Part 23

97 1 0
                                    

Malam itu ketika jam hampir ke jam 10.00, Lyn meminta diri untuk pulang memandang kan dia perlu bekerja esok. Selesai bersalaman dengan ibu mertuanya Johan datang mendekatinya. Mengenangkan dia berada di tepi katil pesakit dan ibu mertuanya, dia mengawal saja perasaannya.

"I hantar you balik?" ucap Johan dengan nada lembut. Dia ikhlas mahu memujuk.

"I bawa kereta," balas Lyn dengan nada yang sengaja dikawal. Namun wajah lelaki yang begitu hampir dengannya tidak dipandang.

"I hantar you ke bawah?" Johan masih tidak berputus asa. Selebihnya dia mahu ibunya melihat perubahannya. Moga-moga terbuka hati Puan Sri Sakinah untuk memaafkannya.

Lyn tidak menjawab. Sebaliknya dia mendekati kakak iparnya dan mereka bersalaman. Selepas itu dia meninggalkan bilik itu Johan membuntutinya. Mereka hanya diam sepanjang perjalanan menuju ke kereta Lyn. Namun Johan masih berkira-kira ayat yang mahu dituturkan. Bimbang apa yang dicakap akan membuatkan Lyn bertambah marah.

"Lyn...." panggil Johan lembut apabila Lyn masih juga membisu biarpun kini wanita itu sudah ada di tepi keretanya. Sudah bersedia untuk masuk ke kereta.

Dia memegang lengan Lyn yang sedikit terdedah bagi menghalang Lyn yang mahu membuka pintu kereta. Baginya inilah peluang yang baik untuknya menjernihkan kekeruhan di antara mereka bila kawasan itu sunyi tanpa orang lain. Hanya ada mereka berdua. Mudah baginya untuk dia berbincang dengan Lyn. Dia tidak harus cepat sangat mengalah dengan penolakan isterinya itu.

"Jangan pegang I. You tak faham bahasa Melayu ke?" Lyn membentak garang. Dia menarik tangannya kasar. Tajam jelingannya kepada Johan.

"Janganlah marah-marah macam ni," ucap Johan dengan nada tertahan. Sedaya upaya dia cuba bersabar dengan kerenah isterinya yang sedang angin satu badan itu. Selebihnya dia sememangnya tidak ingin hubungan ini berterusan begini.

"Senangnya you bercakap? Jangan marah? balas Lyn jengkel.

"Habis tu you nak I buat apa? Cakap! I tahu I salah, tapi takkanlah you nak layan I macam ni sampai bila-bila. I manusia biasa. You dah malukan I depan orang ramai dengan air kopi tu, tak cukup lagi ke?" Kali ini Johan pula mula membentak.

Mujurlah di dalam keretanya ada sepasang pakaian yang sememangnya selalu dibawa ke mana-mana. Kalau tidak mungkin dia masih memakai kemeja yang sudah dihiasi peta air kopi tadi. Masih juga dia teringat ejekan kak longnya sewaktu bertembung di hadapan lif tadi. Sesungguhnya hari ini hari yang mana dia dibalas dengan penyesalan yang tidak kesudahan.

"Tak payah buat apa-apa, Ahmad Rafael Johan. I tak minta apa-apa, kan? Jadi tak payahlah you nak menyusahkan diri pujuk-pujuk I macam ni sebab I benci tengok muka you. Now back off, please! I nak balik," balas Lyn kasar sambil menolak tubuh lelaki itu, yang menyempit di tepi keretanya itu. Tubuh yang begitu dekat dengannya membuatkan dia tidak dapat membuka pintu kereta.

"I takkan halang kalau you nak balik, tapi janganlah marah-marah macam ni. I dan minta maaf pada you. Boleh tak kalau you berlembut sikit dengan I?" ujar Johan kembali berlembut dengan isterinya itu.

"Selama ni I tak cukup berlembut lagi? Bila I berlembut you pijak-pijak kesabaran I. I ni bukannya tunggul yang rak berperasaan pada setiap perbuatan dan kata-kata you yang sedap didengar itu. Tak cukup ke selama ni you dah labelkan I dengan macam-macam kata yang baik-baik. I perempuan keji. I pelacur. I macam-macam lagi. You nak I terima semua tu dengan hati yang terbuka macam tak ada apa-apa yang pernah berlaku? I bukan tunggul, Johan. I ada hati, ada harga diri," balas Lyn kuat demi melawan rasa marahnya. Turun naik dadanya kerana bara api kemarahan yang membakar seluruh pelosok hatinya.

Johan diam mendengar itu. Biarlah kalau Lyn mahu meluahkan perasaannya. Memang benar dia pernah melemparkan kesemua perkataan itu kepada isterinya ini dan dia kesal. Dia mahu dimaafkan.

"Kenapa nak pandang lagi muka I yang hodoh yang jijik yang hina ni? Untuk ayah you yang tengah sakit tu? You sanggup korbankan perasaan tu untuk daddy? Malangnya hati I dah lama hancur, Johan. I dah tak ada apa lagi nak I berikan pada you. Semuanya dah musnah. You yang musnahkannya. Sekarang puaslah hati you, kan? You suka kalau I terseksa macam ni. Ini balasannya untuk perempuan yang you anggap pemusnah hidup you," kata Lyn lagi bila dia melihat Johan diam sahaja.

