Part 27

113 2 0
                                    


Selepas maghrib Lyn datang untuk menjenguk Tan Sri Muzhaffar lagi. Ketika itu hanya ada Adrean seorang diri. Yang lain sudah pulang. Johan juga sudah pulang untuk menghantar ibunya. Menurut kata Tan Sri Muzhaffar, sebentar lagi Johan akan datang semula kerana malam ini giliran Johan menjaganya. Adrean meminta diri untuk bersolat maghrib setelah Lyn muncul di wad itu. Dia sudah kelewatan untuk bersolat kerana menemaninya ayahnya.

Malam ini Tan Sri Muzhaffar harus berpuasa kerana esok dia akan menjalani pembedahan pintasan jantung. Lelaki itu menggamit Lyn agar duduk di sisinya.

"Lyn menangis ke?" soal lelaki itu teramat perlahan.

"Taklah. Kenapa daddy cakap macam tu?" soal Lyn kembali.

"Mata ni merah. Sembap aja. Muka pun macam ada masalah. Kenapa, Lyn?" ujar lelaki tua itu. Tangannya ditudingkan pada wajah menantunya itu.

"Tak ada apa-apa. Lyn okay aja. Daddy jangan bimbang," boring Lyn biarpun dia tahu dia banyak menangis siang tadi. Matanya jadi sakit. Selepas dia masuk ke pejabat dia menangis lagi. Entah kenapa dia sedih benar dengan peristiwa siang tadi.

"Bergaduh dengan Johan?" teka Tan Sri Muzhaffar.

"Tak. Lyn tak apa-apa?" Kami tak bergaduh, daddy." Lyn pantas menidakkan. Dia segera tersenyum. Semoga ayah mertuanya ini mempercayainya.

Tan Sri Muzhaffar melepaskan lelahnya seketika. Dia tahu ada yang tidak kena dengan anak dan menantunya ini. Kalau tidak masakan Johan tiba-tiba bertanya tentang cerita itu. Kalau tidak masakan Lyn menanti Johan pulang dahulu barulah memunculkan diri di hadapannya. Memang ada yang tidak kena.

"Jangan diamkan saja kalau ada masalah. Ceritalah dengan daddy, Lyn. Daddy takkan senang hati kalau Lyn berdiam diri macam ni. Tentu ada apa-apa. Tadi Johan tanya daddy tentang cerita lama tu. Dia tanya tentang Lyn."

"Dia tanya tentang Lyn? Habis tu daddy ceritakan semuanya?" soal Lyn tidak sabar. Besar mata Lyn menatap ayah mertuanya itu.

Tan Sri Muzhaffar menggeleng perlahan. Matanya menatap siling wajah itu. Sebuah keluhan dilepaskan. Tan Sri Muzhaffar akur apabila segala yang dirancangkan tidak semuanya menjadi. Johan tidak semudah itu mahu menerima hakikat ini. Tetapi dia percaya niat murninya akan diberkati oleh yang Maha Kuasa.

"Dia hanya akan tahu kalau Lyn dengan dia berbaik macam orang lain. Selagi tidak begitu, selagi itu dia tak perlu tahu apa-apa. Daddy mahu kau orang berdua saling menerima atas dasar kasih dan sayang. Bukan atas sebab yang lain selain itu." Sehabis berkata Tan Sri Muzhaffar melekapkan topeng oksigen ke mulutnya. Dia tercungap-cungap sedikit.

Lyn mengurut dada lelaki itu perlahan. Dia bimbang melihat keadaan bapa mertuanya ini yang lekas benar penat. Seingatnya begitu juga keadaan abahnya sewaktu mendapat penyakit yang sama seperti ini. "Rehatlah, daddy. Jangan banyak bercakap. Daddy tak boleh letih sangat."

"Lyn sayangkan Johan?" Tan Sri Muzhaffar kembali berkata-kata apabila dia dapat bernafas dengan baik.

Seakan-akan mahu tercekik Lyn mendengar soalan itu. Mahu dijawab ataupun tidak?

"Sayang. Dia suami Lyn, takkanlah Lyn tak sayang. Cuma kami perlukan masa untuk lebih serasi, daddy. Itu aja. Daddy janganlah risau," ujar Lyn sekadar mahu menyedapkan hati Tan Sri Muzhaffar. Biarlah Allah saja yang tahu apa yang ada dalam hatinya kala ini.

Tan Sri Muzhaffar tersenyum gembira mendengar itu. Dia kembali memakai topeng gas ke mulut. Matanya terpejam kerana dia merasa penat yang teramat sangat.

Lyn duduk di sofa sendirian bila melihat Tan Sri Muzhaffar terlelap. Dia bertongkat dagu sambil memandang bai mertuanya. Teringin juga dia untuk bertanya lebih lanjut apa yang dibualkan Johan dan bapa mertuanya tadi. Namun keadaan Tan Sri Muzhaffar yang begitu membuatkan dia terpaksa menyimpan saja keinginannya itu. Sedang dia termangu keseorangan begitu dia tersentak apabila pintu wad ditolak perlahan. Sangkanya kakak iparnya sudah kembali dari surau, tetapi tidak. Johan yang muncul dengan beg di tangan.

Travelog Mr TravellerWhere stories live. Discover now