Epilog

301 17 4
                                    

Beberapa tahun kemudian,

Seorang gadis kecil berkejar-kejaran dengan kawannya. Adakala mereka ketawa. Adakala mereka menangis kerana terjatuh.

"Aisyah, Aqilah. Mari makan."

Dua orang gadis itu terus berlari menuju ke arah gazebo yang terletak di tepi kolam. Ada Eiyra di situ.

"Mama!" Seorang gadis yang memakai baju berwarna kuning itu bergerak menuju ke atas riba ibunya.

"Ye sayang?" Eiyra membawa gadis kecil yang berumur 4 tahun itu.

"Mommy?" Mata seorang gadis pula melilau mencari ibunya tetapi tiada.

Bibirnya dicebik ke depan. Dia rindu mommy dia!

    "Aqilah, nanti mommy you datang okey? Uncle Ad ambil mommy you ke sini," kata Eiyra.

Dia menggamit anak kecil itu agar duduk di sebelahnya. Lama pula Adrian mengambil Hara dan Ridz. Anak dorang dah nak menangis ni.

"Hmm mommy mana?" tanya Aqilah.

"Nanti di–"

"My little cute girl !" Jeritan itu membuatkan Eiyra dan dua orang gadis kecil itu menoleh ke arah pintu kaca.

Hara berlari anak untuk mendapatkan anaknya. Dia rindukan si kecil itu. Ridz dan Adrian sempat berbual sambil berjalan bergerak ke arah gazebo.

"Mommy !" Gadis kecil itu berlari mendapatkan ibunya. Dari pagi tadi ibu bapanya meninggalkan dia berseorangan di rumah Eiyra.

"Sorry lah sayang. Mommy and daddy pergi kerja tadi," ujar Hara selepas saja dia membawa si kecil Aqilah di dalam dakapannya.

Gadis kecil itu mencium pipi ibunya.

    "Terima kasih jaga kejap haha," kata Hara.

Dia mengambil tempat duduk di sebelah Eiyra. Hidung Aisyah dicuit sekejap. Gadis kecil itu tersengih suka.

"Rilek lah, jangan buat drama kat sini," balas Eiyra.

Hara menoleh ke belakang. Eh hilang? Tadi ada je Adrian dan Ridz berbual tadi. Halah biar jelah. Ada masalah lelaki kot.

   "Takdelah. Mana tahu menyusahkan kau. Aku ada order jauh sangat pagi tadi. Seharian tak cukup rehat. Nasib lah ada Ridz teman kan. Susah bawa Aqilah, nanti dia meragam," ujar Hara.

"Takde menyusahkan pun. Baguslah kalau jamu kau laku sekarang. Kalau ada rezeki lebih, sponsor lah aku," balas Eiyra.

   "No hal. Kau tak nak kerja ke? Adrian je ke kerja kat office tu?" tanya Hara.

Aqilah bermain tangan dengan Aisyah. Dua gadis itu berada di atas riba ibunya. Sekali-sekala mereka merengek kecil kerana minta dimanja.

"Malas lah aku. Jaga dia ni pun susah, apa lagi nak kerja," jawab Eiyra.

   "Lepas setahun lagi kau berhenti jual ke?" tanya Eiyra pula.

"Ha'ah. Cuma kalau dalam online tu, baru aku suruh ejen serahkan kepada pelanggan. Sayang kalau berhenti macam tu je," jawab Hara.

    "Rajin kau ni, dapat makan besar lah Aqilah nanti. Itulah, bapak kaya dari keturunan lagi. Mak pula hasil perniagaan sendiri," ujar Eiyra sambil mengusap rambut Aqilah.

"Eh kau ingat aku biarkan dia ni senang-lenang je ke bila dah besar? Kau tengok nanti, dia yang berdikari cari kerja sendiri. Tak kisah lah jadi orang gaji pun," balas Hara.

Eiyra tertawa kecil.

   "Kau ni jangan paksa dia sangat," kata Eiyra.

"Ye aku tahu."

Hara memandang Aqilah. Gadis kecil itu turun temurun ikut wajah Ridz. Satu habuk pun tak ikut wajah dia kecuali senyumannya.

Takpe, yang penting mommy nya tetap slay.

"Anak kau pula?" tanya Hara.

"Aku suruh dia berdikari juga ikut kemahuan dia. Nampak macam dia lebih suka melukis. Semua benda dia lukis, bingung pula aku," jawab Eiyra.

    "Maksud kau?" tanya Hara lagi.

"Dia pandai lukis itu, nampak dia punya design walaupun orang lidi tak macam budak 4 tahun yang lain," ujar Eiyra.

"Pandai budaknya," puji Hara.

"Aku harap sangatlah anak kita dua kahwin dengan mafia," kata Eiyra.

Hara juga mengangguk setuju. Mereka berdua pernah mengimpikan berkahwin dengan mafia tapi tidak kesampaian. Last-last dapat jodoh ceo.

"Aqilah, Aisyah, nanti cari jodoh mafia tau."

"Tapi tak bahaya ke?" tanya Eiyra.

    "Alah kita kan cuma pandang sixpack dorang je. Lagipun mafia sekarang ni kan, anak dia hensem-hensem," bisik Hara.

Eiyra mengangguk setuju.

"Betul tho, aku dengar dalam khabar. Mereka banyak lahirkan anak yang confirm kalau dah besar, mesti sado!" kata Eiyra.

"Dengar tu, Nuwairah Aqilah dan Aisyah Nasuha."

Dua gadis kecil itu mengangguk saja tanpa mengerti dengan apa yang terjadi. Mereka leka bermain mainan dan anak patung.





-TAMAT-

❤️

ADRIAN : MAINAN MIMPI

• Second Book •

❤️

IDEAS: 12 SEPTEMBER 2021
START: 15 SEPTEMBER 2021
END: 03 NOVEMBER 2022
STATUS: COMPLETE
AUTHOR: nurvihara

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA KARYA SAYA YANG TAK SEBERAPA INI ! >.< 💗
SAYA MINTA MAAF KALAU ADA KESALAHAN BAHASA OR AYAT SAYA TERLALU KASAR. SEMOGA HARI ANDA BERLALU DENGAN CERIA <3 💗

ADRIAN : MAINAN MIMPIWhere stories live. Discover now