"I dah tak ada apa lagi nak cakap. Buang masa I aja bercakap pasal ni. Hati I bertambah sakit. Jadi sekarang tolong ke tepi sebab I nak balik!" ucap Lyn tegas.

Johan mengeraskan dirinya di tepi kereta itu. Dia langsung tidak berganjak dan tolakan perempuan itu tidak mampu menepikannya. Dia memandang wanita itu lama.

"You nak apa lagi ni. Tepilah!" bentak Lyn meradang.

"I owe you an apology. Please, I'm sorry...." pujuk Johan sedikit mendayu.

"Not accepted. Step back now! I must leave," jeritnya lantang namun Johan tetap berdegil dengan enggan mengalihkan tubuh.

"Step back will you! I ni bukannya penyabar sangat," bentak Lyn yang semakin naik angin melihat kedegilan Johan. Lelaki itu cuba ditolak dengan sekuat-kuat hatinya namun tiba-tiba Johan meraih tubuhnya ke dalam pelukan.

Johan tidak ingin melepaskan peluang yang sedang bergolek saat itu. Isterinya itu dipeluknya erat biarpun dia sedar Lyn meronta mahu melepaskan diri. Bukannya dia mahu mengambil kesempatan, tapi harapannya agar pelukan itu dapat meredakan kemarahan Lyn yang berapi-api kepadanya. Dia mahu memujuk hati yang telah dilukainya itu. Dia tahu dia bersalah. Namun semakin erat pelukannya semakin kuat rontaan wanita itu mahu melepaskan diri.

Sedikit pun dia tidak sedar sebenarnya tindakannya itu bukanlah yang terbaik untuk mereka berdua saat itu. Rontaan yang tidak berjaya membuatkan Lyn menggunakan cara lain untuk melepaskan diri. Spontan diayunkan lututnya sekuat hati ke celah kangkang lelaki itu. Serta-merta pelukan erat Johan tadi merungkai.

"Auw!!!" Bersama jeritan itu Johan tertunduk senak. Alat sulitnya ditendang isterinya sendiri! Merah padam wajahnya menahan sakit. Lain yang diharap lain yang terjadi.

Lyn masih sempat melemparkan senyuman sinisnya. "Padan muka! You ingat I akan cair kalau you buat macam ni? You silap orang, Johan. I bukannya macam perempuan lain yang cepat cair dengan lelaki. You betul-betul dah salah orang!"

"Kalau you nak tendang I pun pilihlah tempat lain," keluh Johan dalam kesakitan. Dia menarik nafas panjang, cuba mengawal kesakitannya. Berpeluh-peluh dahinya. Dia mahu marah tetapi tidak berdaya rasanya.

"Memang patut pun I tendang kat situ. You pun pernah ada hati nak guna, kan?" soal Lyn sambil tersenyum menang. Sikit pun dia tidak terasa bersalah walaupun dia melihat warna merah menyimbah wajah suaminya dari tadi, masih tidak hilang.

Johan cuba menegakkan badannya apabila dia sudah berdaya mengawal sakitnya. Kemudian dia bersandar di tepi kereta isterinya. Peluh di dahinya diseka.

"Kejam betullah you ni, Lyn. Sakit macam nak mati tau tak. Kalau you benci sangat dekat I pun janganlah balas kat situ," keluh Johan yang masih merasakan sisa kesakitan.

Lyn mencebik seketika. "Doktor ada banyak kat dalam kalau you nak minta tolong. Dekat aja. I can request a wheelchair if you want."

Johan menggeleng kesal dengan kelakuan isterinya. Berani sungguh Lyn berbuat begini kepadanya. Tidak sangka sungguh. Kalaulah dia tahu, sumpah dia tidak akan memeluk wanita itu sebentar tadi.

"Pergilah cepat. Takut kalau lambat nanti tak boleh digunakan lagi. Kalau I, I memang tak hairan apa nak jadi pada you. Sama macam you yang tak kisah tinggalkan I kat tepi jalan tengah-tengah malam," tambah Lyn lagi dengan nada jengkel.

"Tepi! I nak balik, esok I nak kerja. You jangan biarkan I buat perkara yang lebih gila lagi. Nanti you jugak yang susah," ancam Lyn keras meminta Johan agar menjauhkan diri dari keretanya.

Johan akhirnya akur dengan ugutan itu. Bimbang juga kalau-kalau isterinya mengulangi lagi perbuatannya tadi. Dia sudah tidak sanggup lagi untuk menahan sakit seperti tadi. Tidak! Biarlah dia mengalah demi keselamatan itunya. Akhirnya dia hanya mampu melihat sahaja Toyota Camry itu berlalu pergi meninggalkannya. Johan menggeleng kesal akhirnya. Menyesali kebodohannya sebentar tadi.

Travelog Mr TravellerWhere stories live. Discover now