Ada Madu Ada Racun Part 15

233 7 0
                                    

Malam itu, Johan sudah sedia menanti di bawah kondominium Lyn. Dia kelihatan segak dengan tuksedonya. Hampir lima minit dia menanti di dalam kereta, dia melihat kelibat Lyn keluar dari lobi bangunan itu. Saat memandang ke arah Lyn, Johan terus terpaku. Pertama kali dia melihat wanita itu mengenakan gaun malam hitam mengerlip yang agak terdedah di bahagian bahunya. Namun kawasan itu ditutup dengan sehelai selendang berwarna biru tua.

Tidak dapat tidak, Johan terpesona apabila melihat Lyn yang datang dan terus membuka pintu keretanya. Wanita itu masuk tanpa memandang atau menegurnya. Rambutnya disanggul kemas dengan fesyen yang berlainan daripada kebiasaan ke pejabat. Solekannya juga agak ketara berbanding selalu. Apa yang paling Johan perasan sebaik sahaja wanita itu masuk wangiannya segera memenuhi ruangan kereta yang berpenghawa dingin itu. Saat Lyn cuba menutup pintu keretanya, secara tidak sengaja selendang itu melutut jatuh dari bahunya. Johan terpaku seketika melihat belakang wanita itu yang terdedah. Panas dadanya dirasakan . Segala aksi wanita itu terus diperhati sehingga Lyn bersandar tenang pada kerusi kereta itu. Lama dia terpaku sehingga wanita itu mula perasan kelainannya.

Lyn menoleh ke arah Johan apabila kereta itu masih juga di situ. Dia melihat Johan memandang lama ke arah suatu bahagian pada tubuhnya.

"See what you're looking for, mister?" Lyn menyoal jengkel apabila melihat biji mata Johan terpaku memandang ke arah tubuhnya. Biji mata lelaki itu tertusuk enak pada celahan bukit bukaunya.

Johan tersentap seketika dengan sindiran itu. Tebal wajahnya apabila dia tertangkap sedang menilik tubuh isterinya itu sehingga begitu sekali. Dia terkumpal-kumpal menahan malu dan gelabah.

"You nak drive atau nak pandang dada I sampai pagi esok?" soal Lyn apabila melihat Johan masih tidak menggerakkan kereta.

"Oh, ya!" Johan tersentak seketika dengan teguran itu. Dia segera menukar gear automatik keretanya untuk menggerakkan kereta itu. Dalam diam tebal juga mukanya yang terkantoi memandang Lyn sehingga begitu sekali.

Mereka diam sahaja sehinggalah sampai di Dewan Perdana Felda. Mereka keluar dari kereta sebaik sahaja sampai di perkarangan dewan besar itu dan Johan menyerahkan kunci kereta pada pekerja car jokey yang sedia menanti untuk memarkirkan keretanya.

"Let's go," ucap Johan sambil dia menghulurkan lengannya kepada Lyn.

"Is that necessary?" soal Lyn sinis sambil memandang lengan Johan yang menunggu dipaut olehnya. Dia kembali menatap Johan dengan muka lugu yang dibuat-buat. Menyampah benar dia melihat lagak Johan saat itu.

"Jangan malukan I kat sini. Di sini ada ramai orang yang kenal I berbanding you! Jaga maruah I!" kata Johan sinis sambil menarik tangan Lyn dengan agak kasar agar memeluk lengannya. Kemudian terus dipaksa isterinya itu berlalu seiringan dengannya.

Hampir terdorong Lyn ditarik Johan secara paksa. Akhirnya dia akur juga mengikut rentak lelaki itu.

Di muka pintu ada penyambut tetamu yang memandu mereka untuk masuk ke dalam dewan itu. Berdebar dada Lyn apabila masuk ke dalam dewan yang bersuasana malap itu. Ramai orang di dalamnya hinggakan kaki dan tangannya mula terasa beku. Dia kedinginan. Tanpa sedar dia memeluk erat lengan Johan untuk meredakan debaran dadanya. Sebenarnya inilah kali pertama dia menghadiri majlis seperti ini. Sewaktu dia menghadiri majlis konvokesyen dahulu juga tidak kurang hebat seperti majlis ini, tetapi kebanyakan tetamunya terdiri daripada orang yang sudah biasa dia temui dan dikenalinya. Bukan seperti ini. Dia hanya kenal Johan sahaja. Itu pun selalu sangat bertengkar. Johan suaminya dan dalam masa yang sama seperti musuh dengannya.

Johan menoleh apabila melihat Lyn seperti menyampaikan sesuatu daripada perbuatannya. Dia terasa lengannya dipegang erat oleh wanita itu. Aik? Baik pulak dia. Siap peluk-peluk lagi.

Travelog Mr TravellerWhere stories live. Discover now