peliknya. Semalam pergi, hari ni tak pula," omel wanita berumur itu.

   "Hari ni nak rehat," balas Eiyra. Mulutnya mengunyah kek lapis yang baru dikirim oleh mama Adrian pagi tadi.

Adrian memerhati saja Eiyra yang sedang makan. Matanya beralih pada kuih lapis tersebut. Kenapa Eiyra tak pandang dia? Sibuk dengan kek tu.

   "Yelah tu. Kamu bukannya belajar pun, masih cuti lagi ni. Pergi jelah mengeratkan silaturrahim dengan bakal suami kamu tu," kata Puan Naura.

ADRIAN : MAINAN MIMPIWhere stories live. Discover now