Bab 20

113 27 2
                                    

Yang belum baca bab 19, sila bca dulu untuk tidak pening .(´ε` )

Adrian melabuhkan punggung di birai katil. Dia merenung tingkap yang terbuka itu. Angin di malam hari sangat sejuk dan menenangkannya.

Dia mengerling ke arah gitar yang berada di tepi almari. Sejak bila gitar ada dekat situ? Punggungnya diangkat dan menuju ke arah almari itu. Adrian mendekati gitar lalu memeriksanya.

Di gitar itu tertera nama Eydan Narwish. Mungkin itu gitar kepunyaan Eydan. Adrian tanpa malunya dia membawa gitar itu ke atas katil.

Waktu macam ni sesuai untuk menyanyi sekejap. Adrian mengaturkan kotak suaranya. Tangannya mengatur gitar yang berada di ribanya. Dia berdehem.

   Ku rindukan purnama ku,
Doaku kan bersamamu,
Semoga hatimu kan kekal abadi,
Terhadap diriku,
Tuhan ku mohon jaga,
Dia tanpa ada noktah,
Tuhanku mohon kuatkan hatinya,
Selamanya,

Aku perlu dia...

Ku rindu purnama ku,
Dan ku masih begitu,
Andai ini takdirnya,
Tuhanku mohon pada Mu,
Kuatkanlah hatinya...

Apabila dia bernyanyi, dia teringat dengan Eiyra. Gadis yang pertama membuatkan hatinya tidak tenteram. Istimewa sangatkah gadis itu? Sempurna sangatkah gadis itu?

Dalam tidak sedar, Eiyra yang berada di depan pintu bilik Adrian, turut mendengar nyanyian Adrian. Entah kenapa hatinya berasa sunyi.

Perlahan air mata Eiyra terjatuh. Dia tidak tahu kenapa hatinya kosong, sunyi dan dirinya juga tersentuh mendengar nyanyian Adrian walaupun itu hanya nyanyian biasa saja.

Kaki terus dihayunkan menuju ke biliknya. Dia tidak tahu apa yang terjadi pada dirinya sendiri. Hatinya berbolak-balik untuk menerima Adrian ataupun tidak.

Usai saja bernyanyi, Adrian meletakkan gitar ke bawah katil. Malas dia nak letak balik di sebelah almari. Nanti pandai-pandai Eydan mencari gitar itu. Haih, tak sedar betul menumpang, Adrian, Adrian.

Tangannya menggapai telefon. Kalau waktu macam ni dekat rumah keluarga asalnya, dia akan main game tapi ni rumah keluarga angkat.

Dia perlu jaga sikap. Haih, sabar ya rank, lepasni aku push kau sampai ke mythic glory! Getus hati Adrian.

Jarinya menekan satu aplikasi. Aplikasi seperti cermin tapi bukan cermin dan ianya kamera.

Dia mengukir senyuman. Jari telunjuknya menekan video tanpa sedar. Dia fikir itu hanya untuk gambar tapi ianya untuk merakam video.

Lama punya lama dia mengatur senyumannya, baru dia tekan video itu. Dia terus keluar dari aplikasi itu dan menekan aplikasi galeri.

   "Cis, aku fikir gambar, padahal video. Babi betul," Adrian merungut.

Nampak lucu apabila dia sendiri melihat video nya itu. Sungguh memalukan kalau tersebar. Tapi takpe, dia terus cepat menekan 'padam' dan video itu terus dihapuskan.

シ︎

Bulan yang terang hanya dipandang sepi. Zamri tidak tahu adakah cara dia mendekati Hara betul atau tidak? Dia tahu dia bersalah tapi setiap orang diberikan peluang kedua bukan?

ADRIAN : MAINAN MIMPIWhere stories live. Discover now